iklan sat.

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

07 November 2013

Birthday Party Arifah

malam birthday arifah yang ke 6.. 
kami telah sambut kecil-kecilan di rumah my mom di buntong..
yang ada family aku, mak, opah, ali, family yan dan family harith..
makan pun simple je.. KFC dan mee rebus tulang 
Janji kakak Arifah Happy.. 
dapat potong kek ramai2.. 
klau adik aku fiqah & family ade lagi meriah..
seperti birthday mak, kami beli kek secret recipe perisa indulgance..
yang ni memang fav kami semua.. tu yg laju je abih..

So my dear princess Arifah.. Happy Birthday Sayang..
Semoga menjadi anak yg Soleh dan berjaya dunia dan akhirat..
Ameen..

muka tak sabar nak potong kek




the birthday cake..


semuanya tak sabar nak potong kek








dah selamat semuanya...
then sesi buka hadiah.. arifah dapat topi hello kitty handmade dari paksu 
& baju tidur princess dari makngah Ayu..
Ibu & abah belum bagi ape2 hadiah coz plan nak belikan beg sekolah baru ..
klau beli sekarang mau lunyai dibuatnya.. tunggu akhir tahun..
Ibu & Abah bagi kasih sayang dulu yek...


model topi hello kitty

arifah dengan hadiah2nya..

31 October 2013

TODAY.. She is 6 years Old...

 6 tahun yang lalu.. disaat yang sama ibu menulis blog ini.. ibu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan kamu, Arifah.. kerana 5++ pm pada 31.10.2007 ibu disuntik epidural bagi mengurang tekanan darah tinggi ibu yg tiba2 muncul semasa labor room.. sblm tu di wad dari subuh hingga pukul 3++ ptg, Bp ibu ok.. tup tup bila bukaan ibu mencecah 3 cm dan ibu kena tolak ke labor room Hospital Besar Ipoh ketika itu (atau Hospital Raja Permaisuri Bainun kini) Bp ibu terus naik mendadak.. dan kesakitan ibu melahirkan kakak sangat perit.. bak kata org tua.. kelahiran pertama memang sakit.. Alhamdulillah kakak berjaya lahir secara normal, nak..dan sehingga kini kakak membesar dengan cepat depan mata ibu dan abah...

Anakku, Arifah Zahirah.. 
Alhamdulillah hari ini kakak telah berusia 6 tahun..
dan menjadi kakak yang penyayang kepada 2 orang adik2mu yang nakal..
ibu sungguh bertuah kakak.. 
kerana kakak anak yang comel di mata ibu walaupun tam tam berbanding yang lain.. 
kakak seorang yg baik hati dan bijak 
walaupun abah cakap kakak ada mewarisi sifat ibu yang degil..
ibu dan abah doakan kakak menjadi anak yang solehah,
 berjaya dunia dan akhirat,
semoga kakak mengikut semua perintah Allah,
sayangi adik2 kakak dan hormati keluarga yang lain..

ibu, abah, aqil dan auni 
nak kakak tahu yang kami sayangkan kakak sangat2...
mmmmmuuuuaaahhhhh
I LOVE U, ARIFAH ZAHIRAH 






18 May 2013

My 32th birthday gift

1st of all, alot of thank you n big hug to my lovely husband for a such wonderful gift.. The Ring.. For my 32nd birthday.. On last sunday.. 12 mei 3013.. No words can describe how much i love you.. N our kids too..

