iklan sat.

Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

25 October 2013

Suasana Aidiladha 1434H & musim tidak sihat sekeluarga

Salam Jumaaat.. Hari ni baru nak citer ttg raya haji yg lepas
raya haji tahun ni di rumah my mum kat Buntong..
Memandangkan cuti singkat je, selasa di Buntong & rabu di Bukit Merah..
so takde la meriah sangat.. Alhamdulillah rumah mak kali ni penuh except adik perempuan aku,
Fiqah sekeluarga tidak dapat pulang ke Ipoh utk beraya bersama..
So, pepagi raya kami dengan menu rendang ayam kampung, lemang, nasi lemak, nasi impit, kuah kacang & masa lodeh.. terhidang kat meja.. sampai tengah hari kami ulang makan yg sama sehinggalah korban selesai dimana mak selalunya akan bawa sup tulang dari masjid.. 
Mr hubby alhamdulillah setiap kali korban, tak pernah lepaskan peluang bersama org kg Buntong utk sembelih lembu korban sampaikan mereka lebih kenal 
mr Hubby sebagai Menantu Haji Harun dari nama sebenar.. 

then, raya haji kali ni memberi petanda supaya kami sekeluarga menjaga corak makanan yang kami ambil..
dimana bermula dengan Aqil demam dari malam raya hingga hari Jumaat.. 
kemudian, En Hubby lak tetiba kena Allergy satu badan selepas makan masakan korban, iaitu sup tulang dan kurma daging.. kemudian, esok en hubby kena bengkak ibu jari kaki serta bibir..
bila refer doktor.. takut gaot.. blood test menunjukkan negative gout n high kolestrol..
selang sehari kemudian auni, hubby, arifah and at last... aku demam.. kiranya minggu lepas minggu sakit kami sekeluarga..semalam baru aku masuk keje selepas 2 hari mc.. Semoga sakit2 yang kami hadapi menghapus dosa2 kecil kami..dan supaya kami mensyukuri nikmat Sihat yang Allah berikan kepada kami..  Ameen
cuma Auni je smpai sekarang still ade batuk selsema lagi...

susah betul nak suruh depa bergambar bersama
bersama SIL n Sis serta anak masing2




waris haji harun dan hajjah halimatun



my sis n hubby, halim


ni family mak aku.. opah, maklin, mak, pak nasir dan pakcik nazeri
  
my busyuk...
my happy family
 




my lovely mum.. yg belakang tu makcik aku..
 
 




01 August 2013

Dinner and Lepak time @ Gold Coast Morib resort(GCMR)

 sambungan citer day 1 @ GCMR
 malam tu kami disediakan buffet dinner..
yg ni paling hazab.. kebetulan minggu kami stay ade clash dengan event  indian group..
so diaorg guna tpt sepatutnya dinner.. so kamiorg yg guna baucer kena dinner dlm khemah kanopi ala2 khemah kenduri.. since khemah ni tak berapa besar.. so kena take turn utk dinner.. memandangkan mkn free so kena la bersabar..kena pulak time beratur, sampai turn kami kena tunggu dlm 30 min .. tp mak dan opah aku dilepaskan masuk khemah coz warga emas.. bengang betul..
bila time kami masuk dalam, kebanyakan makanan dah tinggal2 baki je.. pastu pilihan tak banyak.. refill pun skit.. meja memang selerak gile.. tak terkejar staff depa nak mengemas meja.. so memang kami tak puas hati.. cuma utk lapik perut coz malas nak kuar cari mkn kat luar.. nak ambil gambar pun tak semenggah.. biarla jadi kenangan..

lepas dinner, mak, opah dan family adik masuk bilik dulu..
tapi family aku n family naza lepak2 sambil berborak di gazebo yg ade di sana..
maklum la.. kami sekali sekala berjumpa.. mcm2 yg diborakkan..
lepak punya lepak sampai pukul 11mlm..
arifah, aqil & kaka

auni n alif.. mereka sebaya

me n naza..


pandai depa pose ngn naza



rodu n his son

still kamcing walau jarang berjumpa.. dari kecik hingga sekarang




macam gaduh kan? tp idak..


