iklan sat.

30 October 2013

CCM Cameron Highlands 2013

on the way to CH...
 6 oktober lalu.. untuk kali ke-3 tahun 2013 aku dan family ke Cameron Highlands..
cuma kali lebih best dimana opah, mak, family adik2 aku, Harith dan Yan ikut sama bercuti ke CH.
Kami stay di Apartment Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands.
Ni salah satu kelebihan Gov servant dimana membolehkan kita utk stay dimana2 RPP di seluruh Malaysia.
Cuma Long Que utk dapatkan satu tarikh booking..sebab memang murah.. untuk booking kali ni aku book setahun sebelum perjalanan. Means, aku booking September 2012, n stay Oktober 2013. Ni kerana apartment ni ada 4 unit je..

kiranya ni 2nd time kami stay kat RPP, tahun 2011 aku amik 2 bilik berharga RM50/night and apartment ni pun yang mempunyai 2 bilik di caj RM50/night.. berbaloi2.. Insyaallah nnti aku buat post khas utk RPP CH.
Since kami duduk apartment, aku call admin RPP bgtau yg kami boleh masak2 cuma bab perkakasan, RPP tidak menjamin yg semuanya digunakan oleh muslims coz penyewa apartment tak terhad kat muslim je.. untuk mengelakkan ragu2, kami bawa segala bagai barang2 sendiri seperti periuk nasi besar n kecik, pemanggang ajaib, tefal pan, pinggan polistrin, sudu n cawan plastik


 So pada pagi ahad, bermula la perjalanan 3 kereta konvoi ke CH.. dengan hujan mengiringi perjalanan kami ke sana dari ipoh ke CH.. huhhh.. sesampai di CH memang sejuk la CH.. disebabkan hujan kami tak stop except kat meiko strawberry coz sambal tumis yg mak aku bawa tertumpah dlm kereta. jenuhla yg lelaki cuci..

antara barang2 yang dibawa


depa charged bateri

 then, kami shot directly ke RPP CH konon2 leh check-in awal sbb masa tu baru pukul 1pm.. check in time kul 2 pm.. tapi tak boleh coz belum kemas sepenuhnya.Sempat kami berposing di Lobi RPP sementara My SIL, ayu n opah lak  dah mabuk perjalanan..siap muntah2. So, tanya kat staff RPPada tak pondok utk berehat.. alhamdulillah ada.. kat situ kami berkelah bekal yg dibawa dari ipoh.. Mr Hubby yg masakkan daging blackpaper, telur dadar dan nasi. Manakala, mak masak kari ikan, kangkung belacan, sambal tumis sotong.. memang sedap makan dengan ditemani angin kuat dan cuaca sejuk berkabus.. opah siap menggeletar time makan.. abih je makan opah  terus masuk kereta, aku lak uruskan check in. manakala yang lain especially budak2 bermain kat playground yg ada..

yan dan family.. ni sementara tunggu nak check in kat RPP CH

my Lovely mum n opah..

my Brother, harith n wife.. serta kanak2 ribena.. suka benor depa tgk ikan







ni kes lapar.. sepinggan penuh nasi harith

sesi mencedok makanan tapau dari ipoh
kome tgk cantik je gambor ni... tp tuhan aje yg tahu betapa kuatnya angin masa ni.. memang sejuk gile.

jemput makan semua

dah makan, semua berlari ke playground...

yan n halim sempat berposing lagi

my lil princess pun tak kurang hebatnya.. bila peace je.. tunjuk 1 mesia

apakah???

with my lovely mum... tpt bermanja dan bergaduh.. gaduh2 pun gaduh sayang

ni pun my love... insyaallah everlasting love..

opah melayan kerenah auni.

ni si mata booolat... Haiqal..

Selesai check in, aku dapat bilik Cempaka 1.Apartment ni kena menapak naik tangga yg tinggi jugak.. jenuh kami mengendung barang2 dan anak kecik naik ke atas.. pastu dengan keadaan opah yg sakit kaki, memang menyukarkan pergerakan.. nasib baik la tingkat satu.. tangga pun licin kerana hujan..
Bila masuk je dalam, memang ternganga jap.. terkesima tgk luas apartment RPP..
lengkap ade semua.. TV flat screen, sofa n ade reclining chair, dining table, iron, dapur, dan fridge..
bilik ade 2, dengan katil 1 Queen and 1 Single setiap bilik..
sungguh berbaloi dengan modal RM50/night dpt spend masa bersama keluarga.
So petang tu rehat dulu n caj bateri memasing especially budak2..
bukan bole main jalan je.. karang ade yang bad mood je..
So nnti sambung citer Jalan2 kat Strawberry farm n main masak2 kat RPP..



entrance our apartment... nak masuk kena lalu 2 pintu masuk
ni master bedroom.. luas sgt.. boleh bentang toto kat bawah.. siap ade mineral lagi tu.. cuma katil je dah rasa tak best.
toilet ok.. bersih.. ade built in heater kat shower n sinki.. kat paip toilet je takde.. maka klau nak basuh b***k memang sejuk gila
view depan katil master bedroom


auni dengan reclining chair... semua bebudak berebut nak duduk
ni kat living area.. sumer kesejukkan kecuali my hensem boy.. panas katanya..
ayu, mak, yan and the askar2 of our family


ni dapurnya.. luas gak
sesi memunggah barang masakan yang dibawa
2nd bedroom.. Not bad..
bebudak la dengan aktiviti memasing


ok kan living and dining area.. siap ade balkoni lagi..


ni la apartment cempaka.. kami yang tingkat bawah

view dari parking kereta.. sayup je nak menapak


see... tinggi kan? klau bawa warga emas n anak2 kecil macam kurang ok.. tp nak buat camne.. klau arwah abah ade mesti tak boleh nak naik kecuali ada yg bole kendong dia...

depan pagar masuk RPP..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...