iklan sat.

26 February 2009

week 35

hari nie aku genap minggu yg ke 35 mengandung adik.. so ade beberapa info yg aku nak share whereby info nie aku cilok dr web Baiboo



Mother:

Coming closer to the beginning of your labor it is important to get some final information on the following topics:
  • Induction of labor
  • Pain relief
  • Fetal monitoring in labor
  • Epidurals
  • Cesareans
  • Comfort measures

By now you probably have some trouble sleeping at night. Maybe you think it is because you’re preparing for your life with your baby. Others may think it is because of worries about labor, parenting or the health of your baby. The fact is that there are many physical reasons, why you may not sleep as well as you would like. A constant backache…..(skrg nie aku kerap kali rasa backache).having to go to the bathroom every 45 minutes…..it doesn’t really help to get a good night’s sleep( nie pun biasa gak dah... kekadang tak menyempat).

Tips: do your pelvic tilts before bed, don’t drink too much in the last hour before sleeping and make sure you are tired.

Baby:

Everything is there, the organs are in place and working; only some final minor adjustments before your baby enters this world. Your baby now measures about 45cm and weighs about 2.15 kg. In the later stages of the pregnancy there’s more room for variation, however. She or he puts on an average of about 0.23 to 0.25 kg per week.

Shopping @ JJ

Semalam aku and hubby dah dapat gaji.. so kamiorg ge JJ ipoh tuk beli brg keperluan adik yg tak cukup (diapers, selimut, beg, baju dll).

maklumla.. aku sedang menunggu hari.. takut lambat beli, susah lak.. kali nie tak byk yg kami shopping compared to masa arifah dulu.. byk brg arifah yg leh recycle.. so kami amik langkah berjimat $$$.. hehehe.. kat JJ tak menang kami ngejor arifah.. suka sangat dpt jln tanpa dipimpin.. nasib baik la, kat bhgn baju ade, troli kereta.. kurang la sikit penat kami ngikut rentak dia...


syoknyer dapat jalan sendiri, bu...



muka tension kena dok dlm kete..

arifah check abah ada tak kat blkg..

balik dari shopping, we had our dinner at Serai Satay Kajang (rasanya betul kot nama kedai tu..).. disebabkan aku tak makan satay, aku order nasi ayam.. arifah cam biasa, dua2 dia makan...


lapar la, bu....

where is my food??????????? (smbil usha meje sebelah)

yes.. satay dah sampai....


bg abah tolong pendekkan lidi arifah leh tak.. senang arifah nak mkn......


yum...yum... sedapnya satay nie...

25 February 2009

update ttg adik...

Dah lama tak update ttg adik, selalu sgt ttg arifah.. sedangkan adik 24hours with me...
td aku ade checkup kat klinik Dr Raoofah..(doc yg sama sambut kelahiran mifdhal),tp my husband takdapat ikut coz ade meeting ngn chairman...so aku ge sorg je la.. so far aku + adik alhamdulillah ok..

hari ni takde scan.. just dengor nadi adik.. 160 kata doc.. then adik dah kebawah..
manakala berat aku skrg dah 65.5kg..
doc suruh aku elakkan minum air berais coz takut athma aku attack balik..
pasal back pain aku, doc ckp it's normal for pregnant women.. cuma klau sakit cuba straightkan badan.. tp jgn sapu any minyak coz it will effect adik dalam perut...

next checkup will be 11/3/09...

23 February 2009

arifah chantiiiiiiiiiik

Hari ahad, kami tak kemana.. aku sakit belakang + cuaca mendung&hujan... membuatkan kami decide tuk lepak kat umah..

after asar, baru kami ge umah mak ... kat sana arifah dpt sepit rambut cute warna pink dari wancik (adik aku) dia.. arifah nie jenis tak suka sangat pkai something kat kepala dia.. (dia suka rambut kerinting dia tidak di makeover) klau nak ikat rambut or pakai sepit, punya la susah..

tp ari tu lepas je wanciknya pakaikan sepit, terus wanciknya cakap.... "arifah cantik" and she follow ape yg wancik ckp.... "cantiiiiiiiiiik" smbil tunjuk diri dia... and hari ni dlm sejarah sepit tu lekat kat kepala dia smpi time tido..........hehehe

sepit pink yg diberi oleh wancik


sepit masih melekat dikepala ... (Nampak tak?)


nota kaki: kena puji selalu baru nak pkai kot? hehehehe

Arifah bersosial...

