iklan sat.

17 November 2011

ceritera RAYA AIDILADHA 2011

tinggal 8 hari lagi sebelum tahun baru 1433H,
aku baru nak update ttg raya.. tu pun skip citer raya aidilfitri sbb pics still tak amik lg dr file hubby..
so nak citer serba sedikit ttg raya Aidiladha @ Haji kali ni..

Ini first raya haji tanpa abah aku..
so rasa macam tak lengkap je raya tanpa abah tercinta..
turn raya hari tahun ni dirumah mak aku..
so malam raya tu, kami sekeluarga telah telah mengadakan kenduri arwah untuk abah aku serta doa selamat untuk kelahiran anak2 saudaraku, zakirah dan harraz, dan juga untuk mendoakan aku dan adik aku fikah, semoga selamat melahirkan anak..
oleh itu, slps sahaja org surau bertakbir raya dan solat isya' di surau , mereka terus bergerak kerumah mak aku untuk bertakbir dan menyempurnakan kenduri arwah abah.. cuma yang sedihnya, dikala org surau bertakbir di rumah mak aku, jiran sebelah rumah iaitu pakcik idris telah menyahut panggilan Illahi.. Innalillah... Malam tu, kami sekeluarga mmg flat sbb kami berhempas pulas masak sendiri utk kenduri.. pics tak snap satu pun sbb sumer busy..

Esoknya, di pagi raya ..hubby, adik2 lelakiku dan mak sembahyang raya di surau..
dan terus menjalankan ibadah korban.. mak aku join 1 bahagian.. insyaallah, tahun depan ade rezeki aku akan turut serta dlm ibadah korban..(pic lembu yg dikorbankan pun tak dpt snap sbb semua sibuk uruskan lembu).. manakala, aku dan adik ipar, ayu sibuk mengemas umah dan menguruskan bebudak..

setiap kali raya, umah mak aku sentiasa jadi tumpuan adik beradik mak.. sbb mak anak sulong daripada 12 beradik.. so sekali lagi kami sumer busy melayan tetamu.. smpi lepas asar baru aku dan hubby bergerak balik bukit merah... gambar dibawah pula disnap sblm bergerak balik..


baju raya sedondon ngn arifah dah tak muat.. so pakai jubah yg ade tema biru .. maklum la masa raya ni aku dah mengandung 7 bulan


masih belum terlewat untuk mengucapkan salam aidiladha 1432H

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...