iklan sat.

14 December 2011

Anak2ku diserang virus chickenpox...

14 oktober 2011, di usia 4 tahun, arifah telah diserang chickenpox.. sebelum kena tu, dia demam panas semalaman.. pastu masa nak siap ge sekolah ade perasan bintik2 kat bdn dlm sebijik 2.. since arifah ni jenis allergic and senang naik rashes.. so aku expect tu bintik allergic.. sekali bila kat taska, cikgunya check badan arifah.. baru dia perasan yg bintik tu adalah chickenpox @ pelentung.. coz bintik tu dah naik berair dan mula penuh kat badan.. ape lagi, terus dia call aku minta ambil arifah dari taska.. rupa2nya arifah adalah budak ke-4 yg dijangkitan chickenpox.. nasib baik masa dia kena ari jumaat, so aku call hubby minta bawakan arifah ke klinik, coz b4 that aku dah call clinic, doc inform risky untuk preggy mum like me uruskan budak yg kena serang chickenpox.. so weekend tu aku berpisah tpt tidor ngn arifah.. aku dan aqil, tido dlm bilik.. arifah dan abah dia tido kat family area.. siap aku pakai mask bg mengelak jangkitan sbb doc ckp virus boleh dijangkiti melalui udara.. ini sebagai langkah berjaga2 Since aku sendiri pun tak tau history aku either pernah kena chicken pox sblm ni atau tidak..

day 1 arifah kena chickenpox..bintik2 masih tak banyak lagi.. and still boleh senyum bila nak snap pic.

day 2 onward.. muka arifah dah penuh ngn bintik2 berair.. masa ni mandum je sbb gatal2.. dia dah la jenis tak tahan.. so mula la merengek..

then, kami sempat ke Cameron Highlands.. masa ni dah booking and dah janji ngn opah nak bwk dia jalan2.. arifah pun mula nak recover.. cuma kena protect dia lebih.. esp from hujan and makanan yg gatal spt kicap, ayam, sotong dll..

balik dari Cameron, Arifah ge tadika semula sbb dia ade exam akhir tahun.. cuma dia tak study ape2 sbb tak larat..

Day 9- arifah ikut rombongan tadika ke ZOO Taiping.. alhamdulillah dia dah fully recover, cuma tinggal parut je skit.. esp muka.. aku sbnrnya berat hati nak lepaskan dia pergi sendiri (parents tak dibenarkan ikut.. if nak ikut pun kena konvoi) sbb aku rasa dia kecil lagi.. rupanya2 cikgu ckp dia pandai berdikari dan bawa diri bersama rakan2.. bravo kakak!!

selepas 12 hari arifah diserang chickenpox or demam pelentung (ckp org perak), Aqil pula dijangkiti virus ini bermula 25 oktober 2011... nasib baik kali ni kami dapat detect awal ttg kewujudan bintik2 di muka & aqil.. so pg2 lg hubby dah bawa dia ke klinik and dia lak amik tugas jaga aqil..

ni pic aqil kat klinik.. steady je mcm tak sakit..


aqil geli kena mandi ngn daun bambu.. Thankx to Mr Muru, jiran depan umah sbb bg kami ambik daun bambu..

muka dan badan aqil penuh ngn chickenpox.. klau compare aqil ngn arifah, chickenpox aqil lagi teruk.. besar2 dan banyak sangat.. esp badan, belakang telinga dan kepala..




sepanjang tempoh sakit,badan aqil penuh aku lumur ngn calamine lotion.. nasib baik aqil jenis tak meragam.. redha je kena mekap cam org asli australia.. hehehe..

alhamdulillah aqil recover selepas 2 minggu diserang virus tersebut..

nota kaki: citer ni sbg ingatan if nnti cucu2 aku lak kena chickenpox, idak la aku lupa ..

13 December 2011

Arifah @ Majlis Anugerah Cemerlang Tadika Impian IQ Genius

19 November lalu, tadika arifah iaitu Tadika Impian IQ genius telah menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang yang berlangsung di Paragon Hotel, Fair Park, Ipoh.. majlis berlangsung dari pukul 8pg hingga 12 tghari..
so pg tu hubby hantar arifah ke tadika supaya dia dpt pergi ngn cikgu ke hotel lebih awal, manakala kami telah terlewat 1/2jam disebabkan aqil yg mmg liat bgn pagi.. smpai2 je di hotel, dengar lagu Negaraku dah berkumandang... bila aku register je, cikgu bgtau mata arifah melilau je dari atas pentas cari kami.. nasib baik baru 3 lagu je yg terlepas iaitu Negaraku, & koir bertajuk "Jika Kita Berkumpul" dan "Auld Lang Shyne"

