iklan sat.

Showing posts with label Tadika IQ Genius. Show all posts
Showing posts with label Tadika IQ Genius. Show all posts

18 July 2013

Sukaneka Tahunan Tadika Impian IQ Genius tahun 2013

 6.7.2013.. berlangsung sukaneka Tadika Impian IQ Genius.. tempat arifah dan aqil belajar..
tahun ni tahun ke-3 sukaneka tadika IQ Genius dengan kolabarasi bersama Taska Qaseh Ibu dan Taska Adik Bijak Comel.. 
So seawal 7.30pagi semua kanak-kanak berkumpul di padang awam Halaman Meru Permai..
my hubby hantar mereka dulu sebelum ambil aku dan auni.. maklum la nak tunggu si puteri bongsu bangun tido.. sesampai je di padang.. terus mereka diberi breakfast.. takut2 kang ade yg pengsan coz takde energy..
tahun ini, arifah jadi pembawa sepanduk untuk rumah kuning.. tu yang berkebaya oren (cikgu kata takpe kaler oren, lari skit je color) and tahun ni dia bersukan dengan bersungguh-sungguh.. coz 2 tahun sebelum ni, beliau langsung tak nak bersukan.. jenuh la kami mak pak bersukan utk bw hadiah balik umah..

tengah breakfast..
acara sukan dimulai dlm pukul 8.00 lebih.. tapi aku n hubby tak sempat tengok bacaan ikrar dan perbarisan sebab kami breakfast kat umah.. masa sampai padang budak2 dah start senamrobik.. arifah masuk sebagai pompom girl.. aqil dok kat khemah..
seronok tgk senamrobbik depa.. siap cikgu2 pun ikut sama..


perbarisan keluar padang.. gambar atas rumah sukan arifah, kuning..  gambar tengah rumah sukan aqil iaitu hijau dan gambar bawah rumah sukan my niece, aliya.. beliau sekelas ngn aqil
selepas perasmian oleh pegawai PPD Kinta dan perbarisan keluar padang, acara sukan pun bermula..
arifah masuk isi air dalam botol, bawa pundi kacang atas kepala, bina istana, lari tarik bola dengan gelung dan lari berganti-ganti.. 
manakal aqil masuk masuk manik dalam tali, kutip bola, bawa bola ping pong dalam sudu dan kutip gula2 dalam kolam..

arifah isi air dalam botol


aqil tgh berusaha masukkan manik dalam benang
aliya berlari ke garisan penamat dlm acara kutip bola
arifah lari berganti2
hati2 je arifah bawa pundi kacang atas kepala
arifah tarik bola dengan gelung


siap tersasar dari garisan liputan

aqil selalu jadi peserta pertama coz kurang fokus.. ni dia nak bawa bola ping pong dlm sudu
arifah bina mahligai
tak aci.. aqil sorg je peserta rumah hijau.. yg lain tak nak masuk.. kalah terus

ni acara keluarga.. "siapa cun" dimana kena hias anak dengan 3 bahan yg diberi iaitu suratkhabar, selotape dan toilet tissue.. family aku, family adik aku yan dan familty kak lily ofismate aku join game ni.. kak elmi, ofismate aku gak nak join tp anak2 mengalah tanpa bertanding.. katanya panas matahari.. 

ni aliya yg dihias oleh my sis, yan n hubby dia
ni arifah.. tak tau konsep ape.. dia tgk bawah coz masa ni tghari rembang..
ni supportive parents and opah.. dr kiri kak elmi, pastu kak lily, aku and mak kak elmi.
break time.. aqil masa ni dah tak nak main.. tp berjaya dipujuk
auni pun sama naik.. keja nak tawaf padang ge ke playground yg ade dkt ngn tpt sukan..

aqil dah moody tak nak sukan





ni acara kaum bapa.. kupas mangga tanpa putus kulit.. siapa kulit terpanjang adalah pemenang.. hubby n norman, hb kak lily kalah.. tp zack hb k.elmi dpt tpt ketiga..

acara wajib my hubby.. tarik tali .. yg bestnya pun 3 tahun berturut juara and jd angker.. tahun ni kumpulan hubby bernama naga merah n menang ..adik ipar pun join iaitu baju merah depan baju kuning..yg tak best hadiah sama dengan yg kalah iaitu mug.. hehehe bising depa yg menang..
 ni gambar penyampaian hadiah.. yg dibuat selang beberapa acara sukan..
alhamdulillah tahun ni menang kalah dapat medal..
idak la depa berebut bila balik umah..


 tahun ni tahun terakhir arifah bersukan sebagai pelajar tadika IQ Genius coz tahun depan beliau nak masuk tahun satu.. So satu kemajuan yg memberansangkan coz boleh bagi komitmen 200% utk sukan kali ni..
tahniah my dear little princess arifah.. 
Aqil lak ini tahun pertama beliau.. walaupun cikgu selalu bgtau dia tak fokus masa latihan.. tp masa sukan dia mampu lakukan semua game walaupun terpaksa.. compare masa arifah, 2 tahun berturut2 menangis taknak sukan langsung... tahniah juga untuk aqil yg berjaya menjayakan sukan tadika..
IBU BANGGA DENGAN SEMANGAT KORANG.. MMUUUAAAAHHH...


