iklan sat.

Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

09 May 2014

Rindu nya......

Dari rabu lps hingga jumaat minggu dpn.. Aku kena menghadiri taklimat 1Gfmas di putrajaya n induksi di institut perakaunan negara (ipn). Hari ni baru hari ketiga meninggalkan keluarga demi tugas.. aku mula rindu kat anak2, suami dan mak dan rindu semakin membuak-buak... camne la nak tunggu smpi jumaat depan... mau banjir dibuatnya...

ya allah...Cepat la masa berjalan... supaya aku dpt bersama mereka...

11 December 2013

Bengkel memperkasa sahsiah diri dan JAN Perak

Salam rabu.. aku bersiaran dari hotel casuarina @meru, bandar meru raya.. bagi menghadiri bengkel memperkasa sahsiah diri dan organisasi JAN Perak. Hari ni hari kedua bengkel.. dan ceramah hari oleh ustaz Long b. Kechik... alhamdulillah byk info.. dari segi ilmu agama dan motivasi..

31 July 2013

When auditor turns to engineer..


 takde gaya pun sbg engineer..
actually this pic diambil semasa site visit ke projek landasan berkembar Gemas-N9..
masa tu aku dan kak zan attend kursus construction audit yg dianjurkan oleh Akademi Audit Negara dan KLIA Holdings.. Sgt best kursus ni coz talk yg diberikan oleh pakar2 dalam bidang construction.. semoga ilmu2 yg ditimba semasa kursus ni boleh dimanafaatkan utk tugas2 yg dijalankan.. seminggu kursus dah rasa macam nak apply lesen kontraktor kelas F pun tak pe... hehehe


20 July 2012

ilmukeluarga@LPPKN - komunikasi ibubapa dalam keluarga


10 julai lalu, saya telah menghadiri kursus ILMUKELUARGA@ LPPKN bertempat di INTIM, Ipoh..
alhamdulillah banyak info yang diperolehi..so saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat melalui sesi : SI TANGGANG; KOMUNIKASI IBU BAPA DALAM KELUARGA.. Slot ini telah disampaikan oleh Professor Madya Dr Ismail Sualman, Pensyarah Fakulti Komunikasi UiTM Shah Alam

saya akan buat point form je.. senang nak ingat bila kadang2 terlupa:

1. pertumbuhan anak2 mengikut watak ibu bapa.. if ibu bapa pemarah dan dan kurang sabar, maka anak akan mewarisi sifat tersebut.
2.berpada memberi kepada anak.. jangan terlalu memanjakan mereka.. kelak sukar untuk menidakkan kehendak mereka
3.membiasakan anak2 dengan disiplin.. terutamanya time management.. seperti latih anak2 tidur ikut waktu..
membiasakan anak2 dengan etiket seperti cara layan tetamu, cara berjalan depan org tua dan jaga kebersihan.

lepas usia 6 tahun:
1. kenalkan anak2 dengan Allah.. ajak sembahyang dan mengaji bersama
2. jelaskan tentang hukum terutamanya aurat dan wuduk.. jika anak perempuan, ibu sendiri perlu terangkan tentang haid kepada anak. jangan menharapkan cikgu untuk bercerita.
3. ajar anak2 tentang hak orang tua, seperti ketuk pintu sebelum masuk bilik ibu bapa dan asingkan  bilik anak lelaki dan perempuan.
4. waktu anak2 mengulangkaji pelajaran atau membaca buku, jangan menonton tv.. sebaliknya membaca bersama mereka walaupun hanya suratkhabar.. jika nak anak berjaya, kita pun kena BERKORBAN.. (x tgk tv).. hehehe tgh berlatih walaupun bosan je..

Masa anak remaja:
1. perlakukan anak2 sebagai orang dewasa
2. jadikan anak2 sebagai teman tapi  mesti wujudkan sempadan atau batasan.. supaya mereka still hormat ibu bapa
3.jaga aurat anak2, jangan biasakan anak2 dengan pakaian kurang sopan walaupun dirumah
4.jaga solat anak2.. PENTING
5. latih anak2 buat kerja rumah seawal mungkin walaupun hanya sidai baju sendiri
6.jangan memberi duit lebih kepada anak2.. cukup sekadar belanja
7. carikan teman yang baik atau kenal rakan2 anak2.. serta perlu ada nombor telefon