masa lepak auni dah menunjukkan tanda2 tidak sihat.. seperti mata berair dan merengek2..
masuk je bilik auni terus tidur.. pastu aku tergerak hati nak rasa kepala..
bila rasa memang dah panas..check suhu 38'c.. nasib baik ubat dah prepare siap2.. terus bagi mkn ubat.. 1/2jam lepas tu bdn dia menggeletar seperti kesejukkan.. aku n hubby bergilir2 jelum badan dia dengan kain basah.. pagi esoknya still demam tp dah turun ke 37.8'c.. smpai la nak balik still demam.. aku on ubat demam setiap 4 jam.. on the way balik singgah ikea.. masa tu hubby perasan dada auni seperti susah nak bernafas.. terus tak jadi shopping.. dlm kereta aku bagi ubat demam, ubat batuk n ubat cair kahak.. tp tak release jugak.. on the way kami singgah hospital slim river bahagian emergency.. kat sana diberi her first nabuliser.. doc suruh warded kat slim river, tp kami minta kes refer ke ipoh..
selepas nab baru nampak auni release skit dada dia.. 
rentetan kes auni ni, beliau telah admitted di kpj ipoh masa birthday dia..

so, percutian kali ni biasa2 aje ..

auni mula2 demam..
ni bila dah menggeletar..




12 March 2013

birthday girl Auni, warded at KPJ Ipoh Specialist Hospital

1.2.2013, tarikh keramat kami semua..
dimana 1.2.2013 Auni berusia genap setahun..
dan pada hari yang sama dia dimasukkan ke wad peadiatrik di KPJ Ipoh Specialist Hospital kerana athma
kisah auni tak sihat bermula semasa percutian kami ke Gold Coast Morib Resort  pada 28 Januari ( isnin) lalu..Disana auni telah diserang demam panas 38.7'c bermula tengah malam..
then berlarutan hingga esoknya (selasa) semasa check out dari resort tersebut..
so mmg percutian kali ni kurang best bila anak tak sihat..
aqil dan arifah je bergembira dgn abahnya mandi pool.. 
manakala aku dan auni terperap dalam bilik kerana auni meragam..
then, balik dari Morib kami singgah makan di klang sebelum singgah sebentar di IKEA..
masa tu demam auni dah mula surut skit..
tetapi semasa di IKEA tiba2 aku and hubby perasan auni pernafasan auni seperti pelik aje..
seperti susah nak tarik nafas dan dada nya bergerak laju..
so kurang dari 1 jam kami bergegas keluar dari IKEA..
dalam kereta aku terus bagi ubat demam dan batuk dia..
check suhu naik kembali ke 38++..
so mula risau.. terus bergerak balik ke ipoh.. tp bila tgk nafas dia makin pelik and teruk
kami masuk tanjung malim tp semua klinik tutup solat maghrib
then, kami terus ke emergency di Hospital Slim River..
kat sana dia terus diberi nebuliser.. bila dah neb baru nampak dia lega skit..
then baru bergerak balik ipoh.
30-31 Januari saya EL utk pantau keadaan auni,
masa tu dia still demam, turun naik suhu badan dia..
nafas still tak ok.. 2 hari kami berulang ke klinik biasa utk neb..

At last doc kata auni kena buat chest physio + neb utk release pernafasan dia..
utk buat tu kami kena warded and hubby decided tuk jumpa Pead yg terbaik kat ipoh,
Doc David Manickam, di KPJ Ipoh Specialist Hospital utk merawat auni..
alhamdulillah semasa berjumpa Doc David, kebetulan org tak ramai (kebiasaannya pesakit dia sgt ramai)
so sekejap je turn auni, dia kata lung auni ade infection and kena warded utk pemantauan dan rawatan
so bermula 1.2.2012-3.2.2012 aku dan auni berkampung di KPJ..

ni semasa bawa auni x-ray.. abah dia yg bw dia masuk x-ray



day 1 at ward








unit peadiatrik kat KPJ sangat attactive and menarik..

rutin auni disana, berjalan2 dan melihat ikan di akuarium


neb time

tertidur keletihan






selain suka berjalan tgk ikan, auni suka sgt pergi bermain di playground yg ade disana


neb lagi









paling auni tak suka ialah bila pagar katil dipasang..


sedih dineb

chess physio.. therapist ni sgt baik.. auni tangkap lentok je.. tp bila kena suction kahak.. adoi menangis satu hospital dengar




Semasa auni di KPJ, auni kena neb selang 6 jam sekali (4x sehari selama 3 hari) and balik umah auni still kena ulang neb di klinik atau KPJ selang 8 jam sekali (3x sehari selama 3 hari juga). dia juga kena makan ubat utk kurangkan asthma (jenis serbuk yg dimasukkan dlm solid food beliau). 
sangat tersiksa tengok dia masa tu..then, tiba2 masa cuti CNY, telinga auni tiba2 mengeluarkan air selama 3 hari..alhamdulillah, semasa followup checkup dengan doc David, semuanya dah fully recover tanpa perlu buat ape2. bila tanya doc kata selsema telah keluar melalui telinga.. alhamdulillah sehingga hari ni auni telah sihat sepenuhnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...