Weekend ari tu, ntah ape mimpi hubby aku.. pg2 dah ajak kami ge bersosial kat Tmn DR (Taman Dr Sivanisagam..betul ke aku eje?)selalu punye la susah nak ajak.. Kat sana kami breakfast ala2 picnic mengadap tasik and then, main kat playground yg ade...

kat sini la kami breafast.. ntah ape yg diperhatikan oleh ibu and arifah....

ibu suap nak tak sayang?


yum..yum... suap sendiri lagi best kan ibu?

sedapnya air masak.. mana air oren tuk arifah, bu?

menu picnic:

bubur nasi (ikan+veggie) tuk arifah
roti canai (sorg 2 keping ) tuk aku n hubby
air oren sunkist

best gak skali skala makan bwh pokok dengan ditemani semut2 hitam yg nak join kami picnic...


lps mkn, baru kami bwk arifah main2 kat playground.. walaupun matahari dah mula meninggi.. arifah tetap main dengan gumbiranya...... dapat la dia naik jongkang jongket, main gelongsor, merangkak kat terowong and jalan2 atas bridge... happy kami tgk dia happy.. smpi taknak balik la minah tu..


nak jalan sesorg atas bridge......

cakkkk!!!!!!

penatnya ibu.... smpi berpeluh dahi arifah nie......


sape la ngajor panjat ikut gelongsor... bukan ikut tangga....


tinggi tak arifah abah?

nasib baik tak roboh ibu ngn arifah naik skali.......hehehehe


tgk ape tu sayang??


Dlm hari yg sama, kami ge lak ke Greentown Mall (GM) @ Uda Ocean.. main reason ke sana nak beli pampers arifah .. tp sesampai je disana, aku terus ajak hubby ke pet shop dekat ngn foodcourt GM. sblm nie aku ngn hubby pernah ke sana time lunch time, n slalu kata "kan best dpt bwk arifah ge sini, mesti dia suke tengok ikan, kucing and mcm pet yg ade".. so ari tu kami realisasikan impian kami tu..

Apalagi .. seronok gile arifah tgk ikan2 tu.. terkedek2 dia jln dari satu akuarium ke satu akuarium dr jarak jauh.. coz dia nie sebenornya takut ikan... sebab aper aku taktau.. dah 2 3x aku perhatikan dia ... asal kami nak dekatkan dia kat akuarium, mula la dia mengeliat cam cacing kepanasan.. so ari tu beberapa kali aku nak snap gambo dia ngn ikan, sumer tak jd.. excpet one.. tu pun tak cantik.. tp boleh la sbg kenangan..


pose ni je la yg berjaya amik... takut benor dia kat ikan.....

disebabkan penat ngn aktiviti seharian, arifah tido awal ngn jayanya........ Mmmuuaahhs

penat nya arifah, ibu.........

20 February 2009

My Family


Pyzam Family Sticker Toy

Get your own Family Sticker Maker & MySpace Layouts.


Week 34

info nie aku cilok dr website http://www.baiboo.com.my/ coz 'Adik' dah berusia 34weeks.



Mother:
By this time you have heard and read quite a bit about labor and giving birth. You will have gotten used to having contractions and will get the feeling that these contractions become less like practice and more like the real thing! Your body is getting ready!


The entire labor process can be divided into 3 stages:


  • Stage 1
    Your contractions become more regular and intense and increase in frequency. It is important to know how to time your contractions. It is normal to, initially, doubt whether you are really in labor. Some women first feel as if they have a bit of a flu or are really sleepy. Then, the contractions increase and you will be in the active phase of this first stage. Your contractions will require more attention as they increase in frequency and intensity. Around this moment you will move to the place where you’re going to give birth, whether at home or a clinic. You also move into the next phase, called ‘transition’; as contractions come very close together, this is seen as a short but hard phase. As the ‘transition’ comes to an end you will be entirely dilated already!