ketika register, urusetia ade bg tentatif program.. and dlm tu include skali ngn nama2 murid2 yg cemerlang... Bila aku baca page tu terus aku terkesima seketika.. Arifah dapat tempat ke-3 dalam kelas & terpilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan untuk 4 tahun... aku betul tak sangka sbb masa minggu exam kat tadika, arifah cuti kerana chicken pox.. pastu mmg dia tak study langsung.. sbb masih tak sihat.. So Congcratulation my little princess..Keep it up!! cuma yg aku masih sangsi camne arifah dapat No 3 tp boleh terpilih sbg pelajar terbaik Keseluruhan.. sbb klau tgk kelas 5 & 6 tahun, pelajar yg dpt tpt pertama akn jd Pelajar terbaik Keseluruhan.. Jadi, habis je program aku terus dptkan penjelasan dari cikgu dia.. cikgu dia kata pemilihan arifah bukan sekadar result exam, tp berdasarkan pencapaian arifah secara keseluruhan sepanjang tahun merangkumi ujian lisan, penglibatan dalam kelas dll.. selain itu, cikgu kata if arifah tak kena chickenpox.. insyaallah dia boleh buat lebih baik dlm exam.. lega bila aku dengar camtu sbb aku takut typing error je ... hehehe

Jom layan pic sekitar Majlis Anugerah Cemerlang Tadika Impian IQ Genius..

ucapan pembukaan oleh Pengacara majlis
Arifah dan rakan2 buat persembahan rhythm - 3 buah lagu iaitu lenggang kangkung, peace puding dan lagu cina, Wo de peng you zai la li.. arifah yg duduk kerusi barisan hadapan paling kanan..

then, arifah dan rakan2 buat persembahan sketsa bertajuk akibat berbohong.. arifah diberi watak sebagai kambing..

kemudian tiba acara penyampaian hadiah.. ketika ini arifah menerima hadiah tempat ke-3 bagi kelas Saidina Ali (4 Tahun).. Hadiah telah disampaikan oleh En Syed Musa, Penyelia Pendidikan Swasta, PPD Kinta..

seterusnya, arifah menerima hadiah pelajar terbaik keseluruhan bagi kelas 4 tahun..

arifah sempat berposing gembira bersama kawan baik dia, Damia & Hazeerah

kemudian, arifah menerima skrol sijil tamat kelas 4 tahun.. arifah tak merasa pakai jubah konvo masa penyampaian sijil, sbb jubah tersebut dikhaskan utk kelas 5 & 6 tahun sahaja..

sebelum majlis bersurai, guru2 dan pelajar sama2 menyanyikan lagu bertemu dan berpisah..
Arifah berdiri no 2 kiri dari depan..

ibu dan arifah sempat berposing dengan cikgu2 yg banyak berjasa melayan kerenah arifah yg banyak ragam.. dari kiri cikgu jenny, cikgu maziah dan cikgu shaadah...

arifah dan hadiah2 yang diterima.. seronok sgt dia..

so next year, arifah still bersekolah di tadika ini dan aku berharap arifah akan lebih cemerlang pada masa2 akan datang..tak kira samaada di tadika @ dimana jua.. AMeen..

Update checkup 32 week and 4 days.. plus BSP test for 2nd time

semalam aku ada checkup utk 32 week ..
tekanan darah aku 116/71
berat menurun sekilo.. menjadikan 70kg.. so kena tegur ngn my gynea kenapa menurun..

klau tgk progress berat badan aku tak pusing mana pun.. masa mula2 mengandung badan aku bagai dipam2.. masa tu aku baru lps ambik family planning jenis injection.. 2x suntik.. terus naik mendadak-dadak.. & period jd irregular.. so stop n terus mengandung..

progress berat badan aku spt berikut, average between 67-71kg
mengandung 3 bulan: 69kg
4 bulan: 67 kg
5 bulan: 69 kg
6 bulan: 70 kg
7 bulan: 71 kg
8 bulan: 70 kg

then, 1 day before checkup aku buat BSP test sekali lagi (11/12/11) di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan.. result BSP adalah:
pre-breakfast: 3.8 mmol/l
pre-lunch: 5.9 mmol/l
pre-dinner: 7.7 mmol/l
post-dinner: 5.1 mmol/l

comment my gynea.. dia kata nasib baik satu je result tak ok iaitu 7.7 mmol/l, if not aku kena start buat suntikan insulin.. n aku kena buat lg test sblm checkup 36week..

progress baby lak.. skrg baby 2.13kg.. berat & air ketuban normal..
kepala pun dah kebawah.. lepas ni checkup setiap 2 minggu.. & my appointment will be @ 28.12.11 (week 35)

08 December 2011

di kala kandungan berusia 32 minggu @ 8 bulan..

minggu ni aku dah masuk 32 minggu @ 8 bulan..
sekejap je masa berlalu.. tinggal 55 hari lagi sebelum untuk baby keluar melihat dunia..

Lilypie Maternity tickers

di kala usia 32 minggu ni..

