iklan sat.

Showing posts with label potty train. Show all posts
Showing posts with label potty train. Show all posts

15 November 2012

aqil berpotty train

di usia aqil 3 tahun 7 bulan.. baru aqil di latih berpotty train..
compare to arifah, pada usia 2 tahun 8 bulan telah berjaya dalam potty train..

kenapa aku lambat potty train aqil?
1. aqil sehingga sekarang masih pelat bercakap.. kekadang tak paham apa yg nak dikatakan..
2. sedangkan berpampers pun dia tak cakap kat aku or hubby, inikan pula jika off pampers..
mau tercicir..

tapi disebabkan aku nak sekolahkan aqil 4 tahun bermula tahun depan..
so aku kena juga latih aqil berpotty train..
so dlm seminggu ni mmg kami cuba utk menjayakan misi ni..

1st potty train aqil pada rabu minggu lepas..
masa tu sekali je bagitau aku.. yg lain berterabur merata.. 
nasib baik kecik aje..
siap kena marah ngn aku coz taknak ckp langsung..
then, jumaat lepas hingga semalam, aku gagahkan lagi melatih aqil..
alhamdulillah dari hari kehari ada peningkatan...
boleh dah bagitau aku.. bila rasa nak membuang ..
pastu siap ge toilet sendiri + pakai selaur sendiri..
cuma bab basuh air b****r aku still tak harap lagi..

apapun bila nak jalan2 or tidur, aqil still berpampers..
hopefully lagi 2 bulan sebelum sekolah start.. aqil berjaya potty train..

maka kat situ, boleh menjimatkan duit belanja pampers...
hehehe
 

17 June 2010

Ragam potty train

semenjak berlatih potty train, byk gak ragam arifah nie..
  • sekejap2 buka seluar ckp nak tincin (pee pee). tp kalau taknak 2 jam pun selamat takde ape2.
  • pastu bila kat toilet, tgh kami tunggu dia tincin arifah siap cakap "abah tunggu tau, kakak nak tincin"
  • arifah still tak dpt beza nak tincin or poo poo.. coz ade skali tu dia ckp kat abah dia nak tincin tp masuk je toilet terus je melepaskan hajat besor dia.. kesian kat abah dia kena cuci poo poo dia kat lantai.. hehehe
  • sekarang dah pandai ckp taknak pakai pampers.. balik je nursery mesti suruh buka pampers dia.. pastu time betul2 nak tido baru pakai balik. so far selamat la skit stok pamper bulan nie..
  • kat nursery, saya dah bgtau 'ummi' (pengasuh di nursery) yg arifah tgh berlatih potty train.. kalau boleh saya nak kat sana pun dia berlatih.. tp saya taknak la dia menyusahkan 'ummi' dia..

P/s: Gambatte kudasai my dear princess..

15 June 2010

Arifah dah start belajar Potty train

http://www.trustyguides.com/Images/potty-training-seat2.jpg

Start minggu lepas aku & hubby dalam usaha tuk latih arifah ber'potty train'..
ketika usianya 2tahun 8 bulan
so far kat umah Arifah tidak berpampers except bila nak tido or nak kuar jejalan..
ni kerana Arifah mmg seorang yg kuat pee pee ketika tido.. so aku tak dapat bygkan tilam tebal kamiorg lenjun kena pee pee dia..
lain pulak halnya nak ge jln, ade skali tu aku dengan yakinnyer biarkan arifah tak berpamper untuk pegi umah mak aku sbb dia dah pee pee 3 x..tp baru smpi porch kereta, dia pee pee tuk kali ke4..

alhamdulillah 2 3 hari ni, Arifah boleh bagi tau yg dia nak pee pee or poo poo..sebab selalunya dia akan bgtau bila dah melepas hajat..
walaupun ia hanya reason tuk dia ge bilik air tuk main air..
Namun, Arifah tidak suka duduk kat seat potty train..
aku ade gak beli satu cam diatas, tp seat tu jd mainan dia ngn aqil je..
arifah lebih prefer ke bilik air.. skrg nie pun dia slalu kata gatal if aku pakaikan pampers..
mungkin dia rasa selesa tidak berpampers...
hopefully dia berjaya potty train sebelum umur 3 tahun..

nota: aku tak sanggup nak letak gambar arifah di bilik air.. P&C hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...