  • Stage 2
    This is it! You will begin to push your baby into your world! Even though it might be strange to believe at first, most women actually really enjoy this pushing part, since they feel more actively involved. Your contractions start to feel different and will decrease in frequency. Your midwife or doctor will coach you in how to go about the pushing. A possible episiotomy will be done just before you actually give birth to your baby, which is at the end of this stage! For about 9 months you have been working your way towards this moment!
  • Stage 3
    It is unavoidable, necessary, but quite an anticlimax: giving birth to the placenta. After bringing your baby into this world, you are still in awe of this little miracle in your arms. Anywhere from 5 minutes to an hour later you will get the placenta out by giving it a few small pushes. Do start nursing your baby as soon as possible; this will speed up the placenta coming out as well as help stop any possible bleeding. Yes, it is a miracle!

Baby:

Of course your baby is still growing and growing and urinates about 0.5 liter per day! The placenta is producing hormones that activate the milk production in your breasts. Your baby now measures about 43 cm and weighs a whopping 2 kg!

Perihal 'Adik'

Selalu sgt ku bercerita ttg puteri sulongku.. terlupa yg aku ade lg sorg baby in my tummy... hem.. ape yg nak aku panggil baby yg kukandung nie .. maybe ADIK.. ok tak?

adik bukan anak ke2 aku.. tp yg ke3... sebelum aku megandungkannya, aku misscarriaged my 2nd baby semasa dia berusia 3bulan 1 minggu di dalam kandungan.. (sedih mengingatkannya ...sbb aku tak welcomed dia spt aku welcome arifah menyebabkan dia tidak tidak sempurna dan gugur.. ape yg dimaksudkan tak welcome? aku tak makan ubat as schedule.. selalu skip, pastu selalu regret .. coz rasa terlalu awal and x show off my love to him/her). Masa gugur, aku bleeding for >than 1 week, n bila scan doc ckp development dia tak seperti sepatutnya dimana masa scan nampak dia seperti baru 6minggu (seketul daging) bukan seperti 3bulan 1 minggu. Then, he/she suppose to be deliver on 31/12/08.. tp Allah lebih sayangkan dia...


Alhamdulillah, after miscarriage 2nd baby, Allah bagi aku chance tuk ku tebus kesalahan aku.. So masa Adik nie mmg takde gap period langsung.. habis pantang gugur terus lekat balik.. kali nie aku promise yg aku akn welcome n jaga adik sebaiknya... Insyaallah, Adik will be deliver on 2/4/09.. sekarang dah masuk 34minggu (8bulan 1/2). aku gembira sbb setiap kali check adik, perkembangannya ok seperti yg sepatutnya.. cuma sepanjang mengandungkan adik, aku yg byk kurang sihat compared tu masa mengandungkan arifah dulu (masa tu aku aktif sgt). .. 2x aku diserang air kencing kotor, 3x kena athma (last athma masa panjat gunung stong ayam 2004), food poison yg teruk and sekarang baru baik dari batuk yg teruk.. tp sumer tu tak mematahkan semangat aku demi Adik...

Arifah pun tahu, dalam perut aku ade Adik.. coz everytime aku tunjuk tummy aku kat dia.. sure dia panggil "Aaaadik" and tepuk2 tummy aku (kekadang bukan tepuk, tp dah bergendang.. hehehe). and bila tanya dia mana Adik, she will show my tummy.. so sweet sayang... hopefully she will love her adik as i love her very much...Amin


Aku kah itu?

Nie test yg aku buat dlm facebook aku berdasarkan birthday aku yg jatuh pada bulan May...


The result are, I'm...

Stubborn and hard-hearted.

Strong-willed and highly motivated.

Sharp thoughts.

Easily angered.

Attracts others and loves attention.

Deep feelings.

Beautiful physically and mentally.

Firm Standpoint.

Needs no motivation.

Easily consoled.
Systematic (left brain).

Loves to dream.

Strong clairvoyance.

Understanding.
Sickness usually in the ear and neck.

Good imagination.

Good physical.

Weak breathing.

Loves literature and the arts.

Loves traveling.

Dislike being at home.

Restless.

Not having many children.

Hardworking.

High spirited.

Spendthrift.
Daripada ape yg disenaraikan diatas, 70% adalah aku....

19 February 2009

Dah dekat dah..

selingan entry dr email kawan aku.. (kasturidewi@fara@ayong)

) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r..a. katanya,Rasulullah s.a.w telah 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Hadith Sahih Bukhari ~
perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim ~
perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah ~
perkara ni dah jadi dah... depan mata... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai. ~
memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik....

