iklan sat.

Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

18 December 2013

Alhamdulillah.. rezeki setelah sekian lama.. Akauntan & MIA

 Alhamdulillah..
 setelah sekian lama mencuba nasib mencari kerjaya yg bersesuaian dengan kelayakan aku sebagai degree holder in Accountancy..
pada awal Disember 2013, aku telah menerima tawaran dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai akauntan W41.. memang menggeletar bilamana kali pertama membaca surat yang diterima..

 
Untuk sampai ke peringkat ini aku telah melalui beberapa peringkat tapisan yang mengambil masa yang lama iaitu:
ujian bertulis - sekitar bulan mei - ogos 2012 (sebab masa tu umur auni kurang setahun & fully BF dan belum start mkn solid food.. abis je exam terus rushing balik umah coz auni dah menangis teruk taknak minum EBM)
then, 8 Nov 2012 dapat sms dr SPA.. utk menghadiri program penilaian kompetensi akauntan W41 (AGAC) di Sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 24-25/11/2012

 24 - 25 Nov 2012 - AGAC di Sekolah Raja Permaisuri Bainun bersama liyana, my ofismate.

21 Jan 2013 - Result AGAC diterima.. alhamdulillah lulus...

4 April 2013 - Interview Akauntan W41 di SPA Perak

17 Mei 2013 - result interview keluar.. Alhamdulillah berjaya.. walaupun simpanan dalam tempoh setahun dari 13 Mei 2013


 22 November 2013 - on the way ge Morib untuk  Family Day Wan Nadzir, dapat call dari SPA Putrajaya mohon slip gaji terkini.. bila aku tanya untuk apa, diaorg jawab utk proses surat lantikan Akauntan W41.. masa tu memang aku terkejut gila.. terus aku call mak n wasap geng taayah inform ttg kegembiraan aku.. then bila check status di SPA, status aku dah berubah dari calon simpanan ke lantikan tetap.. 1 week after, aku dpt surat official dari SPA.. cuma sekarang aku masih tunggu surat lapor diri dan penempatan dari Akauntan Negara Malaysia (ANM).. info by call directly to ANM, aku akan lapor diri pada 15 Januari 2014.. Hopefully semuanya berjalan lancar..

Actually, perasaan aku bercampur aduk buat masa ni...gembira teramat sangat kerana yang ape diidamkan berjaya diperolehi, then sedih meninggalkan Jabatan Audit Negara yang banyak memberi tunjukajar dan kenangan pahit dan manis sepanjang 6 tahun berkhidmat sebagai Penolong Juruaudit W27 dan takut kerana akan menempuh alam baru yang mana selama 8++ tahun kembara kerjaya aku sebagai Auditor swasta dan gomen, major field aku adalah Auditing.. so lepas ni aku kena tune otak dan diri aku utk bidang accounting..
Chaiyok Zanzila!!!


 selain itu, pada 11 Disember 2013 permohonan aku sebagai ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA) telah berjaya.. Cuma untuk entitled sijil keahlian aku kena menyelesaikan kursus induksi melalui e-learning..
yang ni je belum settle.. target aku utk settle sebelum lapor diri bulan Januari 2014 nnti..



 Ya Allah.. aku bersyukur di atas rezeki Mu YaAllah..
Ya Allah permudahkan urusanku.. 
Engkau luaskan lagi pintu rezekiMu untuk keluargaku..
Engkau Berkatilah rezeki yg kami perolehi kerana rezekiMu menjadi darah daging kami ..
Ameen...


11 December 2013

Bengkel memperkasa sahsiah diri dan JAN Perak

Salam rabu.. aku bersiaran dari hotel casuarina @meru, bandar meru raya.. bagi menghadiri bengkel memperkasa sahsiah diri dan organisasi JAN Perak. Hari ni hari kedua bengkel.. dan ceramah hari oleh ustaz Long b. Kechik... alhamdulillah byk info.. dari segi ilmu agama dan motivasi..

23 November 2013

Pengalaman di RPGC

 Sekarang, my team iaitu Wan Nashrah & En Baharul ditugaskan untuk melaksanakan tugas auditan anak syarikat kerajaan Negeri iaitu Royal Perak Golf Club Berhad Ipoh..
So far so good.. tp kat sini aku nak share pengalaman kat sana.. 
walaupun tak dapat main golf, coz kena jadi member n perlu ada handicap..
tapi berpeluang naik buggy golf dan memasuki segenap bahagian dalam dan luar kelab..
Memang cantik, fasiliti sangat terjaga coz patron RPGC adalah  DYMM Sultan Perak.. 
DYMM Raja Muda Perak dan DYMM Raja Dilihir Perak
So, just nak share some my personal pic semasa lakukan audit di sana..
Insyaallah, laporan RPGC akan dibentangkan dalam LKAN siri 1/2013..
just wait and see..
I love this pic.. sangat cantik Tuanku Zara



berpeluang naik buggy walaupun bukan saya yg drive..
my team

31 July 2013

When auditor turns to engineer..


 takde gaya pun sbg engineer..
actually this pic diambil semasa site visit ke projek landasan berkembar Gemas-N9..
masa tu aku dan kak zan attend kursus construction audit yg dianjurkan oleh Akademi Audit Negara dan KLIA Holdings.. Sgt best kursus ni coz talk yg diberikan oleh pakar2 dalam bidang construction.. semoga ilmu2 yg ditimba semasa kursus ni boleh dimanafaatkan utk tugas2 yg dijalankan.. seminggu kursus dah rasa macam nak apply lesen kontraktor kelas F pun tak pe... hehehe