31 December 2012

Orientasi tadika impian IQ Genius sesi 2013

28 disember lepas,tadika iq genius( tadika arifah dan aqil) telah mengadakan sesi orientasi untuk pelajar2 baru.Sesi ini telah bermula jam 8pagi hingga 10pagi. 

So, ni kali kedua aku join coz bg pendedahan pada aqil yg akan masuk tadika 4tahun.. Selain aqil, my niece alia pun join sama. So pagi tu kami sekereta pergi sekali ke sekolah.. Actually my sis, yan risau anaknya taknak join tadika coz masa survey memang dia nangis2 taknak sekolah.. Alhamdulillah bila join orientasi dia dah tak sabar nak kesekolah.. Tp ade syarat iaitu nak sama arifah dan aqil.. 

Berbalik citer orientasi, pagi tu parents berkumpul diluar sekolah utk dengar taklimat dr en azmi, pengurus tadika. Manakala kanak2 akan masuk kedalam tadika dan diberi drawing book dan colour. Mereka dibiarkan untuk colour. Manakala ada gak yg tgh bermain permaianan sedia ada.. Arifah dan alia at first, sgt leka mewarna.. Aqil pulak lebih berminat utk main.. Then bila dah lama sumer dah join aqil bermain.. .

My GMP, kak Laily pun ada utk teman anaknya naufal.. Selain tu, linda pun turut hantar anaknya kat sana.. maka bertambah la anak org audit kak tadika nnti.. 

Dalam pukul 9.30pg cikgu minta semua budak2 basuh tangan dan berkumpul tuk breakfast.. Arifah, alia dan aqil duduk bersama2 dan makan dengan seleranya..then pukul 10++, kami berangkat pulang memandangkan aku dan yan pula kelaparan.. Alhamdulillah orientasi sumer nya berjalan dengan lancar.. 

Insyaallah 2013,arifah akan melangkah 6 tahun manakala aqil serta alia 4 tahun.. Semoga mereka dapt menimba ilmu dengan jayanya tadika Impian IQ Genius... harapan aku yg utama semoga aqil dapat melancarkan percakapannya coz pelat dia sgt pekat smpaikan kekadang sukar nak paham.. nasib baik ada translatter yang memahami apa aqil cakap iaatu arifah...
sesi taklimat by en azmi
my sis, yan dan anaknya serta hubby khusyuk mendengar taklimat.

aktiviti mereka di dalam tadika..
 






arifah tgh colour
alia pun sama
zakirah pulak bermain di playground di luar



kak lily tgh teman naufal colour.. naufal taknak buat dlm classroom

 makan time.. elok je mereka ber3.. makan bersama

 
aqil ready to go back..

22 November 2012

arifah @ Program Tahfiz Muda Anjuran Tadika IQ Genius


alhamdulillah, mulai isnin lepas hingga 18 Disember 2012 arifah telah menghadiri program Tahfiz Muda anjuran Tadika beliau, Tadika Impian IQ Genius ..
program ni program mengisi masa lapang cuti sekolah
dan terdapat 2 pilihan samaada tahfiz muda atau cepat membaca
bayaran utk sebulan adalah sebanyak RM120 dan makanan disediakan.

actually masa nak register program ape..
 aku agak teragak2 sebab arifah walaupun dah tamat buku bacalah anakku,
 tp dia masih belum khatam iqra', bacalah jawi dan peter & jane..
so aku memang nak dia join cepat membaca..
then bila discuss ngn cikgu besar dia, cikgu suggest arifah masuk tahfiz muda..
lagipun hafazan dia lemah semasa exam aritu..
lagipun tahfiz muda mendedahkan murid2 kepada surah2 pendek, tajwid dan huruf jawi..
dan sehingga hari ini dia seperti enjoy je join program tahfiz muda..
lagipun sekarang ni  arifah still gak membaca ngn cikgu dia semasa tunggu ustaz datang or sebelum balik..
hopefully arifah mampu memanafaatkan program ini sebaik mungkin..
At least dia dapat hafal dengan lancar alfatihah, 3 qul, dan surah pendek yang lain..
Amin...



1st day @ program tahfiz muda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...