iklan sat.

22 November 2012

arifah @ Program Tahfiz Muda Anjuran Tadika IQ Genius


alhamdulillah, mulai isnin lepas hingga 18 Disember 2012 arifah telah menghadiri program Tahfiz Muda anjuran Tadika beliau, Tadika Impian IQ Genius ..
program ni program mengisi masa lapang cuti sekolah
dan terdapat 2 pilihan samaada tahfiz muda atau cepat membaca
bayaran utk sebulan adalah sebanyak RM120 dan makanan disediakan.

actually masa nak register program ape..
 aku agak teragak2 sebab arifah walaupun dah tamat buku bacalah anakku,
 tp dia masih belum khatam iqra', bacalah jawi dan peter & jane..
so aku memang nak dia join cepat membaca..
then bila discuss ngn cikgu besar dia, cikgu suggest arifah masuk tahfiz muda..
lagipun hafazan dia lemah semasa exam aritu..
lagipun tahfiz muda mendedahkan murid2 kepada surah2 pendek, tajwid dan huruf jawi..
dan sehingga hari ini dia seperti enjoy je join program tahfiz muda..
lagipun sekarang ni  arifah still gak membaca ngn cikgu dia semasa tunggu ustaz datang or sebelum balik..
hopefully arifah mampu memanafaatkan program ini sebaik mungkin..
At least dia dapat hafal dengan lancar alfatihah, 3 qul, dan surah pendek yang lain..
Amin...



1st day @ program tahfiz muda

21 November 2012

kenduri kesyukuran Kelahiran Auni Zafirah..

citer Mei 2012 lalu, semasa my little baby, Auni Zafirah Azman berusia 3 bulan..
aku kiranya menumpang kenduri Aqiqah my lil niece, Nor El Muhaimiah aka mia (my sis's doter)
so masa ni aku just lakukan kenduri kesyukuran bagi kelahiran auni..
sebab Aqiqah untuk Auni insyaallah akan dibuat di rumah MIL di Bukit merah pada hujung tahun ini..
kenduri kesyukuran ni dibuat di rumah mak aku di Buntong..
ramai jemputan yg terdiri daripada saudara mara dan kariah kampung tersusun sg pari, buntong..
>< 200 org gak sebab kami masak sendiri utk bajet 200, dan habis semuanya..
alhamdulillah...

masa kenduri ada sesi cukur jambul mia.. auni lak menangis taknak kat org.. 
so mia sorg je yg dibawa ke sorg demi sorg utk cukur jambul..
tp takde sape pun snap gambar event tu sbb semua org sibuk entertain tetamu.
. dan handle mknn sbb masak sendiri..

so bila dah habis event baru kami sibuk posing2 di pelamin buaian mia..
cuma masa ni mia dah masuk tido, so takde gak gambar kenangan mia..

my lil princess yg bulat biji matanya


arifah dan aliya bersama auni

bersama aqil gak






rombongan tadika IQ Genius ke Lost World Of Tambun

 sehari selepas pergi bank rakyat, tadika arifah telah membuat rombongan ke Lost world of Tambun bersama semua murid2 dan guru2..
ini bukan kali pertama mereka kesana.. esp bagi budak2 yg join kelab renang termasuk arifah..
kerana budak2 renang selain berlatih di kolam renang DBI, mereka beberapa kali dibawa ke kelas renang di LWOT ni.. so kali lebih meriah apabila sumer dapat pergi dengan hanya bayaran sebanyak RM4 bagi ahli and RM5 bukan ahli ( fee under kelab renang)..

so, pagi tu arifah memang excited gila.. laju je bangun tidur and bersiap..
siap sound aku suruh hantar cepat takut
 terlepas bas coz depa bergerak kul 8.30 ke sana..
since ni aktiviti tadika, so gambar aku cilok dari fb tadika..
meh layan kerena depa sepanjang ge LWOT..

elok je berbaris tunggu bas..

arifah peace tutup mata..
arifah dalam bas.. taktau dok sebelah sapa.
cikgu maziah bersama budak
cikgu renang aka instructur tgh bagi taklimat.. elok je bebudak tu dengor
arifah dan rakan dah kesejukan
 






