iklan sat.

18 December 2013

Alhamdulillah.. rezeki setelah sekian lama.. Akauntan & MIA

 Alhamdulillah..
 setelah sekian lama mencuba nasib mencari kerjaya yg bersesuaian dengan kelayakan aku sebagai degree holder in Accountancy..
pada awal Disember 2013, aku telah menerima tawaran dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai akauntan W41.. memang menggeletar bilamana kali pertama membaca surat yang diterima..

 
Untuk sampai ke peringkat ini aku telah melalui beberapa peringkat tapisan yang mengambil masa yang lama iaitu:
ujian bertulis - sekitar bulan mei - ogos 2012 (sebab masa tu umur auni kurang setahun & fully BF dan belum start mkn solid food.. abis je exam terus rushing balik umah coz auni dah menangis teruk taknak minum EBM)
then, 8 Nov 2012 dapat sms dr SPA.. utk menghadiri program penilaian kompetensi akauntan W41 (AGAC) di Sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 24-25/11/2012

 24 - 25 Nov 2012 - AGAC di Sekolah Raja Permaisuri Bainun bersama liyana, my ofismate.

21 Jan 2013 - Result AGAC diterima.. alhamdulillah lulus...

4 April 2013 - Interview Akauntan W41 di SPA Perak

17 Mei 2013 - result interview keluar.. Alhamdulillah berjaya.. walaupun simpanan dalam tempoh setahun dari 13 Mei 2013


 22 November 2013 - on the way ge Morib untuk  Family Day Wan Nadzir, dapat call dari SPA Putrajaya mohon slip gaji terkini.. bila aku tanya untuk apa, diaorg jawab utk proses surat lantikan Akauntan W41.. masa tu memang aku terkejut gila.. terus aku call mak n wasap geng taayah inform ttg kegembiraan aku.. then bila check status di SPA, status aku dah berubah dari calon simpanan ke lantikan tetap.. 1 week after, aku dpt surat official dari SPA.. cuma sekarang aku masih tunggu surat lapor diri dan penempatan dari Akauntan Negara Malaysia (ANM).. info by call directly to ANM, aku akan lapor diri pada 15 Januari 2014.. Hopefully semuanya berjalan lancar..

Actually, perasaan aku bercampur aduk buat masa ni...gembira teramat sangat kerana yang ape diidamkan berjaya diperolehi, then sedih meninggalkan Jabatan Audit Negara yang banyak memberi tunjukajar dan kenangan pahit dan manis sepanjang 6 tahun berkhidmat sebagai Penolong Juruaudit W27 dan takut kerana akan menempuh alam baru yang mana selama 8++ tahun kembara kerjaya aku sebagai Auditor swasta dan gomen, major field aku adalah Auditing.. so lepas ni aku kena tune otak dan diri aku utk bidang accounting..
Chaiyok Zanzila!!!


 selain itu, pada 11 Disember 2013 permohonan aku sebagai ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA) telah berjaya.. Cuma untuk entitled sijil keahlian aku kena menyelesaikan kursus induksi melalui e-learning..
yang ni je belum settle.. target aku utk settle sebelum lapor diri bulan Januari 2014 nnti..



 Ya Allah.. aku bersyukur di atas rezeki Mu YaAllah..
Ya Allah permudahkan urusanku.. 
Engkau luaskan lagi pintu rezekiMu untuk keluargaku..
Engkau Berkatilah rezeki yg kami perolehi kerana rezekiMu menjadi darah daging kami ..
Ameen...


24 comments:

  1. alhamdulillah...tahniah. Moga hidup diberkatiNya selalu...Amin

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sy baru dpt panggilan utk exam w41.. bole ke nk mintak tips sikit..? :)

    ReplyDelete
  3. Boleh tak cerita serba sedikit perkenaan W41 interview stage!, pasal anak saya baru lepas PAC dah sedang tunggu panggilan temuduga!

    ReplyDelete
  4. 24/7 aritu, status simpanan lantikan saya sudah bertukar kepada lantikan tetap. Alhamdulillah. Tp, yang tak sedap hatinya, ada pulak ayat " anda di kategorikan sebagai calon simpanan selama 1 tahun". Saya dah melalui saat sebagai simpanan lantikan selama setahun. Mungkinkah saya perlu tunggu selama setahun lagi untuk diserap? Minta nasihat.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Interview die ty ape?

    ReplyDelete
  7. Teruja sy bace blog sis..sbb baru je terima result interview utk akauntan 41 kt jabatan akauntan negara..jd calon simpanan..down skjp..tp xpe,insyaAllah ade rezeki,kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dah dapat lantikan tetap ke? Sebab sy baru dpt result interview WA41 dan juga jado calon simpanan

      Delete
    2. Wan dianah, ranking no berapa? Sy sampai sekarang masih status simpanan

      Delete
  8. teruja... sy bru dpt w27 setelah setahun mnunggu sbg calon simpanan... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. anak sy jd calun simpan PA 27 n W41,ada sape2 tahu...rasa2 dlm tempuh 2 tahun sah laku dia akan dlantik tetap tak? dan ada pengambian baru tak dr calun simpan ni utk dilantik tetap .sape2 tahu tolong beri pencerahan.

    ReplyDelete
  10. salam saya baru dapat temuduga pembantu muzium n semalam result dapat simpanan lantikan..maknanya saya kene tunggu surat ke atau tunggu diorang kol?? konfius la...sebab diorang kata ikut peringkat ...betul ke??

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. saya taktau samada mesej ini diterima atau tidak oleh puan. sekiranya puan membaca dan tergerak hati untuk membalas, syukur hanyalah dpt sy ungkapkan. sy akan menduduki exam akauntan gred w41 pada jumaat depan. puas sy cari tips n pengalaman dr mereka yg pernah jawab exam. sy harap sgt puan dptberi tips soalan yg keluar dr segi apa, susah atau tidak. harap pengalaman puan bakal ceritakn dpt membantu sy sediki sebanyak :)

    ReplyDelete
  12. jika tak keberatan boleh pm sy di fb nurul atifah abd karim. sy amat menghargai dan bersyukur jika puan sudi membantu :)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. kalau dari simpanan lantikan berubah kepada lantikan tetap tu confirm dipanggil lah ya? atau ada tapisan lagi? tapi tak ada surat, status je baru bertukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lin dah dapat surat ke? berapa lama tempoh dari status bertukar?

      Delete
    2. Semua yang dapat tawaran, boleh share rating berapa?

      Delete
  15. sya pun baru tukar status lantikan tetap,rasanya berapa lama nak tunggu surat tawaran dari SPA??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi la tu, paling lama 2bulan.. Hehe

      Delete
    2. Tak lama lagi la tu, paling lama 2bulan.. Hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...