iklan sat.

27 December 2011

Arifah's 4th Birthday..

this entry dedicated to my dear lil' princess.. Arifah Zahirah..

31 Oktober 2007, ibu selamat melahirkan seorg puteri yang sgt comel dan diberi nama ARIFAH ZAHIRAH..& 31 Oktober 2011 genap usia Arifah 4 tahun..

Arifah,
ibu sangat sayang dan bangga dengan Arifah kerana Arifah seorg anak yang bijak, baik hati, sgt sayangkan adiknya Aqil, walaupun kadang2 terlebih garang ..tp ibu tahu arifah seorang kakak yang protective.. ibu juga suka Arifah pandai ambil hati orang sekeliling.. terutamanya oyang, opah2, keluarga, cikgu dan rakan2 sepermainan.. bagi ibu, Arifah adalah seorg fast learner.. pandai berdikari.. itu sebab ibu tak gusar menghantar Arifah ke tadika 4 tahun, walaupun hakikatnya Arifah ketika itu baru mencecah 3 tahun 2 bulan.. (murid paling muda dan kecil di tadika).. sekarang ini pun, begitu banyak persoalan ingin tahu yg timbul di bibir Arifah hingga kadang2 abah dan ibu mati akal nak menjawabnya.. 4 tahun ibu dan abah membesarkan Arifah, bagi kami arifah arifah anak yg periang, childish tp kuat merajuk.. Arifah juga anak manja abah.. tidur diketiak abah stiap malam dan tak boleh jika abah marah teruk2.. pasti nak abah juga yg pujuk..

Arifah, walaupun ibu lewat buat entry birthday arifah ke-4, tidak bermakna ibu lupakan Arifah.. arifah lah permata hati kami yg pertama..
pesan ibu agar Arifah membesar menjadi anak yang solehah dan taat kepada Allah SWT , mendengar kata kedua ibu & abah, bijak dalam segala bidang diceburi, sentiasa menyayangi adik2 dan serta saling hormat-menghormati sesama insan.. ingatlah anakku, abah & ibu sangat sayangkan Arifah..


Sejam selepas Arifah selamt dilahirkan...

Arifah di usia setahun..


Arifah 2 tahun..

Arifah 3 tahun
arifah 4 tahun

sambutan Birthday Arifah 4 tahun dibuat kecil2an antara kami anak-beranak bersama keluarga SIL yg kebetulan berada dirumah.. masa ni aqil still lagi kena chickenpox.. so taknak invite family members lain sbb takut anak2 mereka dijangkiti virus tersebut.. lgpun masa ni kami dlm tempoh kuarantin.. dan just buat potong kek je utk menggembirakan Arifah.. Kek telah dibuat oleh my ofismate, mak mifdhal.. TQ ye.. apapun, Arifah dan Aqil tetap enjoy .....


sian Aqil, siap muka bermekap dgn calamine lotion masa nak potong kek..


tiup jgn tak tiup...

2 2 nak potong kek..

ARIFAH, HAPPY 4TH BIRTHDAY SAYANG..
IBU, ABAH & AQIL LOVE U SO MUCH..
MMMUUUAAAAHHH........

22 December 2011

Pertandingan Mewarna Bank Rakyat

8 Okt 2011, arifah and aqil telah menyertai pertandingan Mewarna Kelab Nuri Bank Rakyat..
yang berlangsung di Dewan Taman Meru bermula jam 8pg hingga 12 tghari..
mereka diregistered under Tadika Impian IQ Genius and Taska Qaseh Ibu..
syarat untuk layak meyertai pertandingan melukis adalah wang simpanan tahunan di akaun Nuri melebihi RM50.00.. pertandingan ni dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 6-9tahun dan 10-12 tahun..
So, aku n hubby tak mengharapkan mereka menang sbb mereka masuk kategori 6-9 tahun.. lagi2 aqil yg baru 2 tahun.. tp aku just nak bagi diorg enjoy dan merasai suasana pertandingan.. cuma yg best, bank rakyat telah beri setiap peserta t-shirt , colour pencil, beg dan makanan. aku tak ingat berapa ramai yg masuk, tp rasanya >< 500 org kanak2 dr sekolah2 sekitar ipoh..

Pada mulanya aqil excited untuk mewarna, lebih2 lagi dia start conteng lukisan yang diberi sebelum wisel permula berbunyi..
aqil n arifah khusyuk mewarna

at last aqil mula bosan.. 10 minit selepas mewarna dia dah bg kat aku kertas yg dia conteng2..

tinggallah arifah seorg meneruskan aktiviti mewarna dengan penuh sabar dan tekun.. cuma dia tak boleh aku or abah dia takde depan mata.. mulalah menangis.. so aku kena la tunggu kat tepi dia sepanjang sejam mewarna, sementara abahnya bawa aqil jln2 tgk kiosk yg ada sbb aqil dah mula meragam kepanasan..


antara peserta2 yg join.. dlm dewan adalah kanak2 berumur dari 6-9 tahun..




