iklan sat.

30 October 2013

CCM Cameron Highlands 2013

on the way to CH...
 6 oktober lalu.. untuk kali ke-3 tahun 2013 aku dan family ke Cameron Highlands..
cuma kali lebih best dimana opah, mak, family adik2 aku, Harith dan Yan ikut sama bercuti ke CH.
Kami stay di Apartment Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands.
Ni salah satu kelebihan Gov servant dimana membolehkan kita utk stay dimana2 RPP di seluruh Malaysia.
Cuma Long Que utk dapatkan satu tarikh booking..sebab memang murah.. untuk booking kali ni aku book setahun sebelum perjalanan. Means, aku booking September 2012, n stay Oktober 2013. Ni kerana apartment ni ada 4 unit je..

kiranya ni 2nd time kami stay kat RPP, tahun 2011 aku amik 2 bilik berharga RM50/night and apartment ni pun yang mempunyai 2 bilik di caj RM50/night.. berbaloi2.. Insyaallah nnti aku buat post khas utk RPP CH.
Since kami duduk apartment, aku call admin RPP bgtau yg kami boleh masak2 cuma bab perkakasan, RPP tidak menjamin yg semuanya digunakan oleh muslims coz penyewa apartment tak terhad kat muslim je.. untuk mengelakkan ragu2, kami bawa segala bagai barang2 sendiri seperti periuk nasi besar n kecik, pemanggang ajaib, tefal pan, pinggan polistrin, sudu n cawan plastik


 So pada pagi ahad, bermula la perjalanan 3 kereta konvoi ke CH.. dengan hujan mengiringi perjalanan kami ke sana dari ipoh ke CH.. huhhh.. sesampai di CH memang sejuk la CH.. disebabkan hujan kami tak stop except kat meiko strawberry coz sambal tumis yg mak aku bawa tertumpah dlm kereta. jenuhla yg lelaki cuci..

antara barang2 yang dibawa


depa charged bateri

 then, kami shot directly ke RPP CH konon2 leh check-in awal sbb masa tu baru pukul 1pm.. check in time kul 2 pm.. tapi tak boleh coz belum kemas sepenuhnya.Sempat kami berposing di Lobi RPP sementara My SIL, ayu n opah lak  dah mabuk perjalanan..siap muntah2. So, tanya kat staff RPPada tak pondok utk berehat.. alhamdulillah ada.. kat situ kami berkelah bekal yg dibawa dari ipoh.. Mr Hubby yg masakkan daging blackpaper, telur dadar dan nasi. Manakala, mak masak kari ikan, kangkung belacan, sambal tumis sotong.. memang sedap makan dengan ditemani angin kuat dan cuaca sejuk berkabus.. opah siap menggeletar time makan.. abih je makan opah  terus masuk kereta, aku lak uruskan check in. manakala yang lain especially budak2 bermain kat playground yg ada..

yan dan family.. ni sementara tunggu nak check in kat RPP CH

my Lovely mum n opah..

my Brother, harith n wife.. serta kanak2 ribena.. suka benor depa tgk ikan







ni kes lapar.. sepinggan penuh nasi harith

sesi mencedok makanan tapau dari ipoh
kome tgk cantik je gambor ni... tp tuhan aje yg tahu betapa kuatnya angin masa ni.. memang sejuk gile.

jemput makan semua

dah makan, semua berlari ke playground...

yan n halim sempat berposing lagi

my lil princess pun tak kurang hebatnya.. bila peace je.. tunjuk 1 mesia

apakah???

with my lovely mum... tpt bermanja dan bergaduh.. gaduh2 pun gaduh sayang

ni pun my love... insyaallah everlasting love..

opah melayan kerenah auni.

ni si mata booolat... Haiqal..

Selesai check in, aku dapat bilik Cempaka 1.Apartment ni kena menapak naik tangga yg tinggi jugak.. jenuh kami mengendung barang2 dan anak kecik naik ke atas.. pastu dengan keadaan opah yg sakit kaki, memang menyukarkan pergerakan.. nasib baik la tingkat satu.. tangga pun licin kerana hujan..
Bila masuk je dalam, memang ternganga jap.. terkesima tgk luas apartment RPP..
lengkap ade semua.. TV flat screen, sofa n ade reclining chair, dining table, iron, dapur, dan fridge..
bilik ade 2, dengan katil 1 Queen and 1 Single setiap bilik..
sungguh berbaloi dengan modal RM50/night dpt spend masa bersama keluarga.
So petang tu rehat dulu n caj bateri memasing especially budak2..
bukan bole main jalan je.. karang ade yang bad mood je..
So nnti sambung citer Jalan2 kat Strawberry farm n main masak2 kat RPP..