12 March 2013

birthday girl Auni, warded at KPJ Ipoh Specialist Hospital

1.2.2013, tarikh keramat kami semua..
dimana 1.2.2013 Auni berusia genap setahun..
dan pada hari yang sama dia dimasukkan ke wad peadiatrik di KPJ Ipoh Specialist Hospital kerana athma
kisah auni tak sihat bermula semasa percutian kami ke Gold Coast Morib Resort  pada 28 Januari ( isnin) lalu..Disana auni telah diserang demam panas 38.7'c bermula tengah malam..
then berlarutan hingga esoknya (selasa) semasa check out dari resort tersebut..
so mmg percutian kali ni kurang best bila anak tak sihat..
aqil dan arifah je bergembira dgn abahnya mandi pool.. 
manakala aku dan auni terperap dalam bilik kerana auni meragam..
then, balik dari Morib kami singgah makan di klang sebelum singgah sebentar di IKEA..
masa tu demam auni dah mula surut skit..
tetapi semasa di IKEA tiba2 aku and hubby perasan auni pernafasan auni seperti pelik aje..
seperti susah nak tarik nafas dan dada nya bergerak laju..
so kurang dari 1 jam kami bergegas keluar dari IKEA..
dalam kereta aku terus bagi ubat demam dan batuk dia..
check suhu naik kembali ke 38++..
so mula risau.. terus bergerak balik ke ipoh.. tp bila tgk nafas dia makin pelik and teruk
kami masuk tanjung malim tp semua klinik tutup solat maghrib
then, kami terus ke emergency di Hospital Slim River..
kat sana dia terus diberi nebuliser.. bila dah neb baru nampak dia lega skit..
then baru bergerak balik ipoh.
30-31 Januari saya EL utk pantau keadaan auni,
masa tu dia still demam, turun naik suhu badan dia..
nafas still tak ok.. 2 hari kami berulang ke klinik biasa utk neb..

At last doc kata auni kena buat chest physio + neb utk release pernafasan dia..
utk buat tu kami kena warded and hubby decided tuk jumpa Pead yg terbaik kat ipoh,
Doc David Manickam, di KPJ Ipoh Specialist Hospital utk merawat auni..
alhamdulillah semasa berjumpa Doc David, kebetulan org tak ramai (kebiasaannya pesakit dia sgt ramai)
so sekejap je turn auni, dia kata lung auni ade infection and kena warded utk pemantauan dan rawatan
so bermula 1.2.2012-3.2.2012 aku dan auni berkampung di KPJ..

ni semasa bawa auni x-ray.. abah dia yg bw dia masuk x-ray



day 1 at ward








unit peadiatrik kat KPJ sangat attactive and menarik..

rutin auni disana, berjalan2 dan melihat ikan di akuarium


neb time

tertidur keletihan






selain suka berjalan tgk ikan, auni suka sgt pergi bermain di playground yg ade disana


neb lagi









paling auni tak suka ialah bila pagar katil dipasang..


sedih dineb

chess physio.. therapist ni sgt baik.. auni tangkap lentok je.. tp bila kena suction kahak.. adoi menangis satu hospital dengar




Semasa auni di KPJ, auni kena neb selang 6 jam sekali (4x sehari selama 3 hari) and balik umah auni still kena ulang neb di klinik atau KPJ selang 8 jam sekali (3x sehari selama 3 hari juga). dia juga kena makan ubat utk kurangkan asthma (jenis serbuk yg dimasukkan dlm solid food beliau). 
sangat tersiksa tengok dia masa tu..then, tiba2 masa cuti CNY, telinga auni tiba2 mengeluarkan air selama 3 hari..alhamdulillah, semasa followup checkup dengan doc David, semuanya dah fully recover tanpa perlu buat ape2. bila tanya doc kata selsema telah keluar melalui telinga.. alhamdulillah sehingga hari ni auni telah sihat sepenuhnya..


02 January 2013

happy birthday to my lovely husband..

chocolate kek yang dibuat oleh lily..
1.1.2013...  genap usia en abg sayang saya 32 tahun...
  tepat jam 12 tgh malam tahun baru, konon2nya  nak buat surprise bersama arifah dan aqil...
 tp biasala bila plan ngn budak2...
Surprise jd tak surprise..
masa tu abah kat bilik tidur, so suruh arifah ajak abah turun bawan, bila abahnya tanya kenapa nak abah turun, laju je jwb nak bg birthday to you kat abah...
Kan dah tak surprise tu.. 

anyway kali ni kami sambut birthday hubby dgn kek hasil tangan my gmp, lily marianee..
Awal2 lg arifah dan aqil dah abihkan hiasan love atas kek.. sedap sgt2..
Cuma hadiah je belum bg.. cik abg kata bg kasih sayang aje... tp tak syok la...

Anyway... my dearest husband...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG..
WE LOVE U SO MUCH.. 
THANK YOU FOR BEING A WONDERFUL HUSBAND AND LOVELY+ CARING FATHER TO OUR CHILDS..
MAY YOUR  DAYS WILL BRING ALOT OF FORTUNE AND HAPPINESS
MAY ALLAH BLESS IN WHATEVER WE DO..

LOT OF LOVE,
NUR, ARIFAH, AQIL DAN AUNI...



ganas abahnya.. siap 2 belah tangan potong kek..










Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...