cara2 berkomunikasi dengan anak2:
1.jika bercakap/memberi arahan dengan anak .. bercakap secara face to face, perlahan2 dan jelas
2.jika bercakap dengan anak kecil, jangan cakap secara pelat
3. jangan jadikan anak sebagai tempat letak geram.. seperti marahkan suami, dengan anak2 pun dimarahkan sekali..
4. amalkan anak2 mencium tangan ibu bapa sebelum keluar ke sekolah, sambil salam doakan anak belajar rajin ( doa mustajab pada sebelah pagi)
5. ingat anak yang degil dan nakal adalah anak yang bijak - explorer.. (Aqil la tu).. tangani dengan bijak dan INGAT ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YG PERLU DIJAGA
6. Jangan suka lepas mulut atau cakap bukan2 tentang anak2 seperti bodoh, lebih baik mati ke.. sebab kerana mulut badan binasa.. terutama yg cakap adalah seorang ibu, apabila ibu cakap boleh menjadi doa.
7. jangan membandingkan anak2.. seperti yg bijak ke atau yang kurang bijak..
8.jika ada anak yang istimewa, redha dan sabar kerana akan dijanjikan balasan syurga
9.jadi lah pendengar yang baik kepada anak.. terutamnya yang baru belajar bercakap dan ingin bercerita..
10.waktu paling baik utk menasihat anak dan keluarga adalah waktu sebelum tidur atau selepas solat jemaah
11.tunjukkan minat semasa berbual dan sentiasa beri tumpuan 
12. seboleh mungkin, sesuaikan dengan emosi anak2

untuk mengurangkan penyakit lupa:
1.biasakan anak2 makan kurma dan kismis
2.elakkan makan organ dalaman (paru, limpa)
3.jangan selalu bagi makan  fastfood atau makanan dalam tin
4.banyakkan makan buah-buahan
5. sebelum baca buku bacalah doa penerang hati dan 3 Qul

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan (Taha : 25,26,27)
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)7)

 

petua utk anak soleh
1.bagi anak yang degil - air sembahyang ditadahkan dan dimandikan kepada anak
2.semasa membasuh beras, baca doa, ayat 3 qul dan niat supaya anak2 menjadi anak yang soleh
3.sebelah pagi, pastikan anak2 makan atau minum makanan yang disediakan oleh ibu.. makanan atau minuman itu hendaklah dibaca selawat atau 3 qul
4.waktu tidur, baca 3 qul, selawat dan alfatihah dan tiup ubun2 kepala anak. mak saya pula bgtau supaya baca "ya Latif" sebanyak mungkin semasa tiup ubun kepala anak..

So, apa yang ada disini adalah intipati yang aku kutip semasa kursus tersebut.. apa yang baik aku kongsikan bersama, dan yang salah adalah datang dari kelemahan diri sendiri..

SALAM RAMADHAN ... SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN UNTUK KITA SEMUA..

11 May 2012

quick update.. kursus lagi


lamanya tak update..
terutama tentang kelahiran baby ke3 kami..
tp hari ni tak boleh citer panjang..
keje pun baru mula 5 hari..
dah pulak next week kena ge kursus di Akademi Audit negara..
5 hari lak tu..
so tinggal arifah, aqil, auni dan abah..bersama
tak tau la camne..

wish me all the best..

hari ni seharian dah cuba tuk merejectkan diri.. tp apakan daya.. insan lemah..

bye... bye...

21 June 2011

EPSA - PENGURUSAN KONFLIK - COMPLETED



alhamdulillah satu kursus dah complete.......
tunggu INTAN bagi cert je.. dlm sebulan rasanya (mona ckp)...

10 June 2011

EPSA - Kursus Pengurusan Konflik






alhamdulillah.. 12/24 daripada modul kursus pengurusan konflik telah selesai dilaksanakan..
memula semangat gak.. tp bila hari dah makin petang.. energy kurang.. aku siap terlelap kejap sambil mengadap pc.. nasib baik ade call, terang balik bijik mata aku.
ni la salah satu disadvantage kursus online, bila banyak membaca direct to pc mula la mata macam ade gam... nasib baik speaker tak leh lihat aku tersengguk kejap.. and ade kuiz yg kdg mencabar minta..

so this monday, insyaallah aku akan menghabiskan kursus ini..

gambatte kudasai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...