iklan sat.

21 November 2011

Ujian BSP

minggu lepas 14.11.2011, aku telah buat ujian BSP seperti yang dikehendaki doktor apabila bacaan MGTT aku mencecah 8.2..

ape itu ujian BSP?
BSP adalah singkatan dari BLOOD SUGAR PROFILE yang biasanya akan dilalui oleh GDM(ibu hamil disyaki mengidap Diabetes Melitus@Kencing Manis ). ujian BSP akan dibuat apabila result MGTT lebih 7.8.....ujian ni untuk memantau tahap gula dalam darah... ujian ni akan dilakukan dengan mengambil setitik darah kat hujung jari..then bacaan paras gula akan diambil menggunakan glucometer...sehari kena 4x ambil darah.... iaitu pada pre-breakfast (8.00am), pre-lunch (12.30pm) pre-dinner (5.00pm) dan pre-bed(10.00pm).. dr ape yg aku google, bacaan normal adalah 4.00-6.00mmol/l dan abnormal >6.00mmol/l




Result BSP aku untuk 14.11.2011 adalah...
8am(5.0mmol/l),
12.30(6.4mmol/l),
4.30pm(4.3mmol/l)
10.30pm(4.0mmol/l)

then, aku just sms my gynea ttg result aku.. so b4 next checkup for 33 weeks iaitu 12.12.2011 aku kena buat sekali lagi BSP.. hopefully my result will be ok.. lepas ni kena jaga pemakanan.. avoid mknn dan minuman manis2.. kena kurangkan kuantiti nasi yg diambil ,lebihkan sayuran and buah2 esp epal hijau.. makan roti and biskut oatmeal serta amalkan air masak selalu..

gambatte kudasai..



17 November 2011

HAPPY 5TH ANNVERSARY


Happy 5 Anniversary to my lovely husband..

17 November 2006, selepas solat asar, detik penuh bersejarah apabila aku selamat diijabkabul dengan org tersayang itu EN AZMAN BIN AHAMAD.. di Masjid Kg Seri Kinta, Ipoh.. dengan sekali lafaz aku telah menjadi miliknya.. Alhamdulillah yg tak terhingga, apabila setahun kemudian kami dikurniakan cahaya mata pertama iaitu ARIFAH ZAHIRAH.. dan kelahiran AQIL ZIKRY, 2 tahun kemudian menjadi pelengkap rumahtangga kami.. Kini, 76 hari lagi sebelum zuriat kami seterusnya menjengah bumi..

aku bersyukur kehadratMu Illahi, kerana selama 5 tahun bersama suamiku, aku sangat bahagia bersamanya.. walaupun kadangkala badai melanda, namun kami mampu menepisnya.. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula rumahtangga..
doaku semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga hujung nyawa.. selain itu, semoga rumahtangga kami di berkati dan dilimpahi rezeki dariMU Ya ALLAh.. semoga Aku bisa menjadi yang terbaik buat suamiku dan anak2ku..

Amin...

ceritera RAYA AIDILADHA 2011

tinggal 8 hari lagi sebelum tahun baru 1433H,
aku baru nak update ttg raya.. tu pun skip citer raya aidilfitri sbb pics still tak amik lg dr file hubby..
so nak citer serba sedikit ttg raya Aidiladha @ Haji kali ni..

Ini first raya haji tanpa abah aku..
so rasa macam tak lengkap je raya tanpa abah tercinta..
turn raya hari tahun ni dirumah mak aku..
so malam raya tu, kami sekeluarga telah telah mengadakan kenduri arwah untuk abah aku serta doa selamat untuk kelahiran anak2 saudaraku, zakirah dan harraz, dan juga untuk mendoakan aku dan adik aku fikah, semoga selamat melahirkan anak..
oleh itu, slps sahaja org surau bertakbir raya dan solat isya' di surau , mereka terus bergerak kerumah mak aku untuk bertakbir dan menyempurnakan kenduri arwah abah.. cuma yang sedihnya, dikala org surau bertakbir di rumah mak aku, jiran sebelah rumah iaitu pakcik idris telah menyahut panggilan Illahi.. Innalillah... Malam tu, kami sekeluarga mmg flat sbb kami berhempas pulas masak sendiri utk kenduri.. pics tak snap satu pun sbb sumer busy..

Esoknya, di pagi raya ..hubby, adik2 lelakiku dan mak sembahyang raya di surau..
dan terus menjalankan ibadah korban.. mak aku join 1 bahagian.. insyaallah, tahun depan ade rezeki aku akan turut serta dlm ibadah korban..(pic lembu yg dikorbankan pun tak dpt snap sbb semua sibuk uruskan lembu).. manakala, aku dan adik ipar, ayu sibuk mengemas umah dan menguruskan bebudak..

setiap kali raya, umah mak aku sentiasa jadi tumpuan adik beradik mak.. sbb mak anak sulong daripada 12 beradik.. so sekali lagi kami sumer busy melayan tetamu.. smpi lepas asar baru aku dan hubby bergerak balik bukit merah... gambar dibawah pula disnap sblm bergerak balik..


baju raya sedondon ngn arifah dah tak muat.. so pakai jubah yg ade tema biru .. maklum la masa raya ni aku dah mengandung 7 bulan


masih belum terlewat untuk mengucapkan salam aidiladha 1432H

10 November 2011

checkup 27 week + MGTT

Rabu lalu, 9.11.2011 aku ade checkup 7 bulan..
dan pada masa sama buat MGTT test a.k.a ujian minum air gula untuk check samada aku mengidap diabetes atau tidak.. ini adalah untuk check 3 keguguran aku yg lalu disebabkan diabetes and selain itu, my close family esp my opah adalah pengidap diabetes..

so sebelum buat MGTT, mlm sebelum tu, aku kena berpuasa bermula kul 10 mlm.. aku hanya dibenarkan minum air masak sahaja.

