iklan sat.

Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

06 December 2012

rindunya dekat abah..

 tetiba bila godek2 album gambar, jumpa gambar arwah abah..
rasa rindu tetiba mencengkam jiwa..
yong rindu sangat2 kat abah..

ALFATIHAH BUAT ABAH TERSAYANG..



04 August 2011

Ramadhan datang lagi..

ahlan wa sahlan ya ramadhan...

alhamdulillah, hari ni masuk hari-4 aku menyempurnakan ibadah puasa di bulan ramadhan..
walaupun semalam, terdpt gangguan yang bisa menggugat puasaku..

cuma ramadhan kali ini sedikit berbeza,
kali pertama berpuasa tanpa ayahanda tercinta......
rasa mcm tak sempurna.. walaupun tahun lps, abah tak mampu menyempurnakan puasa penuh
namun aku nampak abah gigih nak puasa walau separuh atau suku hari...
aku tahu abah nak puasa dan dlm masa yg sama menahan sakit yg amat sangat...

teringat kembali zaman berpuasa bersama abah..
abah selalu akan bangun pagi sediakan sahur.. yg best nasi goreng kering abah..
abah selalu akan ambilkan kanji @ bubur lambuk kat masjid india (sebelah st micheal) untuk kami...
abah suka kuih dangai..
abah suka berbuka di rumah... bla dah makin berusia abah n mak akan berbuka di surau..
maka tinggal la kami adik-beradik berbuka di rumah..

Ya Allah, rindunya pada abah... lagi 10 hari genap 4 bulan abah mengadap Ilahi..
moga roh arwah abah tenang di sana...

Mak,
walau abah takde, kami tetap ade untuk mak...
doa kami moga mak diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup dan memperbanyakkan ibadah.. Amin...

i like this picture..


14 June 2011

rindunya terhadap abah..

(gambar terakhir abah semasa kenduri kesyukuran +birthday aqil)

hari ini genap 2 bulan abah pergi meninggalkan kami sekeluarga..
yang paling terasa kehilangan abah adalah emak..
hari ini aku ingin abadikan di dalam blog ini sms emak yang dikirimkan kepada aku tghari tadi.. bagi ku ia sangat touching dan mengambarkan kerinduan mak terhadap abah...

" hari ini genap 2 bulan suami tersayangku pergi untuk selamanya, kenangan dan kasih sayangmu akan kekal dlm ingatan semoga allah mencucuri rahmat apa sahaja dugaan kan ku hadapi dengan tabah"

mak...
kami tahu emak rindukan abah, dan kami juga terlalu rindukan abah..
cucu2 pun rindukan datuk mereka.. sehinggakan bila jumpa je org tua yg lebih kurang datuk mereka, cepat2 mereka salam sepertimana mereka salam datuk mereka sendiri..
sama2lah kita berdoa semoga abah ditempatkan bersama org2 beriman...

we love u mak... tabah lah menghadapi dugaan ini...

27 April 2011

Perginya ayahanda tercinta.. ke Rahmatullah

hari ini hari ke 13 ayahandaku menyahut seruan Illahi.. setelah 3 tahun++ menanggung derita sakit yang berpunca dari slip disc di lehernya.. akhirnya ayahandaku a.k.a. abah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 14 April 2011 jam 1.15tghari di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Abah pergi diusia 63 tahun sama seperti Nabi Muhammad S.A.W dan 10 tahun muda dari arwah opah iaitu ibu abah..

Ya Allah, betapa sedihnya hati ini dikala sakaratul maut menjemput abahku, aku dan adik2 tiada disisinya.. Nasib baik emak senantiasa berada disisi abah sehingga akhir hayatnya... malah emak tanpa sengaja telah sempat mengajar kalimah shahadah ditelinga abah.. dan dengan tenangnya abah pergi meninggalkan kami sekeluarga...

ketika pemergian abah, aku dalam perjalanan ke hospital.. yg pada ketika itu berada betul2 di roundabout hospital, dimana aku mendapat panggilan dari adikku yan bahawa abah telah tiada. berita itu membuatkan tanganku menggelentar untuk membawa kereta namun kugagah jua bila memikirkan emak yang memerlukan ku ketika itu...