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad ~
boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani ~
George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada.....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad ~
jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'. ~
fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar 'lurah aku', betapa besar pinggul aku', betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani ~
tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim ~
Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... macam macam kan ....

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad ~
tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim ~
Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....

Multivitamin

Last week aku bawa arifah ge routine check kat klinik ibu & anak, Greentown (aka klinik wallacord.. betul ke ejaan aku). memandangkan ni klinik kerajaan, mesti ramai org..so pepagi lagi aku dah ge.. tu pun aku no yg ke 17.. dan punya la ramai org esp pregnant ladies...



masa ckeckup nie arifah dah berumur 1 tahun, 3bulan &12hari... seperti biasa routine check just timbang berat badan and sesi check bersama nurse.. (takde cucuk coz her next cucuk masa umur 1tahun 6 bulan nnti). masa ngn nurse nie mcm2 dia tanya... makan ape skrg? dah pandai jalan ke? dah pandai hold cawan and sudu ke? minum susu ape? ikut tak arahan ibu dan abah ke tak? if ok she will thick kat kad rawatan arifah.. disebabkan sumer soalan nurse tu ok bg arifah, so nurse tu satisfied except for one thing...



guess what? berat badan arifah... nie adalah kerana berat arifah cuma 8.9kg (previous checkup 8.1kg) kata nurse berat arifah dah nak ke garisan kuning (refer kat graf dlm kad rawatan dia).. nurse tu mengandaikan yg arifah aktif berjalan, tu sebab berat tak naik.. then dia bg arifah sebotol Multivitamin (take 5ml daily) tuk menyihatkan dan menambahkan berat badan arifah.. aku tak tahu betul ke tak keberkesanan multivitamin tu coz until today aku tak start lg bg kat arifah... (mesti angin je nurse tu if tahuaku tak bg lg MV kat arifah) ampun ye cik nurse coz arifah baru je recover dari batuk and selsema... kesian nak bg ubat bebanyak kat dia.. maybe tonite i'll start give her MV

Arifah dapat kaki..

Kenapa tajuk camtu ekk? sbb mostly bila baby dah start boleh jalan org mesti ckp dia dah dapat kaki (betul ke?) FYI, arifah start berjalan officially pd chinese new year (26/1/09) iaitu ketika di rumah MIL aku di kg.. biasala umah kg sure hall nyer luas... so tanpa kami org sedar (tengah syok tgk tv) rupanya arifah dah berjalan kat hall umah.. so bila kami org tegur dia, ape lagi ditunjukkanlah skill dia tu.. berjalan2 satu umah.. cuma masa tu tak terror lg..jatuh-bangun-jatuh bangun.. My MIL siap ckp "nie lg seminggu tak menang kepong la"


sebelum arifah dapat kaki, kamiorg risau sgt coz umur dia dah 1tahun 2bulan++tp tak start jalan.. Compared to kebanyakan anak kekawan aku yg sebaya arifah dah boleh jalan.. hubby aku yg selalu calmkan aku supaya bersabar dengan development arifah.. so once she started to walk, i'm the most excited one.. sumer org ku kabokan yg arifah dah boleh jalan....


Then, one week after CNY (31/1) kami balik kg MIL lg to attend kenduri.. nak tau ape.. cakap my MIL tu betul dimana arifah memang tak menang kepong.. dari hall dah pandai berjalan kedapur, bilik2 and kekadang nak kuar umah.. kesian kat aku la.. dah la membawa perut (adik arifah), kena lak main kejor2 ngn dia.. lastly aku give up, aku serahkan tugas menjaga arifah kat MIL.. dialah mengekori ke mana arifah pegi (walaupun tua, sbb cucu cuma sebulan skali balik.. digagahnya juga melayan kerenah cucunya ini).


Sekarang, dah nak masuk sebulan arifah dapat kaki.. pantang diberi peluang berjalan.. dah pandai taknak berpimpin even atas jalan raya.. everyday, satu umah di tawaf.. kalau kat downstair dia akan tawaf hall-dining area-dapur manakala klau kat upstair dia tawaf family area dan semua bilik2..