entrance our apartment... nak masuk kena lalu 2 pintu masuk
ni master bedroom.. luas sgt.. boleh bentang toto kat bawah.. siap ade mineral lagi tu.. cuma katil je dah rasa tak best.
toilet ok.. bersih.. ade built in heater kat shower n sinki.. kat paip toilet je takde.. maka klau nak basuh b***k memang sejuk gila
view depan katil master bedroom


auni dengan reclining chair... semua bebudak berebut nak duduk
ni kat living area.. sumer kesejukkan kecuali my hensem boy.. panas katanya..
ayu, mak, yan and the askar2 of our family


ni dapurnya.. luas gak
sesi memunggah barang masakan yang dibawa
2nd bedroom.. Not bad..
bebudak la dengan aktiviti memasing


ok kan living and dining area.. siap ade balkoni lagi..


ni la apartment cempaka.. kami yang tingkat bawah

view dari parking kereta.. sayup je nak menapak


see... tinggi kan? klau bawa warga emas n anak2 kecil macam kurang ok.. tp nak buat camne.. klau arwah abah ade mesti tak boleh nak naik kecuali ada yg bole kendong dia...

depan pagar masuk RPP..




25 October 2013

Suasana Aidiladha 1434H & musim tidak sihat sekeluarga

Salam Jumaaat.. Hari ni baru nak citer ttg raya haji yg lepas
raya haji tahun ni di rumah my mum kat Buntong..
Memandangkan cuti singkat je, selasa di Buntong & rabu di Bukit Merah..
so takde la meriah sangat.. Alhamdulillah rumah mak kali ni penuh except adik perempuan aku,
Fiqah sekeluarga tidak dapat pulang ke Ipoh utk beraya bersama..
So, pepagi raya kami dengan menu rendang ayam kampung, lemang, nasi lemak, nasi impit, kuah kacang & masa lodeh.. terhidang kat meja.. sampai tengah hari kami ulang makan yg sama sehinggalah korban selesai dimana mak selalunya akan bawa sup tulang dari masjid.. 
Mr hubby alhamdulillah setiap kali korban, tak pernah lepaskan peluang bersama org kg Buntong utk sembelih lembu korban sampaikan mereka lebih kenal 
mr Hubby sebagai Menantu Haji Harun dari nama sebenar.. 

then, raya haji kali ni memberi petanda supaya kami sekeluarga menjaga corak makanan yang kami ambil..
dimana bermula dengan Aqil demam dari malam raya hingga hari Jumaat.. 
kemudian, En Hubby lak tetiba kena Allergy satu badan selepas makan masakan korban, iaitu sup tulang dan kurma daging.. kemudian, esok en hubby kena bengkak ibu jari kaki serta bibir..
bila refer doktor.. takut gaot.. blood test menunjukkan negative gout n high kolestrol..
selang sehari kemudian auni, hubby, arifah and at last... aku demam.. kiranya minggu lepas minggu sakit kami sekeluarga..semalam baru aku masuk keje selepas 2 hari mc.. Semoga sakit2 yang kami hadapi menghapus dosa2 kecil kami..dan supaya kami mensyukuri nikmat Sihat yang Allah berikan kepada kami..  Ameen
cuma Auni je smpai sekarang still ade batuk selsema lagi...

susah betul nak suruh depa bergambar bersama
bersama SIL n Sis serta anak masing2




waris haji harun dan hajjah halimatun



my sis n hubby, halim


ni family mak aku.. opah, maklin, mak, pak nasir dan pakcik nazeri
  
my busyuk...
my happy family
 




my lovely mum.. yg belakang tu makcik aku..
 
 




14 October 2013

Salam aidil adha 1434H

A little sharing.
DOA ARAFAH
Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.
Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.
Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)
.
Doa  Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.
DOA ARAFAH
(Dalam Bahasa Melayu)
Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.
Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku  untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka  perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya. Aamin Ya Rabbal Alamin
Dibawah ini ialah link Doa Arafah dalam Bahasa Arab.
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/10/doa-arafah.jpg
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam  bersabda: “Sebaik-baik doa  adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير
Please share dengan kawan dan sahabatٍ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...