akhirnya arifah berjaya mewarna sehingga habis masa yang diberi..

arifah dan rakan baiknya, hazeerah dan Damia selepas pertandingan.. masa ni waktu tea-break.. sblm bermulanya persembahan chicken dance dari maskot Bank Rakyat, Burung Nuri dan persembahan tarian 1 malaysia dari salah sebuah sebuah sek menengah di Meru..

kami tak tunggu sehingga penyampaian hadiah kerana aqil dah meragam teruk..
apapun, aku rasa pertandingan ni ok and enjoyable.. cuma kategori peserta perlu disemak semula sbb peserta 4-6 tahun( tadika & taska) patut diasingkan dari group kanak2 yang dah masuk sekolah rendah.. barulah kanak2 yg baru pandai mewarna berpotensi untuk menang..

Anyway, thankx to Bank Rakyat for organizing these event as part of social responsibility..


15 December 2011

Cameron Highlands 2011


Bulan Oktober 2011, adalah bulan aku ber"cuti rehat" .. aku amik 7 hari cuti dimana 3 hari diperuntukkan untuk family vacation and lagi 4 hari untuk menjaga anak2 kena chicken pox
1st family vacation bulan okt adalah kuala terengganu.. manakala 2nd vacation is Cameron Highlands.. citer ttg terengganu akn dicover kemudian..

berbalik ttg cameron.. aku saje2 booking untuk rumah peranginan persekutuan, BPH utk bulan okt 2011..alih2 berjaya and aku booking 2 bilik.. (actually nak booking apartment, tp fullybooked).. so disebabkan booking 2 bilik, aku bw sekali emak dan opah aku.. mmg diaorg pun dah excited sgt esp opah cuma last minute b4 nak pegi, aku rasa berbelah bahagi sbb masa tu arifah baru sgt kena chickenpox.. risau if chickenpox dia melarat sbb cameron tu kawasan sejuk and kerap hujan.. namun bila tau opah merajuk sbb mcm tak jd pegi.. terus aku pujuk hubby pegi.. so perjalanan kami bermula pukul 7 malam Ahad dari ipoh dan tiba di Cameron pukul 9 malam.. nasib baik, pihak BPH tak cancel booking aku..

sesampai je di Cameron jam 9mlm, terus je cari tpt dinner.. kami dinner di food court brinchang rasanya.. nice and affordable makanan disitu.. then baru la kami check-in di rumah persekutuan..

bilik di rumah persekutuan ni luas.. cuma diaorg provide 2 katil single je.. so berhimpit la kami 4 beranak bila kami jointkan ke2-2 katil.. kalau bawa toto rasanya lebih selesa.. bilik air dia sgt ok, macam baru lepas renovate..ade astro.. yg tak best furniture & fittings dia (except katil) macam design lama.. tp kira ok sbb bayar RM25/ night/room..

so far bagi aku ok dan selesa esp cam aku yg just stay for 1 night only...


me @ lobby rumah peranginan persekutuan

keesokkan harinya, pagi2 aku dah ajak sumer ge jln2.. sbb pukul 8 pg aku rasa matahari dah tegak atas kepala.. lgpun aku takut jika lewat, nnti hujan and susah nak jalan time hujan dgn keadaan arifah sedemikian.. 1st thing, kami breakfast at tanah rata.. tp tak berbaloi sbb makan just nasi lemak telur mata kerbau tp bayar lebih kurang harga cam dinner.. then, plan nak ge Al-mashor strawberry farm kat taman sedia tp tak dibuka utk self plucking sbb diaorg baru sembur racun..pastu pusing2 strawberry farm lain pun cam sama je.. Then, ge boh tea plantation, pun tutup hari isnin.. Dari boh tea plantation kami lajakkan mendaki gunung brincang utk ke mountain strawberry park.. sgt berbaloi2 walaupun kena turun naik bukit sbb udara yg segar, view yg cantik dgn ladang teh dan kebun dan buah2 strawberry yg besar serta lazat..

entrance to mountain strawberry farm.. jln nak masuk pun curam je..

aqil org yg paling seronok petik srawberry.. sbb sambil petik smbil makan.. dia aje makan > 10 biji..


mak & opah pun petik juga strawberry..

pastu aku nak makan strawberry chocolate, tp chocolate dah abih.. nasib baik homemade srawberry icecream dia sedap.. 2 bekas gak aku makan...



sebelum turun dari strawberry farm, sempat posing di tea plantation yg sgt indah pemandangannya..

pastu kamiorg singgah memborong sayur dan buah2an lain di Kea Farm.. pic takde sbb dah hujan rintik2.. dari situ kamiorg bergerak balik ke ipoh, and sempat berhenti posing2 di Cactus Point..


masa nak turun dari cameron, ada gak nak singgah Bharat Tea Plantation, tp hujan sgt lebat.. so terus je balik ipoh.. Alhamdulillah, kul 4 ptg kami tiba di Bandar Meru Raya dengan selamatnya.. walaupun percutian kali ni aku rasa singkat (< than 24 hour) tp very enjoyable..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...