Yg bagusnya sejak arifah leh jalan, dia tido awal dari biasa (9mlm).. yahoo............ sebabnya arifah bukan jenis baby tido awal.. selalunya dia akan tido kul 11mlm keatas.. & one more thing, aku dapat complain dr nursery dia, sejak arifah dpt kaki, kejenya nak berjalan n bila dah berjalan, main redah aje baby lain yg tgh tido ke, menerap ke atas toto.... (ape aku nak ckp ngn depa.. dia tak belajo signal ape2 lagi.. so gelak je la..hahahaha)

18 February 2009

Sekadar renungan.......

semalam aku baca metro.. salah satu citer pasal pasal seorang isteri yg bunuh diri (minum cecair pencuci toilet) bila dpt tau rumous ttg husband dia berkahwin lain.. bagi aku sbg sorang islam, arwah tak sepatutnya mengambil jln singkat dengan membunuh diri... (aku mmg tak puas hati ngn cara arwah).



Bg aku byk jln penyelesaian yg boleh dicapai antaranya berbincang ngn husband atau meluahkan perasaan yg terpendam kepada teman rapat.. selain itu mendekatkan diri ngn Allah dengan bermunasabah ttg masalah yg dihadapi dan memohon petunjuk agar dipermudahkan masalah tersebut..



Dan aku setuju dgn pandangan beberapa pihak ttg bunuh diri bukan jalan penyelesaian
(petikan metro hari ni)......
KUALA LUMPUR: Jangan selesaikan masalah dengan wujudkan masalah lain! Masyarakat sepatutnya berpegang pada pendirian itu apabila berdepan sesuatu musibah kerana ia mampu mengarah kepada tindakan wajar dan patut diambil seterusnya.Malah, musibah dalam kehidupan bukan bermakna pengakhir kepada semua perkara, sebaliknya satu proses yang mematangkan diri dan bagi umat Islam pula ia adalah ujian Allah s.w.t bertujuan menguji sejauh mana ketakwaan seseorang.Perunding Motivasi, Prof Madya Md Izuddin Ali, berkata tindakan mengakhiri masalah dengan membunuh atau menyeksa diri bukan langkah bijak kerana terdapat penyelesaian lain yang dapat menolong ringankan beban termasuk berbincang.“Seteruk mana masalah kita atau sebeban mana tekanan yang perlu dipikul, janganlah pendekkan langkah dengan menyeksa atau membunuh diri kerana masih ada ruang untuk menyelesaikannya terutama menerusi perbincangan dan nasihat daripada orang berpengalaman.


“Lagi pula dengan meluahkan masalah kepada insan terdekat yang boleh mendengar, sebenarnya boleh menyelesaikan separuh daripada masalah sekali gus mengelak tekanan yang membungkam perasaan, berbanding jika kita pendam.


“Kalau orang yang suka pendam rasa ini yang membuatkan diri mereka hilang kawalan dan tidak mampu berfikir dengan waras selain mendorong melakukan perbuatan terlarang,” katanya. Sementara itu, Perunding Motivasi Human-Touch Consultant Sdn Bhd, Mohd Zawawi Yusoh, berkata cinta sesama manusia yang berlandaskan nafsu dan bukan kerana Allah s.w.t yang mendorong umat Islam gagal menerima kekecewaan.Katanya, jika seseorang mengutamakan cinta terhadap Allah s.w.t berbanding cintanya kepada manusia, maka dia akan pasrah terhadap sebarang kepincangan dalam perhubungan malah, menganggapnya ketentuan yang juga qada dan qadar Tuhan.


manakala jika benar berita suaminya kawin lain adelah khabar angin, maka penyebar fitnah adalah antara org yg bertanggungjawab... kerana 'memfitnah adalah lebih teruk dari membunuh' .. insaflah....


16 February 2009

Wajah-wajah arifah

Sejak lahir, banyak wajah-wajah arifah yang dirakam.. semuanya menjadi kenangan terindah aku.. dari berambut-botak dan berambut kembali.. aksi yg dirakam pun bermacam gaya.. ade terbelik mata, masam, tersenyum girang, blur, tension dll..

ni masa arifah baru lahir. baru belajo senyum..



arifah 1 month.. bulat mata di renung kamera


pic masa naik buai.. cam takde perasaan je anak ibu nie.. (rungsing pkai hairband kot..)


nie betul2 tengah tension. siap berkerut kening dia..



