iklan sat.

Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

28 September 2012

happy birthday mak..

 21 september 2012, adalah hari kelahiran mak yang ke-54
so, kami adik beradik, menantu2 dan cucu2 
mendoakan semoga mak dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki.. terima kasih mak kerana melahirkan aku adik beradik,
menjaga kami dan membesarkan kami hingga berjaya..
jasa dan kasih sayang mak tak tenilai harganya..
terima kasih mak.. dan kami semua sayang mak..
maafkan segala ketelanjuran kata2 dan perbuatan kami mak..
 we love u mak.........

mmmmuuuuaaaahhhhhssss.............

  hari sabtu (22.9.2012) kami celebrate birthday mak di Restoran Malika Saba..
restoran makanan arab..
masa celebrate ni, tak cukup ahli.. adik aku ali ,dan fika serta family takde bersama
sbb mereka berada di KL.. 
manakala adik ipar aku, ayu dan anak2 pun takde sbb beliau berpantang di johor..
cuma ada mak, opah, adik aku, harith family aku dan family adik perempuan aku, yan
walaupun tak ramai, tp cucu2 yg sedia ada cukup membuatkan restoran ni kecoh dengan gelagat mereka..

 aqil dan arifah tak sabar nak tiup lilin..

 birthday kek mak

 kamiorg makan chicken haneth, chicken kabsa, lamb mandy, mullawah (yg mcm roti canai) dan fried meat, manggo juice, orange juice, strawberry juice and ice lemon tea..
alhamdulillah semua berpuas hati dengan makanan yang disediakan..
cuma banyak balance, so kami tapau bawa balik.. nasi chicken haneth tu bila tapau dapat sebekas balik..
esoknya mak aku panaskan je utk lunch..




 so mak, we love you so much..

04 August 2011

Ramadhan datang lagi..

ahlan wa sahlan ya ramadhan...

alhamdulillah, hari ni masuk hari-4 aku menyempurnakan ibadah puasa di bulan ramadhan..
walaupun semalam, terdpt gangguan yang bisa menggugat puasaku..

cuma ramadhan kali ini sedikit berbeza,
kali pertama berpuasa tanpa ayahanda tercinta......
rasa mcm tak sempurna.. walaupun tahun lps, abah tak mampu menyempurnakan puasa penuh
namun aku nampak abah gigih nak puasa walau separuh atau suku hari...
aku tahu abah nak puasa dan dlm masa yg sama menahan sakit yg amat sangat...

teringat kembali zaman berpuasa bersama abah..
abah selalu akan bangun pagi sediakan sahur.. yg best nasi goreng kering abah..
abah selalu akan ambilkan kanji @ bubur lambuk kat masjid india (sebelah st micheal) untuk kami...
abah suka kuih dangai..
abah suka berbuka di rumah... bla dah makin berusia abah n mak akan berbuka di surau..
maka tinggal la kami adik-beradik berbuka di rumah..

Ya Allah, rindunya pada abah... lagi 10 hari genap 4 bulan abah mengadap Ilahi..
moga roh arwah abah tenang di sana...

Mak,
walau abah takde, kami tetap ade untuk mak...
doa kami moga mak diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup dan memperbanyakkan ibadah.. Amin...

i like this picture..


14 June 2011

rindunya terhadap abah..

(gambar terakhir abah semasa kenduri kesyukuran +birthday aqil)

hari ini genap 2 bulan abah pergi meninggalkan kami sekeluarga..
yang paling terasa kehilangan abah adalah emak..
hari ini aku ingin abadikan di dalam blog ini sms emak yang dikirimkan kepada aku tghari tadi.. bagi ku ia sangat touching dan mengambarkan kerinduan mak terhadap abah...

" hari ini genap 2 bulan suami tersayangku pergi untuk selamanya, kenangan dan kasih sayangmu akan kekal dlm ingatan semoga allah mencucuri rahmat apa sahaja dugaan kan ku hadapi dengan tabah"

mak...
kami tahu emak rindukan abah, dan kami juga terlalu rindukan abah..
cucu2 pun rindukan datuk mereka.. sehinggakan bila jumpa je org tua yg lebih kurang datuk mereka, cepat2 mereka salam sepertimana mereka salam datuk mereka sendiri..
sama2lah kita berdoa semoga abah ditempatkan bersama org2 beriman...

we love u mak... tabah lah menghadapi dugaan ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...