08 July 2013

Day 2 @ The Everly Hotel Putrajaya


 7.30am.. aku, lily dan wan berkumpul di Lobby hotel sebelum bergerak ke JAN Putrajaya utk presentation Draf LKAN Siri 3/2012..
masa aku turun Arifah dan Auni dah jaga tp still tonton tv je..
8.15pg kami breakfast kat bwh ofis, aku sempat call Mr Hubby.. nak tanya dah turun breakfast atau tidak..
alih2 .. bukan pergi breakfast, tp sumer dah terjun pool..
Mr Hubby ckp bebudak dah tak sabar nak mandi and plan nak bf lepas mandi
tup tup mandi smpi pukul 10++.. kafe pun dah tutup.. makan la mereka maggi n coco crunch kat bilik..


mereka paling suka bila mandi pool




 
pukul 11.45 presentation tamat.. then mkn2 kat sana dulu before balik hotel semula tuk check out..
lepas check out, JJCM kat Alamanda.. bebudak dah lapar benor.. sambil2 tu window shopping..
Pukul 4.00ptg bergerak balik ipoh.. sebelum sampai sempat balik kg Sungkai.. ziarah pakusu dan wanchik sekeluarga.. Pukul 12.30pm baru sampai rumah..



05 July 2013

Work & Short Vacation @ The Everly Putrajaya

i like this pic.. mr hubby n my kids..
  Selasa lepas, kami sekeluarga ke Putrajaya kerana aku ade presentation Draf Laporan Audit dengan Tan Sri Ketua Audit Negara di Jabatan Audit Negara Putrajaya..Presentation tu diadakan pada pagi2 Rabu.. So semua yg terlibat dengan kajian decided tuk stay 2D1N kat Putrajaya utk semalam je.. aku n wan ditugaskan tuk survey hotel so kami pilih hotel baru bersebelahan Alamanda iaitu The Everly Hotel Putrajaya.. kami dapat stay duluxe room yg berharga RM180++ (gov rate+tax exclude breakfast)..
For us, bilik sgt selesa dengan 2 katil super single dan bersih.. cuma toiletries tak disediakan and tanda arah kiblat tidak ditunjukkan.. but tu semua acceptable coz hotel ni sgt baru.. selain itu signage entrance hotel tidak diletakkan di jalan masuk hotel menyebabkan kami beberapa kali tawaf jalan alamanda tuk cari entrance n lobby hotel.. (maklum la sekali sekala org ipoh datang putrajaya.. mula jakun sat).. Langsung aku termiss episod akhir teduhan kasih coz kami tiba putrajaya dlm kul 6++ pm.. dinner malam tu kami makan di foodcourt Rasa alamanda..rasanya tak puas jejalan putrajaya coz esoknya aku keluar ke HQ Audit kul 7.30am and balik hotel kul12.00noon.. pastu terus check out coz en hubby n anak2 tak makan... Insyaallah ade rezeki leh ge lagi  ke putrajaya

lepak di lobby hotel slps dinner



ni la tempat kami beradu..










bye the everly hotel.. insyaallah ade rezeki leh datang lagi time convo paksu nnti

09 November 2012

Kita yang merancang...

actually bulan november ni banyak perancangan kami utk cuti2 malaysia..
 sepatutnya 10  & 11 November, kami merancang utk menginap di apartment Rumah Peranginan Cameron Highlands..
booking telah dibuat >< 6 bulan lalu.. siap aku amik cuti extra hari isnin b4 deepavali
tp kita yang merancang..Allah jua menentukan..
rumah peranginan tersebut still under renovation.. and last week aku diinform oleh bahagian pengurusan hartanah (BPH) Putrajaya yg mereka tepaksa cancel booking aku due to renovation delay.. 
sgt sedih coz planning ke sana dengan family aku (mak, opah dan keluarga adik aku)

then, semalam aku dapat sms dr SPA.. yang aku terpilih utk menghadiri program penilaian kompetensi akauntan W41 (AGAC) .. masa tu sangat2 GEMBIRA, TERUJA DAN TAK SANGKA..
coz masa ujian akauntan aku fail..so gerak hati aku berkata, mungkin mereka nak amik lebih staff + result aku atas pagar kot.. antara fail atau lulus.. then aku call liyana, dia pun sama macam aku dipanggil utk  AGAC.
so untuk maklumat lanjut kena buka web spa..
memula aku buka.. web cannot display.. then tgh malam hubby aku try.. masa tu aku baru lepas slat isya'

Alhamdulillah memang nama aku tepilih utk AGAC..
cuma kita yang merancang.. Allah yang menentukan
AGAC berlansung pada 24 & 25 November ni di Sek. Men Raja Permaisuri Bainun..
dan tarikh tu sana dengan family day wan nadzir, (ofis hubby aku) di tristle hotel, Port dickson..
rasa masa baca surat panggilan tu, hati aku berbelah bagi..
dua2 aku nak.. bercuti dan ber AGAC..
sebab aku plan lepas ge PD direct nak cuti2 melaka lak...
pastu percutian ke PD ditaja oleh ofis hubby aku..

bila aku call mak aku, minta pendapat, mak cakap cuti2 bila2 pun boleh cuma peluang tuk cari rezeki kadang sukar dijangkakan.. huahuaha...... mak suruh buat solat istiharah.. smpi sekarang aku belum buat lagi.. tp hubby aku baru je batalkan tempahan hotel kami di PD... :-(
klau ikut hati, 2 2 tak nak let go...

doakan semoga apa yang aku lakukan betul demi masa depan aku..
semoga Allah memberi rezeki lebih baik untuk kami sekeluarga...
Amin.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...