arifah excited baru pandai menerap.. cute time nie

masa nie arifah dah poo-poo, tp tetap maintain tangkap gambor (tu sbb aku kena dirikan dia, kang kesian gatal bontot)

tersenyum girang 'membonceng' iguana...


masa nie kat time makan kat satay kajang.. happy coz kejap lg abah mesti bagi arifah satay secucuk


tension naik bas lama2.. pic masa on the ge family day kat serai di lanjut.. (travelling took 5hours from shah alam) tu yg arifah tak de mood nak pose. siap nak rampas kamera lg ade la..hehehehe


seronok naik troli kereta (gimik aje) masa ge shopping kat ipoh parade

pic masa try baju, kasut, seluar and playgym baru... maintain ayu lak anak ibu

masa nie dah setahun++, dah ade gigi dan macam2 ragam.. masa nie happy lg arifah bermain...

ni bila dah bosan bermain... pose pun macam sudi tak sudi je

lately arifah suka menari bila ade lagu sedap2 di halwa telinga dia...(kekadang tak sedap di telinga aku.. hehehehe)

13 February 2009

Kelahiran puteri sulongku.. Arifah Zahirah Azman

suppose EDD aku pd 27/10/07 tp aku delivered lewat 4 hari.. means 31/10/07...


sakit aku bermula masa aku wat audit kat LTH ipoh (cam senggugut je..tak kuat sgt).. tp makin lama makin terasa.. tgh malam tu, aku tak leh tido.. tergolek la aku atas tilam menahan sakit yg kuat sgt rasanya. bagi aku selagi tak kuar tanda aku taknak ge hospital.. so dlm kul 4.30am, aku mula turun darah .. masa tu baru aku ajak hubby ge GH.. Hubby aku lak nak mak aku ikut sama, so kami ke Buntong dulu amik mak pastu baru ke GH.. masa kat GH dlm kul6.30am, doc yg check ckp bukaan aku baru 2cm.. dia suruh aku admit ward dulu.. dlm ward contraction aku berulang lebih kerap.. aku tak lalu nak breakfast and lunch.. asyik makan .. muntah balik.. kesian kat untie cleanner, kena lap muntah aku yg berterabur kat bwh katil (kes tak sempat berlari ke toilet).





pastu kul 3pm depa tolak aku le labor room since bukaan aku dah 3cm.. kat sana (labor room), ade satu bhgn waiting room (ade dlm 8katil dimana sume tgh Q tu bersalin) dimana masa tu tetiba darah aku naik mendadak.. (kes takut +sakit sgt).. beberapa kali depa check bacaan darah aku smpi 140-150/100.. sume guna pen merah (bahaya kot). pastu depa tolak aku ge labor room yg betul (1bilik sorg). kat situ mcm2 mesin pasang kat aku nak pantau high blood aku.. dlm kul 6pm, doc suruh aku amik epidural to reduce my high blood. doc panggil hubby aku bgtau condition aku.. doc kata if after epi tak ok, depa kena ceaser aku.. memandangkan masa bg epi tu bukaan aku baru 6cm, doc suruh aku tido.. b4 that doc dah bgtau kesan2 epi.. salah satunya aku either aku takkan rasa sakit langsung nak deliver baby or akan ade contraction kat area pinggul coz tulang pinggul nak bukak tuk laluan baby..




elok je aku kena epi, aku terus tido dr kul 6pm till 9pm. aku terjaga sebab aku rasa sakit sgt kat area pinggul aku... masa tu nurses yg bertugas sumernya muda2 cam aku (perasan la tu)tp buat aku angin je.. aku kaborkan yg aku sakit sgt nie.. tp nurse2 tu buat derk je.. siap ade sorg bwk anak masuk labor room tpt aku dok.. tp tak check pun aku... he .. trauma aku nak bersalin kat GH dah.. last2 aku jerit yg aku dah rasa ade something kat bwh kangkang aku.. baru depa kelam kabut nengokkan kepala baby aku dah kuar skit.. masa tu depa suruh aku push, tp aku dah tak larat sgt.. lg skali aku tak dilayan ngn elok.. sorg nurse ni biorkan aku dlm 10minit ngn kepala baby dah kuar skit.. pastu bila aku pkrkan nyawa anakku, baru la selamat aku push baby kuar.. alhamdulillah my baby selamat deliver kul 10.02 pm (31/10/07)



after that, aku dijahit..nasib baik ade epi.. bila sakit je nurse suruh press button epi to relieve pain.. dlm kul 12am baru aku ditolak kuar dr labor room dan disambut oleh hubby n my mum.. alhamdulillah, hilang segala kesakitan bila lihat baby yg dikandung telah selamat dilahirkan...

