iklan sat.

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

26 July 2012

Arifah berpuasa

Semalam 25 julai 2012, hari pertama arifah berpuasa..
puasa pulak puasa yang tak dirancang..
tanpa sahur..

alkisahnya, sebelum ke tadika arifah mesti minum susu ..
cuma pagi semalam, dia taknak susu and aku beritahu dekat cikgu dia yg dia tak minum susu lagi ..
so aku agak, dia boleh la berpuasa sekerat hari ikut kawan2nya..

rupa2nya, sampai aku ambil dia pukul 5.45ptg.. dia masih berpuasa
cikgu2nya pula risau sbb dia tak makan dan minum..
cikgu offer makanan favourite dia, kotiow goreng.. pun dia reject..
siap cakap " saya puasa cikgu"

so, bila dalam kereta.. aku tanya la dia nak makan apa untuk berbuka puasa..
dia jawab nak soya jagung..
maka aku dan anak2 kecil ke pasar ramadhan di kawasan rumah (nasib baik kecik je )
utk menunaikan permintaan anak yg berpuasa..
kat bazar, bukan aje arifah teringin soya jagung.. dia minta aku belikan mee goreng..

masuk je kereta, dalam pukul 6 ptg arifah terus ckp
arifah: ibu, kakak puasa, tapi boleh tak kakak nak  minum air skit..
ibu: boleh.. sebab kakak tak minum langsung dari malam...
terus dia minum soya jagung dari bazar ramadhan hingga sampai rumah

kat rumah pulak:
arifah: ibu, kakak makan nasi masa buka ngn abah ye.. tapi kak nak makan mee sekarang boleh tak?
ibu: boleh arifah.. sebab arifah berjaya puasa.. esok klau nak puasa kita sahur sama2
arifah: ok ibu

so .. sahur tadi.. dia join kami makan.. cuma mengada skit.. nak abah suap.. maklumla anak abah..

Arifah..
hari ini ibu berbangga arifah berjaya puasa sehingga pukul 6 ptg..
walaupun baru hari pertama, arifah berjaya lakukannya..
harapan ibu, arifah akan teruskan berlatih puasa
untuk menunaikan rukun islam ini..

20 July 2012

ilmukeluarga@LPPKN - komunikasi ibubapa dalam keluarga


10 julai lalu, saya telah menghadiri kursus ILMUKELUARGA@ LPPKN bertempat di INTIM, Ipoh..
alhamdulillah banyak info yang diperolehi..so saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat melalui sesi : SI TANGGANG; KOMUNIKASI IBU BAPA DALAM KELUARGA.. Slot ini telah disampaikan oleh Professor Madya Dr Ismail Sualman, Pensyarah Fakulti Komunikasi UiTM Shah Alam

saya akan buat point form je.. senang nak ingat bila kadang2 terlupa:

1. pertumbuhan anak2 mengikut watak ibu bapa.. if ibu bapa pemarah dan dan kurang sabar, maka anak akan mewarisi sifat tersebut.
2.berpada memberi kepada anak.. jangan terlalu memanjakan mereka.. kelak sukar untuk menidakkan kehendak mereka
3.membiasakan anak2 dengan disiplin.. terutamanya time management.. seperti latih anak2 tidur ikut waktu..
membiasakan anak2 dengan etiket seperti cara layan tetamu, cara berjalan depan org tua dan jaga kebersihan.

lepas usia 6 tahun:
1. kenalkan anak2 dengan Allah.. ajak sembahyang dan mengaji bersama
2. jelaskan tentang hukum terutamanya aurat dan wuduk.. jika anak perempuan, ibu sendiri perlu terangkan tentang haid kepada anak. jangan menharapkan cikgu untuk bercerita.
3. ajar anak2 tentang hak orang tua, seperti ketuk pintu sebelum masuk bilik ibu bapa dan asingkan  bilik anak lelaki dan perempuan.
4. waktu anak2 mengulangkaji pelajaran atau membaca buku, jangan menonton tv.. sebaliknya membaca bersama mereka walaupun hanya suratkhabar.. jika nak anak berjaya, kita pun kena BERKORBAN.. (x tgk tv).. hehehe tgh berlatih walaupun bosan je..

