iklan sat.

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

21 November 2013

Gold Coast Morib Resort - Day 2

Memandangkan esok aku sekeluarga akan ke Morib Gold Coast Resort utk menghadiri hari keluarga ofis my hubby... aku buat sambungan Sambungan cerita Morib Bulan Feb lalu bagi hari kedua... 
supaya lepas ni tak tersimpan je citer ni dlm draft.
cerita sebelum ni di sini

memandangkan Auni demam lagi pagi hari kedua.. so aku join breakfast n jejalan di pantai sekejap sebelum naik balik ke bilik.. mak & opah pun awal2 naik bilik semula.. So, en hubby la melayan aqil dan arifah di pantai dan waterpark..
depa mmg happy especially ade kawan mereka, Kaka...
sampai la dekat waktu check out baru la depa naik bilik..
kat bawah ni byk gambar depa je..

arifah n kaka... mcm2 depa ni...

waterpark












Me n Naza, kawan dari zaman uitm perak.. selalu klau rancang gathering uitm perak.. at last muka kami je yg ade
Naza happy family.. her hubby bff my hubby.. kami sumer se UiTM Perak








 

Ni time breakfast.. tempat breakfast disediakan style open space kat tepi pantai..
Tp choice makanan terhad.. tak variety sangat.. tp boleh la utk lapik perut..
Auni masa ni mamdom je.. demam la.. taknak duduk langsung..
 

 
 
ready for checkout... next time kita rancang trip lain la pulak..
takpe klau tak dapat reunion seUiTM, kita reunion 2 family kita je..


Arif say good bye to Auni.. depa sebaya sama seperti arifah n kaka

on the way balik Ipoh...Demam Auni tak ok n dia sukar bernafas.. 
Kami singgah Hospital Tanjung Malim utk check..and she had her 1st Nabuliser there..
 
 
ni sumer dah citer di sini dan sini


So berakhir la cerita Morib Feb 2013.. in my opinion, percutian GCMR kali ni kurang best.. atas beberapa sebab.. Insyaallah akan menyusul cerita Morib versi Family Day Wan Nadzir & Co.. mana tau dapat layanan yg best.. 

Insyaallah, program family kami bermula esok hingga ahad ini..
pray for our  safe journey and good health there...\
Stay tune...

31 October 2013

CCM Cameron Highlands ~Part 3 Healthy Strawberry Farm & Bharat Tea


Penamat citer cuti2 Malaysia Cameron.. 
Sebelum check out, aku sempat posing kat balkoni RPP..
tinggi je view dari balkoni.. nampak suyup kebawah parking lot 


Kecik je jd mr hubby dari balkony.. bawah tu kereta kami

dah kemas semula apartment sebelum keluar
 
mr & mrs Azman @ RPP Cameron
 Then, bagi merealisasikan impian anak2 nak petik strawberry.. kami singgah di Strawberry Farm sebelah pintu masuk RPP iaitu Healthy Strawberry farm.. Walaupun tak segah Big Red, tapi ok bagi kami..
Caj dikenakan adalah RM25/box..sumbat lah selagi muat kotak diberi.. kat sini pun ade syarat 2 org per entry tapi boleh kawteem.. so seronok la depa bertiga dapat petik strawberry sendiri dengan ditemani mr hubby.. manakala kami yg lain pusing2 dlm tempat tu.. macam2 ada.. jual bunga2an, sayur2an dan ade kafe.. harga kat kafe sini pun murah juga compare to big red.


YB kecik lawat kawasan


mat bunga...

Si mata bolat ngan mama dia

si suara besor mcm soprano .. zakirah
2 ibu and 1 mama

auni n her cousin, Harraz

mereka yg teruja nak petik strawberry.. klau aku petik kat pasar Kea Farm lagi bagus...


Bye bye RPP.. nnti leh Booking lagi
 Dah Selamat memetik dan memborong strawberry farm dr Healthy Strawberry Farm.. Kami bergerak balik..Singgah kat Kea Farm lagi .. beli jagung n sayur untuk buah tangan.. Then, singgah kat bharat Tea.. sbb Boh Tea Plantation kat Ladang sungai palas tutup hari Isnin.. mana syok klau ge cameron tak ge tengok ladang teh.. kat sini kami just minum tea and makan ringan spt sardine puff, kek and sandwish.. then, macam biasa aktiviti posing kat ladang teh pulak..Anak2 aku mmg excited walaupun dah 3x tahun ni ke CH..n ladang teh.. tp sebab ada sepupunya.. lagi la depa over..
























 maka, berakhirlah percutian singkat kami sekeluarga ke CH..
insyaallah tahun depan buat kutu n dapat pergi lagi jauh n lama skit..
Langkawi ke, Genting ke, Port Dickson ke.. asal sumer tong-tong.. Aku tak kisah jalan mana2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...