............My 1st pregnancy experience............

Bila ingat kembali kenangan lalu dari awal pregnant arifah sampi kelahirannya.. aku pasti tersenyum sendirian.. Byk memori tercipta semasa mengandungkannya...

sejarah bermula bila aku disahkan pregnant pd 20/1/07.. sblm tu aku dah test sendiri kat umah ngn hubby aku after aku kecewa bila result interview DPLI aku failed. memula test, sangsi gak coz warna pregnancy test tak appear ngn jelas.. just pink colour.. pastu aku tunggu till 2 week to confirm period dah lewat.. after that we all ge la check kat klinik mursyid and tharizah, and dr tharizah pun mengesahkan yg aku pregnant (tp tak ingat berapa minggu masa tu).. cuma dia ckp either we want to continue or not our baby coz kami masih di awal perkahwinan (3 bulan masa tu). aku memula confius soalan dia.. then dia terangkan most couple yg baru kawin taknak anak awal.. dia akn bg ubat tuk tak continue that baby.. masa tu terkejut gak.. then aku ngn hubby decided to continue coz she is our zuriat... mana tau after this Allah tarik rezeki anak.. lagi susah..


Pada masa yg sama my ofismate, Yan also pregnant.. nak di buat citer dah la kami kawin selang sehari je(aku 17/11/06 and she was 18/11/06).. pregnant pun dekat2 tarikh deliver (EDD aku 27/10/07 and her EDD was 24/10/07). so kami decide tuk tak bgtau bos kami dulu, susah ma if dua org cuti serentak.. dah la masa kawin dulu depa dah bising...




aku ngn yan.. sama2 mak buyong masa kat teluk dalam

Bila dah 2 org pregnant dok semeja, byk la topic dikongsi bersama.. dari ubat, keperluan baby, klinik, nama2 dll.. hari2 ade je benda nak disurf diinternet... masa nie aku wat checkup kat private clinic coz aku ngn hubby selalu outstation, so susah nak commit ngn gomen schedule.. yan lak check kat gomen clinic..

in early pregnancy, aku teruk morning sickness... makan je kuar balik.. while yan ok... relax and maintain je.. hisy.. jauh beza aku ngn yan... walau ape pun terjadi kat kami.. keje tetap keje..
dimana sepanjang 9 bulan membawa arifah dlm tummy aku, byk tpt yg aku ge (aku nie keje auditor.. so byk la kena jalan@outstation) . boleh kata sume transportation dah arifah naik (walaupun dia dlm perut) such as feri, sampan, kapal terbang, bas, lrt, keretapi and of coz kereta.

masa ngndung 3bulan++ aku kena buat due deligence kat A&W Gurney ngn yan..since masa tu kena wat asset verification, so kena tunggu smpi A&W tutup kul 11pm baru leh start keje .. till dkt kul 2am baru abih.. nasib baik hubby memasing tolong sama.. tuk panjat2 and tgk aset depa.. esoknya yan ade bleeding, and kena balik on the spot ke ipoh.. aku ngn hubby sambung keje lg skit pg tu..


then, aku ngn yan ge selama, sbbkan yan ade history bleeding so aku tak bg dia drive long jurney.. aku lak amik job sbg driver.. penat oooo.. pastu kami ade tugas di sarawak (UNIMAS) and Penang (PERDA).. masa tu aku ngn yan kena berpecah and kami tgh pregnant dlm 5bln++.. aku kena audit UNIMAS and yan audit PERDA. mencabar gak bila kena ge jauh dlm keadaan mengandung, selama 3week disana. memula aku excited gak.. tp lama2 aku tak larat dengan mknn nya yg menepati tak citarasa aku.. plus perjlnn nya mencabar dimana dr kuching (hotel) ke kota samarahan (UNIMAS) took about 30-45min journey.. bila dah hari2 naik 4wheel drive, penat ooo+sakit badan... lgpun masa kami kesana, hotel kat srwk mostly penuh.. kami kena berpindah randah smpi 4x coz ade mcm2 event tgh berlangsung..





