iklan sat.

12 March 2013

birthday girl Auni, warded at KPJ Ipoh Specialist Hospital

1.2.2013, tarikh keramat kami semua..
dimana 1.2.2013 Auni berusia genap setahun..
dan pada hari yang sama dia dimasukkan ke wad peadiatrik di KPJ Ipoh Specialist Hospital kerana athma
kisah auni tak sihat bermula semasa percutian kami ke Gold Coast Morib Resort  pada 28 Januari ( isnin) lalu..Disana auni telah diserang demam panas 38.7'c bermula tengah malam..
then berlarutan hingga esoknya (selasa) semasa check out dari resort tersebut..
so mmg percutian kali ni kurang best bila anak tak sihat..
aqil dan arifah je bergembira dgn abahnya mandi pool.. 
manakala aku dan auni terperap dalam bilik kerana auni meragam..
then, balik dari Morib kami singgah makan di klang sebelum singgah sebentar di IKEA..
masa tu demam auni dah mula surut skit..
tetapi semasa di IKEA tiba2 aku and hubby perasan auni pernafasan auni seperti pelik aje..
seperti susah nak tarik nafas dan dada nya bergerak laju..
so kurang dari 1 jam kami bergegas keluar dari IKEA..
dalam kereta aku terus bagi ubat demam dan batuk dia..
check suhu naik kembali ke 38++..
so mula risau.. terus bergerak balik ke ipoh.. tp bila tgk nafas dia makin pelik and teruk
kami masuk tanjung malim tp semua klinik tutup solat maghrib
then, kami terus ke emergency di Hospital Slim River..
kat sana dia terus diberi nebuliser.. bila dah neb baru nampak dia lega skit..
then baru bergerak balik ipoh.
30-31 Januari saya EL utk pantau keadaan auni,
masa tu dia still demam, turun naik suhu badan dia..
nafas still tak ok.. 2 hari kami berulang ke klinik biasa utk neb..

At last doc kata auni kena buat chest physio + neb utk release pernafasan dia..
utk buat tu kami kena warded and hubby decided tuk jumpa Pead yg terbaik kat ipoh,
Doc David Manickam, di KPJ Ipoh Specialist Hospital utk merawat auni..
alhamdulillah semasa berjumpa Doc David, kebetulan org tak ramai (kebiasaannya pesakit dia sgt ramai)
so sekejap je turn auni, dia kata lung auni ade infection and kena warded utk pemantauan dan rawatan
so bermula 1.2.2012-3.2.2012 aku dan auni berkampung di KPJ..

ni semasa bawa auni x-ray.. abah dia yg bw dia masuk x-ray



day 1 at ward








unit peadiatrik kat KPJ sangat attactive and menarik..

rutin auni disana, berjalan2 dan melihat ikan di akuarium


neb time

tertidur keletihan






selain suka berjalan tgk ikan, auni suka sgt pergi bermain di playground yg ade disana


neb lagi









paling auni tak suka ialah bila pagar katil dipasang..


sedih dineb

chess physio.. therapist ni sgt baik.. auni tangkap lentok je.. tp bila kena suction kahak.. adoi menangis satu hospital dengar




Semasa auni di KPJ, auni kena neb selang 6 jam sekali (4x sehari selama 3 hari) and balik umah auni still kena ulang neb di klinik atau KPJ selang 8 jam sekali (3x sehari selama 3 hari juga). dia juga kena makan ubat utk kurangkan asthma (jenis serbuk yg dimasukkan dlm solid food beliau). 
sangat tersiksa tengok dia masa tu..then, tiba2 masa cuti CNY, telinga auni tiba2 mengeluarkan air selama 3 hari..alhamdulillah, semasa followup checkup dengan doc David, semuanya dah fully recover tanpa perlu buat ape2. bila tanya doc kata selsema telah keluar melalui telinga.. alhamdulillah sehingga hari ni auni telah sihat sepenuhnya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...