iklan sat.

Showing posts with label AGAC. Show all posts
Showing posts with label AGAC. Show all posts

18 December 2013

Alhamdulillah.. rezeki setelah sekian lama.. Akauntan & MIA

 Alhamdulillah..
 setelah sekian lama mencuba nasib mencari kerjaya yg bersesuaian dengan kelayakan aku sebagai degree holder in Accountancy..
pada awal Disember 2013, aku telah menerima tawaran dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai akauntan W41.. memang menggeletar bilamana kali pertama membaca surat yang diterima..

 
Untuk sampai ke peringkat ini aku telah melalui beberapa peringkat tapisan yang mengambil masa yang lama iaitu:
ujian bertulis - sekitar bulan mei - ogos 2012 (sebab masa tu umur auni kurang setahun & fully BF dan belum start mkn solid food.. abis je exam terus rushing balik umah coz auni dah menangis teruk taknak minum EBM)
then, 8 Nov 2012 dapat sms dr SPA.. utk menghadiri program penilaian kompetensi akauntan W41 (AGAC) di Sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 24-25/11/2012

 24 - 25 Nov 2012 - AGAC di Sekolah Raja Permaisuri Bainun bersama liyana, my ofismate.

21 Jan 2013 - Result AGAC diterima.. alhamdulillah lulus...

4 April 2013 - Interview Akauntan W41 di SPA Perak

17 Mei 2013 - result interview keluar.. Alhamdulillah berjaya.. walaupun simpanan dalam tempoh setahun dari 13 Mei 2013


 22 November 2013 - on the way ge Morib untuk  Family Day Wan Nadzir, dapat call dari SPA Putrajaya mohon slip gaji terkini.. bila aku tanya untuk apa, diaorg jawab utk proses surat lantikan Akauntan W41.. masa tu memang aku terkejut gila.. terus aku call mak n wasap geng taayah inform ttg kegembiraan aku.. then bila check status di SPA, status aku dah berubah dari calon simpanan ke lantikan tetap.. 1 week after, aku dpt surat official dari SPA.. cuma sekarang aku masih tunggu surat lapor diri dan penempatan dari Akauntan Negara Malaysia (ANM).. info by call directly to ANM, aku akan lapor diri pada 15 Januari 2014.. Hopefully semuanya berjalan lancar..

Actually, perasaan aku bercampur aduk buat masa ni...gembira teramat sangat kerana yang ape diidamkan berjaya diperolehi, then sedih meninggalkan Jabatan Audit Negara yang banyak memberi tunjukajar dan kenangan pahit dan manis sepanjang 6 tahun berkhidmat sebagai Penolong Juruaudit W27 dan takut kerana akan menempuh alam baru yang mana selama 8++ tahun kembara kerjaya aku sebagai Auditor swasta dan gomen, major field aku adalah Auditing.. so lepas ni aku kena tune otak dan diri aku utk bidang accounting..
Chaiyok Zanzila!!!


 selain itu, pada 11 Disember 2013 permohonan aku sebagai ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA) telah berjaya.. Cuma untuk entitled sijil keahlian aku kena menyelesaikan kursus induksi melalui e-learning..
yang ni je belum settle.. target aku utk settle sebelum lapor diri bulan Januari 2014 nnti..



 Ya Allah.. aku bersyukur di atas rezeki Mu YaAllah..
Ya Allah permudahkan urusanku.. 
Engkau luaskan lagi pintu rezekiMu untuk keluargaku..
Engkau Berkatilah rezeki yg kami perolehi kerana rezekiMu menjadi darah daging kami ..
Ameen...


21 January 2013

result AGAC...


Alhamdulillah.. rezekiMu yang tak terhingga.. 
Ade hikmah disebalik dugaan-Mu untuk ke AGAC
Walaupun baru lulus peringkat assessment,
 aku tetap bersyukur kepada Mu Ya Allah..
Amin2x
semoga Allah memberi rezeki yang baik utk kami sekeluarga..



09 November 2012

Kita yang merancang...

actually bulan november ni banyak perancangan kami utk cuti2 malaysia..
 sepatutnya 10  & 11 November, kami merancang utk menginap di apartment Rumah Peranginan Cameron Highlands..
booking telah dibuat >< 6 bulan lalu.. siap aku amik cuti extra hari isnin b4 deepavali
tp kita yang merancang..Allah jua menentukan..
rumah peranginan tersebut still under renovation.. and last week aku diinform oleh bahagian pengurusan hartanah (BPH) Putrajaya yg mereka tepaksa cancel booking aku due to renovation delay.. 
sgt sedih coz planning ke sana dengan family aku (mak, opah dan keluarga adik aku)

then, semalam aku dapat sms dr SPA.. yang aku terpilih utk menghadiri program penilaian kompetensi akauntan W41 (AGAC) .. masa tu sangat2 GEMBIRA, TERUJA DAN TAK SANGKA..
coz masa ujian akauntan aku fail..so gerak hati aku berkata, mungkin mereka nak amik lebih staff + result aku atas pagar kot.. antara fail atau lulus.. then aku call liyana, dia pun sama macam aku dipanggil utk  AGAC.
so untuk maklumat lanjut kena buka web spa..
memula aku buka.. web cannot display.. then tgh malam hubby aku try.. masa tu aku baru lepas slat isya'

Alhamdulillah memang nama aku tepilih utk AGAC..
cuma kita yang merancang.. Allah yang menentukan
AGAC berlansung pada 24 & 25 November ni di Sek. Men Raja Permaisuri Bainun..
dan tarikh tu sana dengan family day wan nadzir, (ofis hubby aku) di tristle hotel, Port dickson..
rasa masa baca surat panggilan tu, hati aku berbelah bagi..
dua2 aku nak.. bercuti dan ber AGAC..
sebab aku plan lepas ge PD direct nak cuti2 melaka lak...
pastu percutian ke PD ditaja oleh ofis hubby aku..

bila aku call mak aku, minta pendapat, mak cakap cuti2 bila2 pun boleh cuma peluang tuk cari rezeki kadang sukar dijangkakan.. huahuaha...... mak suruh buat solat istiharah.. smpi sekarang aku belum buat lagi.. tp hubby aku baru je batalkan tempahan hotel kami di PD... :-(
klau ikut hati, 2 2 tak nak let go...

doakan semoga apa yang aku lakukan betul demi masa depan aku..
semoga Allah memberi rezeki lebih baik untuk kami sekeluarga...
Amin.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...