-aku belum lagi ge checkup 8 bulan sbb appointment aku next week iaitu 12.12.2011 (isnin)
so aku belum tahu perkembangan GDM aku.. either ok or worse.. hopefully ok..
-aku dah mula rasa perut aku padat sangat.. smpi kekadang tu aku smpi kena bersandar tuk relaxkan badan.. smbil2 tu merasa pergerakan baby dalam perut aku yg kian ketara dan makin aktif.. siap nampak macam berombak-ombak je movement baby..
-then, aku cepat sgt je rasa nak melakukan penyahtinjaan..but i'm fussy ttg pemilihan toilet.. esp public toilet at petrol pump.. selagi tak ok aku sanggup tahan n cari yg lain.. beside, preggy kali ni kekadang aku rasa sembelit..
-dah makin kerap kejang kaki esp masa tido.. if time hujan or pasang aircond.. ni aku kena admit disebabkan kerana kekurangan kalsium sbb aku jenis tak minum susu.. if minum pun, susu kotak perisa chocolate and aku bergantung sepenuhnya pada pil kalsium..
-aku diberi kelonggaran oleh hubby aku utk tidak menjalankan tugas menghantar anak2 ke nursery.. sbb depa ni masih tido time ge nursery.. jdnya biarlah abah depa dukung depa dr tingkat atas umah kedlm kereta.. tp time balik nursery, aku still kena amik sbb balik lmbt..

di bawah aku upload pic kenangan ketika kandungan berusia 8 bulan.. cuma latest pic je takde.. if ade nnti aku upload lain...

pic kenangan preggykan arifah semasa kandungan berusia 32 minggu.. masa ni kami ge family day AFTAAS di Teluk Dalam Resort..

pic kenangan preggykan aqil semasa kandungan berusia 32 minggu.. masa ni kami berkelah di Taman Tasik Taiping...


05 December 2011

Sambutan Hari Kanak2 dan Hari Lahir TASKA QASEH IBU

28 Oktober lalu, taska Arifah & aqil iaitu TASKA QASEH IBU telah mengadakan sambutan Hari lahir bagi budak2 yang lahir bulan Oktober dan Hari Kanak2.. So Arifah adalah antara kanak2 yang diraikan dalam majlis tersebut kerana dia lahir pada 31 okt. Yang bestnya, salah seorg ibu kanak2 yang dirai telah sponsor McD untuk majlis ni.. so semua budak excited dapat McD.. cuma yang tak bestnya Aqil tak join masa ni.. aqil tgh suffer chickenpox.. sian dia.. nasib baik kakak balik taska, bawakan goodies bag tuk dia.. excited la dia walaupun sakit..

1 daripada 4 kek yang ade..

bebudak berkumpul sebelum event

semua kanak2 yang dirai tgh tak sabar nak potong kek..

sesi memotong kek.. arifah ambil port melihat je..

cikgu azlina sibuk mengipas.. hehehe

sesi makan2.. aku pun join sama sbb masa nak ambil arifah event tengah berlangsung..

01 December 2011

newborn baby checklist

Minggu ni aku dah masuk ke 31 minggu.. so aku dah mula prepare barang baby sikit2.. walaupun ini 3rd pregnancy aku, aku still kena ade checklist utk pastikan sumer barang yg diperlukan ketika bersalin dan berpantang mencukupi.. ade sesetengah barang aku just recycle semula yg arifah dan aqil punya.. dan ade yang baru.. depands on bajet and keperluan..

No.

Barangan bayi

Remark (/ / x)

1.

Baju tangan pendek

So far ade 30 psg baju recyle. Mungkin beli 2/3 pasang utk baby baru

2.

Baju tangan panjang


3.

Mitten & botties


4.

Barut bayi

/

5.

Bedung bayi


6.

topi

/

7.

Tuala mandi


8.

Tuala kecil/ saputangan


9.

Selimut

/ (2 unit)

10.

Bedding Set (tilam, bantal & sarung tilam/bantal)


11.

kelambu


12.

Rocking chair/ bouncer

/

13.

Toiletries (bedak, syampoo, lotion, baby bath)


14.

Minyak yu yi


15.

Cotton buds / cotton ball


16.

Wet tissue


17.

Bath mat


18.

Changing mat (lapik getah)


19.

Bath tub

/

20.

Nappy rash cream (dropolene)


21.

Napkins

/

22.

Pampers (size newborn & S)


23.

Diapers bag/ nursery bag


24.

Car seat baby



Barangan Ibu

Remark (P / x)

25.

Baju tangan panjang/ nursing t-shirt

/

26.

Stoking


27.

Kain batik


28.

Nursing bra

Baru ade 2 yg baru

29.

tudung


30.

Peralatan mandi (pencuci muka, ubat gigi, berus gigi & sabun)


31.

Tuala mandi

/

32.

Maternity pad

/

33.

Air zamzam & air selusuh

/

34.

Sweater / baju sejuk

/

35.

sikat

/

36.

Breast pad


37.

tungku

/

38.

Barut / bengkung

/

39.

Minyak angin


40.

Jamu / set bersalin


41.

Breast pump

/

42.

Storage bottles / bags


43.

Breastpump bag

/

44.

flusk





So far, yg bertanda (/) telah ade cume belum pack properly .. manakala yg tak bertanda ape2.. masih belum disediakan sehingga hari ni.. insyaallah, aku akn update checklist from time to time..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...