nak fly ge sarawak
kat depan pintu masuk unimas.. masa nie baru kul 6, tp gelap cam malam.

kat 1st hotel (tak ingat ape nama hotelnya).. konsep sarawak..natural.. so takde TV and lampu syahdu je.. mostly yg dok org puteh yg cintakan keindahan alam. .tak sesuai tuk org yg dtg tuk buat keje..



aku ngn staf Aftaas KL..(sori dik akak tak ingat nama) kat waterfront kuching.
balik dr sarawak aku ngn hubby ade reunion uitm perak kat PD.. tak ramai ade tp happening..am, rodu, naza, sham, maly, fahmi n en Sham.. masa tu aku teringin sgt nak naik train (kira ngidam la tu). hubby aku nak booked ticket 1st class, tp dah abih.. so kami naik ticket economy (RM10 sorg) ke kl central (nasib baik turun situ, kalau turun N9, mesti dia angin). dah la train lmbt (jadual 3.30am, smpi kat stesen ipoh4.30am..while mak aku dah antar kami kul2.45am) dkt 2jam tunggu kat stesen yg dlm renovation (Takde tmpt duduk).. pastu dlm train lak, aku mcm2 ragam, sejuk la, kerusi keras la, yg jd mangsa hubby aku ..travel selama 5 jam amat tersiksa bg kami.. smpi hubby aku taubat taknak naik dah.. then kami continue journey naik keta naza+rodu. kat sana kami lepak 3d2n.


dinner aku +naza masak...
Masa ngndung 7bulan lak, ade familyday AFTAAS kat teluk dalam resort 3d2n. ari nak ge tu hubby aku tak dpt cuti, so kami ge lmbt skit(kena naik feri last trip). smpi kat sana sumer dah ade.. best gak xtvt, ade bbq nite, sukaneka, paintball, main2 perang dll.. tu last memori aku kat AFTAAS (Afrizan Tarmili Khairul Azhar Chartered Accountants) wpun selalu peak tp best sgt.


nak balik dah

pic family aku, family yan and family en nadzir (Bos aftaas ipoh)
lps main paint ball.. aku berlagak je... sbb hubby yg replaced tpt aku..

aku paling kiri duduk..(pink colour) sbb baju tema hubby aku pkai.. sbb dia yg kena main ...

Pastu aku dpt offer jd gomen servant kat Jab Audit Negara (JAN). org kata rezeki anak.. ye la masuk gomen relax skit compared tu Private. aku kena lapor diri kat Akademi Audit Negara (AAN), Nilai and terus kena induksi 1 month kat sana. masa tu aku dah masuk 8bulan.. memandangkan aku paling cute masa induksi (mak buyong) , ramai org care pasal aku.. byk xtvt yg aku kena dikecualikan.. jd pemerhati je.. bygkan dah la masa tu aku tgh sarat mengandung, puasa pertama ku sbg seorg isteri terpaksa berjauhan ngn hubby.. makin syahdu la.. asal malam nak tido, mesti ade terkuar skit air mata rindu kat family jauh di ipoh.. smpi satu waktu, hubby aku ade familyday kat T'ganu.. aku takdpt ikut sbb dlm induksi.. so bila dia balik dr t'ganu aku suruh gak dia dtg lawat aku wpun kejap aje.. siap aku sms dia.. "abg mmg tak syg nur, abg mmg tak rindu nur.." .. at last dia dtg wpun penat perjlnn T'ganu-Shah Alam-Nilai.

After induction aku ditptkan di JAN Perak, bhgn BBP.. oc aku masa tu kak tie.. dia tak bg aku wat keje byk sbb aku dah msk 9bulan++. smpi tersenguk2 la aku kat ofis sbb takde keje. last2 lepas raya, aku bosan aku minta nak ikut dia ge outstation.. dia just bg aku wat LTH Ipoh, sbb dekat ngn hospital.. ape2hal senang nak bwk aku klau2 aku sakit.. aku just berkesempatan selama 3hari audit sana, dimana slps tu aku pun admit GH ipoh...


ni pic masa raya 2007, aku pregnant 9bulan++ (tgh tunggu ari je).. beso kan perut aku


ok la.. pengalaman kat bersalin kat GH akan bersambung dlm entries lain... babai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...