iklan sat.

13 December 2011

Arifah @ Majlis Anugerah Cemerlang Tadika Impian IQ Genius

19 November lalu, tadika arifah iaitu Tadika Impian IQ genius telah menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang yang berlangsung di Paragon Hotel, Fair Park, Ipoh.. majlis berlangsung dari pukul 8pg hingga 12 tghari..
so pg tu hubby hantar arifah ke tadika supaya dia dpt pergi ngn cikgu ke hotel lebih awal, manakala kami telah terlewat 1/2jam disebabkan aqil yg mmg liat bgn pagi.. smpai2 je di hotel, dengar lagu Negaraku dah berkumandang... bila aku register je, cikgu bgtau mata arifah melilau je dari atas pentas cari kami.. nasib baik baru 3 lagu je yg terlepas iaitu Negaraku, & koir bertajuk "Jika Kita Berkumpul" dan "Auld Lang Shyne"

ketika register, urusetia ade bg tentatif program.. and dlm tu include skali ngn nama2 murid2 yg cemerlang... Bila aku baca page tu terus aku terkesima seketika.. Arifah dapat tempat ke-3 dalam kelas & terpilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan untuk 4 tahun... aku betul tak sangka sbb masa minggu exam kat tadika, arifah cuti kerana chicken pox.. pastu mmg dia tak study langsung.. sbb masih tak sihat.. So Congcratulation my little princess..Keep it up!! cuma yg aku masih sangsi camne arifah dapat No 3 tp boleh terpilih sbg pelajar terbaik Keseluruhan.. sbb klau tgk kelas 5 & 6 tahun, pelajar yg dpt tpt pertama akn jd Pelajar terbaik Keseluruhan.. Jadi, habis je program aku terus dptkan penjelasan dari cikgu dia.. cikgu dia kata pemilihan arifah bukan sekadar result exam, tp berdasarkan pencapaian arifah secara keseluruhan sepanjang tahun merangkumi ujian lisan, penglibatan dalam kelas dll.. selain itu, cikgu kata if arifah tak kena chickenpox.. insyaallah dia boleh buat lebih baik dlm exam.. lega bila aku dengar camtu sbb aku takut typing error je ... hehehe

Jom layan pic sekitar Majlis Anugerah Cemerlang Tadika Impian IQ Genius..

ucapan pembukaan oleh Pengacara majlis
Arifah dan rakan2 buat persembahan rhythm - 3 buah lagu iaitu lenggang kangkung, peace puding dan lagu cina, Wo de peng you zai la li.. arifah yg duduk kerusi barisan hadapan paling kanan..

then, arifah dan rakan2 buat persembahan sketsa bertajuk akibat berbohong.. arifah diberi watak sebagai kambing..

kemudian tiba acara penyampaian hadiah.. ketika ini arifah menerima hadiah tempat ke-3 bagi kelas Saidina Ali (4 Tahun).. Hadiah telah disampaikan oleh En Syed Musa, Penyelia Pendidikan Swasta, PPD Kinta..

seterusnya, arifah menerima hadiah pelajar terbaik keseluruhan bagi kelas 4 tahun..

arifah sempat berposing gembira bersama kawan baik dia, Damia & Hazeerah

kemudian, arifah menerima skrol sijil tamat kelas 4 tahun.. arifah tak merasa pakai jubah konvo masa penyampaian sijil, sbb jubah tersebut dikhaskan utk kelas 5 & 6 tahun sahaja..

sebelum majlis bersurai, guru2 dan pelajar sama2 menyanyikan lagu bertemu dan berpisah..
Arifah berdiri no 2 kiri dari depan..

ibu dan arifah sempat berposing dengan cikgu2 yg banyak berjasa melayan kerenah arifah yg banyak ragam.. dari kiri cikgu jenny, cikgu maziah dan cikgu shaadah...

arifah dan hadiah2 yang diterima.. seronok sgt dia..

so next year, arifah still bersekolah di tadika ini dan aku berharap arifah akan lebih cemerlang pada masa2 akan datang..tak kira samaada di tadika @ dimana jua.. AMeen..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...