Masa anak remaja:
1. perlakukan anak2 sebagai orang dewasa
2. jadikan anak2 sebagai teman tapi  mesti wujudkan sempadan atau batasan.. supaya mereka still hormat ibu bapa
3.jaga aurat anak2, jangan biasakan anak2 dengan pakaian kurang sopan walaupun dirumah
4.jaga solat anak2.. PENTING
5. latih anak2 buat kerja rumah seawal mungkin walaupun hanya sidai baju sendiri
6.jangan memberi duit lebih kepada anak2.. cukup sekadar belanja
7. carikan teman yang baik atau kenal rakan2 anak2.. serta perlu ada nombor telefon

cara2 berkomunikasi dengan anak2:
1.jika bercakap/memberi arahan dengan anak .. bercakap secara face to face, perlahan2 dan jelas
2.jika bercakap dengan anak kecil, jangan cakap secara pelat
3. jangan jadikan anak sebagai tempat letak geram.. seperti marahkan suami, dengan anak2 pun dimarahkan sekali..
4. amalkan anak2 mencium tangan ibu bapa sebelum keluar ke sekolah, sambil salam doakan anak belajar rajin ( doa mustajab pada sebelah pagi)
5. ingat anak yang degil dan nakal adalah anak yang bijak - explorer.. (Aqil la tu).. tangani dengan bijak dan INGAT ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YG PERLU DIJAGA
6. Jangan suka lepas mulut atau cakap bukan2 tentang anak2 seperti bodoh, lebih baik mati ke.. sebab kerana mulut badan binasa.. terutama yg cakap adalah seorang ibu, apabila ibu cakap boleh menjadi doa.
7. jangan membandingkan anak2.. seperti yg bijak ke atau yang kurang bijak..
8.jika ada anak yang istimewa, redha dan sabar kerana akan dijanjikan balasan syurga
9.jadi lah pendengar yang baik kepada anak.. terutamnya yang baru belajar bercakap dan ingin bercerita..
10.waktu paling baik utk menasihat anak dan keluarga adalah waktu sebelum tidur atau selepas solat jemaah
11.tunjukkan minat semasa berbual dan sentiasa beri tumpuan 
12. seboleh mungkin, sesuaikan dengan emosi anak2

untuk mengurangkan penyakit lupa:
1.biasakan anak2 makan kurma dan kismis
2.elakkan makan organ dalaman (paru, limpa)
3.jangan selalu bagi makan  fastfood atau makanan dalam tin
4.banyakkan makan buah-buahan
5. sebelum baca buku bacalah doa penerang hati dan 3 Qul

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan (Taha : 25,26,27)
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)7)

 

petua utk anak soleh
1.bagi anak yang degil - air sembahyang ditadahkan dan dimandikan kepada anak
2.semasa membasuh beras, baca doa, ayat 3 qul dan niat supaya anak2 menjadi anak yang soleh
3.sebelah pagi, pastikan anak2 makan atau minum makanan yang disediakan oleh ibu.. makanan atau minuman itu hendaklah dibaca selawat atau 3 qul
4.waktu tidur, baca 3 qul, selawat dan alfatihah dan tiup ubun2 kepala anak. mak saya pula bgtau supaya baca "ya Latif" sebanyak mungkin semasa tiup ubun kepala anak..

So, apa yang ada disini adalah intipati yang aku kutip semasa kursus tersebut.. apa yang baik aku kongsikan bersama, dan yang salah adalah datang dari kelemahan diri sendiri..

SALAM RAMADHAN ... SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN UNTUK KITA SEMUA..

04 August 2011

Ramadhan datang lagi..

ahlan wa sahlan ya ramadhan...

alhamdulillah, hari ni masuk hari-4 aku menyempurnakan ibadah puasa di bulan ramadhan..
walaupun semalam, terdpt gangguan yang bisa menggugat puasaku..

cuma ramadhan kali ini sedikit berbeza,
kali pertama berpuasa tanpa ayahanda tercinta......
rasa mcm tak sempurna.. walaupun tahun lps, abah tak mampu menyempurnakan puasa penuh
namun aku nampak abah gigih nak puasa walau separuh atau suku hari...
aku tahu abah nak puasa dan dlm masa yg sama menahan sakit yg amat sangat...

teringat kembali zaman berpuasa bersama abah..
abah selalu akan bangun pagi sediakan sahur.. yg best nasi goreng kering abah..
abah selalu akan ambilkan kanji @ bubur lambuk kat masjid india (sebelah st micheal) untuk kami...
abah suka kuih dangai..
abah suka berbuka di rumah... bla dah makin berusia abah n mak akan berbuka di surau..
maka tinggal la kami adik-beradik berbuka di rumah..

Ya Allah, rindunya pada abah... lagi 10 hari genap 4 bulan abah mengadap Ilahi..
moga roh arwah abah tenang di sana...

Mak,
walau abah takde, kami tetap ade untuk mak...
doa kami moga mak diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup dan memperbanyakkan ibadah.. Amin...

i like this picture..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...