6 tahun yang lalu.. disaat yang sama ibu menulis blog ini.. ibu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan kamu, Arifah.. kerana 5++ pm pada 31.10.2007 ibu disuntik epidural bagi mengurang tekanan darah tinggi ibu yg tiba2 muncul semasa labor room.. sblm tu di wad dari subuh hingga pukul 3++ ptg, Bp ibu ok.. tup tup bila bukaan ibu mencecah 3 cm dan ibu kena tolak ke labor room Hospital Besar Ipoh ketika itu (atau Hospital Raja Permaisuri Bainun kini) Bp ibu terus naik mendadak.. dan kesakitan ibu melahirkan kakak sangat perit.. bak kata org tua.. kelahiran pertama memang sakit.. Alhamdulillah kakak berjaya lahir secara normal, nak..dan sehingga kini kakak membesar dengan cepat depan mata ibu dan abah...
Anakku, Arifah Zahirah..
Alhamdulillah hari ini kakak telah berusia 6 tahun..
dan menjadi kakak yang penyayang kepada 2 orang adik2mu yang nakal..
ibu sungguh bertuah kakak..
kerana kakak anak yang comel di mata ibu walaupun tam tam berbanding yang lain..
kakak seorang yg baik hati dan bijak
walaupun abah cakap kakak ada mewarisi sifat ibu yang degil..
ibu dan abah doakan kakak menjadi anak yang solehah,
berjaya dunia dan akhirat,
semoga kakak mengikut semua perintah Allah,
sayangi adik2 kakak dan hormati keluarga yang lain..
ibu, abah, aqil dan auni
nak kakak tahu yang kami sayangkan kakak sangat2...
mmmmmuuuuaaahhhhh
I LOVE U, ARIFAH ZAHIRAH
No comments:
Post a Comment