15 November 2012

arifah tak sihat... kena nabuliser






Ni citer semasa minggu arifah exam.. awal bulan okt lalu,
Masa ni arifah started dengan strong cough..
Siap dah mkn ubat cair kahak, salbutamol and antibiotik tp still tak kurang..
Then, one day aku kena jaga pejabat .. so aku bw aqil n arifah ronda sekali.
Masa tu aku tgk arifah mcm penat sgt... walaupun berjalan aje..
So malam tu kami bw  jumpa pead.. di klinik ehsan..
So dia kata saluran udara arifah di paru2 dan sempit sgt smpi tak  boleh dengar bunyi sneezing..
So arifah dinasihatkan utk nabuliser bg cairkan kahak..
Apa lagi meraung la dia taknak.. sbb last dia nab masa umur setahun..
Jenuh gak abah dia pegangdia.. smpi dia tertidur..
Alhamdulillah.. beberapa hari lepas nab.. batuk dia ok...
Cuma dlm tempoh mkn ubat, dia exam.. smpi kekadang dia tertido jawab soalan...
So.. aku pun tak regret sgt bila result dia tak ok mcm last year... dia just mampu dapat no 7 je...
Anyway, tahniah gak buat anak ibu.. arifah zahirah...
P/s: gambar semasa arifah dinab and gelagat mereka diklinik...
Published with Blogger-droid v2.0.9

ole2 maklin dari US... jam tangan fossil..



Ahad lepas my aunty, maklin baru balik dr USA, ikut trip tpt keje dia MBSB..
Alang2 maklin ge sana.. aku pesan la brg.. either beg tangan, jam or baju...
So maklin telah belikan aku jam tangan jenama fossil.. warna touch of rose... jenis es3182.
Berharga usd135 .000.. tqvm maklin...i like it..
Mmg aku pesan ikut taste maklin... simple but elegant...
manakala mak aku pula pesan jam fossil yg glam... dan bling...
Published with Blogger-droid v2.0.9

aqil berpotty train

di usia aqil 3 tahun 7 bulan.. baru aqil di latih berpotty train..
compare to arifah, pada usia 2 tahun 8 bulan telah berjaya dalam potty train..

kenapa aku lambat potty train aqil?
1. aqil sehingga sekarang masih pelat bercakap.. kekadang tak paham apa yg nak dikatakan..
2. sedangkan berpampers pun dia tak cakap kat aku or hubby, inikan pula jika off pampers..
mau tercicir..

tapi disebabkan aku nak sekolahkan aqil 4 tahun bermula tahun depan..
so aku kena juga latih aqil berpotty train..
so dlm seminggu ni mmg kami cuba utk menjayakan misi ni..

1st potty train aqil pada rabu minggu lepas..
masa tu sekali je bagitau aku.. yg lain berterabur merata.. 
nasib baik kecik aje..
siap kena marah ngn aku coz taknak ckp langsung..
then, jumaat lepas hingga semalam, aku gagahkan lagi melatih aqil..
alhamdulillah dari hari kehari ada peningkatan...
boleh dah bagitau aku.. bila rasa nak membuang ..
pastu siap ge toilet sendiri + pakai selaur sendiri..
cuma bab basuh air b****r aku still tak harap lagi..

apapun bila nak jalan2 or tidur, aqil still berpampers..
hopefully lagi 2 bulan sebelum sekolah start.. aqil berjaya potty train..

maka kat situ, boleh menjimatkan duit belanja pampers...
hehehe
 

14 November 2012

jalan2 zoo taiping

 cerita 11 april 2012..
selepas 2 bulan bersalinkan auni.. 
masa ni bubudak bujang ofis hubby aku sesaje buat trip ke zoo taiping and berkelah di Burmese Pool
kamiorg pegi lambat skit.. maklum la beranak kecik
plus balik bukit merah sat.. coz hubby aku nak amik lauk katering kat kedai makan kami 
ANZ Restaurant utk berkelah di burmese pool..
hubby aku order ayam goreng masala.. kari ikan dan ulam2..

so lebih kurang kul 11 pagi baru masuk zoo taiping..
since auni pun baru sangat melihat dunia, kami decide naik train je..
train kat zoo taiping dah include dlm tiket.. so just beratur je tunggu turn..

sekejap je dlm zoo.. lagipun tiket dpt percuma coz afis hubby aku audit MPT..
dlm pukul 1++ bergerak ke burmese pool di kaki bukit larut..
kat sana anak2 je yg mandi.. tu pun bebudak wan nadzir yg layan mereka..
aku n hubby penuhkan tank.. 

auni mula mengantuk
 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...