sesampai di hospital kulihat wajah abah yang tenang tiada lagi kerut2 menahan kesakitan. tangan dan kaki abah yang telah menbengkok sebelum ini telah kembali ke sedia kala malah otot2 abah sgt lembut.. berbanding semalamnya semasa jurupulih mengajar aku meregangkan tangan dan kaki abah, terasa sungguh keras dan ketat... Alhamdulillah aku bersyukur, aku dapat berbakti menjaga abah dihospital dengan bergilir dengan mak dan harith sebelum ajal menjemputnya.

walauapapun yang berlaku pada abah, aku dan keluarga redha.. aku ingat kata2 abah sebelum pergi ke hospital isnin 11 april, abah kata "abah taknak ke hospital, abah dah tak larat dah, satu satu nikmat Allah tarik dari abah.. abah takboleh jalan, tak boleh cakap, tak boleh makan." dan masa abah ckp tu abah sgt lemah sbb dah seminggu abah tak boleh masuk makanan dan minuman.. mata abah asyik terpejam aje... abah pun mengadu dia sakit kena urut di bhgn tengkuk dia.. dan aku masih ingat lg macamana rupa abah menahan kesakitan itu... Namun kami bw jugak abah kehospital sbb abah jatuh masa harith pimpin nak bawa mandi.. sesampainya di hospital abah terus diletakkan di zon kritikal bhgn kecemasan.. sbb bp abah rendah sbt.. 3 hari dihospital byk kali doktor cuba masukkan tiub makanan dimulut abah.. namun tak berjaya sbb tengkuk abah dah menyenget dan membongkok.. tiub tersebut pergi kemana hala.. kesian abah masa tu, menjerit kesakitan walaupun tak keluar suara... akhirnya pada pagi khamis sblm abah meninggal, emak telah sign borang untuk operate perut untuk masukkan tiub makanan melalui perut.. namun belum sempat semuanya, abah pergi meninggalkan kami....

ABAH...
MAAFKAN ATAS SEGALA DOSA2 YONG.. HALALKAN MAKAN MINUM YONG SEPANJANG ABAH MEMBESAR DAN MEDIDIK YONG.. TERIMA KASIH ABAH KERANA MENJADI ABAH YANG TERHEBAT DALAM HIDUP YONG... YONG SAYANG ABAH SANGAT2.. YONG DOAKAN AGAR ABAH DITEMPATKAN DI TEMPAT ORG2 BERIMAN..
AMEEN...

sedikit kenangan bersama abah...

Gambar ketika hari lahir abah ke 61

kenangan dengan abah semasa hari pertunangan ku.. abah masa ni sihat lagi..

raya 2007.. leher abah dah mula menunjukkan tanda sakit. tapi masa ni belum di operate. operation pertama abah selepas aku habis pantang Arifah..

raya 2008 - abah telah berjaya operate kali ke 2 ... masa ni abah kena pakai neck supporter..

raya 2009 - keadaan abah dah mula teruk.. otot leher abah dah mengeras dan susah untuk digerakkan.. masa ni emak cuba nak bagi leher abah stright..

Raya terakhir bersama abah... raya 2010...abah dah makin mengecil diantara kami.. masa ni abah dah takboleh berjalan...

abah... kami sayang abah...

21 June 2010

HAPPY FATHER'S DAY

This wish dedicated to my LOVELY FATHER..

ABAH,
TERIMA KASIH KERANA TELAH MENYAYANGI YONG, MEMBESARKAN YONG, MENDIDIK YONG HINGGA MENJADI ORG BERGUNA.. TANPA ABAH YONG TAKKAN ADA DI DUNIA INI.. YONG TAK TAHU BERAPA KALI YONG AKAN DAPAT SAMBUT HARI BAPA NGN ABAH.. TP YONG NAK ABAH TAHU YANG YONG MENYAYANGI DAN MENYANJUNGI ABAH HINGGA AKHIR HAYAT.. YONG DOAKAN ABAH SEMBUH DAN SENTIASA DIPERMUDAHKAN DARI SEGALA PERKARA..

I LOVE YOU ABAH... SELAMAT HARI BAPA ABAH

YONG...


Beside, Happy Father's Day to my LOVELY HUSBAND

SAYANG,
TERIMA KASIH KERANA MENJADI SUAMI YG TERBAIK UNTUK NUR DAN ABAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA.. SEMOGA SAYANG MENYAYANGI KAMI SELAMA-LAMANYA.. SEMOGA KITA DAPAT MENGHARUNGI SUSAH SENANG KELUARGA KITA BERSAMA..

I LOVE U, I MISS U, I WANT U, I NEED U..
HAPPY FATHER'S DAY SAYANG

NUR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...