Aku tgh minum air gula.. yg sgt manis..

esoknya seawal 8.30pg aku dah ge klinik raoofah untuk minum air gula.. bacaan darah akan diambil sebelum minum air gula.. dan bacaan aku ketika itu adalah 4.1.. kemudian aku diberi minum air gula berperisa seperti pati sunkist blackcurrent.. yg sgt berbeza daripada klinik kerajaan kerana kena minum pure air gula ... sedap cuma still sgt manis coz guna 100g gula.. makan masa juga nak habiskan se'mug' besar.. then, aku diminta berehat tanpa boleh makan selama 2 jam sebelum dtg kembali ke klinik kul 11 pg untuk ambil darah semula..

ni la rupa air gula yg aku minum.. berperisa spt pati sunkist blackcurrent..

so, masa aku ge klinik semula kul 11, aku sorg je kat klinik.. so terus jumpa doktor and beliau amik darah aku sekali lagi..
resultnya...........
^
^
^
^
^
+ve diabetes.. result lepas minum air gula mencapai 8.2
my gynea bgtau bacaan tu tinggi..
suppose at least normal 7.8 ..


Merujuk kepada sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Glucose_tolerance_test

Interpretation of OGTT results

Fasting plasma glucose (measured before the OGTT begins) should be below 6.1 mmol/l (110 mg/dl). Fasting levels between 6.1 and 7.0 mmol/l (110 and 125 mg/dl) are borderline ("impaired fasting glycaemia"), and fasting levels repeatedly at or above 7.0 mmol/l (126 mg/dl) are diagnostic of diabetes.

The 2 hour OGTT glucose level should be below 7.8 mmol/l (140 mg/dl). Levels between this and 11.1 mmol/l (200 mg/dl) indicate "impaired glucose tolerance". Glucose levels above 11.1 mmol/l (200 mg/dl) at 2 hours confirms a diagnosis of diabetes.

1999 WHO Diabetes criteria - Interpretation of Oral Glucose Tolerance Test
Glucose levels NORMAL impaired fasting glycaemia (IFG) impaired glucose tolerance (IGT) Diabetes Mellitus (DM)
Venous Plasma Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs
(mmol/l) <6.1 <7.8 > 6.1 & <7.0 <7.8 <7.0 >7.8 >7.0 >11.1

Impaired glucose tolerance is often associated with insulin resistance and is often seen in Polycystic Ovarian Syndrome.

Isnin akan datang, 14.11.2011 aku kena buat BSP test.. iaitu ujian darah sebanyak 4x iaitu pukul 8.00 am, 12.30tghari, 5.00 ptg dan 10.00 mlm..

Hopefully result BSP ok.. nnti aku cover citer ttg BSP...

lupe nak citer ttg perkembangan minggu ke 27 aku, baby alhamdulillah so far baby ok..berat 1.025kg.. kandungan air ketuban normal.. berat aku lak 71kg..


08 November 2011

Anak2 saudaraku........

Dah lama aku nak buat satu post ttg anak saudaraku..
maklumla.. makin meningkat tahun,makin bertambah bilangannya..
walaupun belum mencecah 5 org..
So, hari ni aku nak introduce my little nieces and nephews...

anak buah pertamaku adalah DARWISYAH ALIA BINTI ABDUL RAHIM. Lahir 18 jam selepas kelahiran anakku, Aqil Zikry.. iaitu pada 2 April 2009.. seorang yg sangat lasak dan aktif.. malah aqil pun seringkali kalah dengan dia.. dia suka bergaya terutamanya apabila nampak kasut tinggi.. Dia adalah anak adik perempuanku, Azian dan Halim, dan dia juga adalah anak susuanku..


anak buah ke2ku adalah MUHAMMAD SAQIIF BEK BIN AHMAD SYAUQI BEK.. lahir pada 16 Oktober 2010.. baru pandai berjalan dan taknak sgt kat org yg dia tak kenal termasuk aku.. maklum la dia dok di kl.. so jarang bersama kami sekeluarga.. Dia anak kepada adik perempuanku, Shafiqah dan Syauqi.. dan insyaallah bulan 12 ini akan mendapat adik baru.. maka akan bertambah seorang lagi anak buahku..


anak buah ke3ku adalah DARWISYAH ZAKIRAH BINTI ABDUL RAHIM.. Lahir pada 10 Mei 2011.. adik kepada Alia.. ketika ibu dia mengandungkan dia, byk sungguh cabaran yg perlu ditempuhi.. namun apabila lahir, dia seorg yg sangat menyenangkan org lain.. kadang kami panggil dia dengan gelaran ' ebor' sebab fizikal dia terutama pipi yg lebor.. sgt geram tgk pipi dia.. sekarang dah pandai buat kelas vokal dan kenal org...


Anak buahku yg terakhir sehingga hari ini adalah MUHAMMAD HARRAZ RIFQI BIN MOHD HARITH.. Lahir pada 8 September 2011. Anak kepada adik lelakiku, Harith dan Ayu.. hari genap usia 2 bulan.. so far suka buat syif malam, bikin mama dia pening saje.. mempunyai hidung yg mancung dan aku suka panggil dia cikenet.. sbb dia paling kecil antara anak2 ku dan anak2 buahku..

Gelagat anak2 saudaraku........

Saqiif tgh main walker..

Zakirah dan harraz tgh bersenda gurau bersama2..

alia buat aksi berani dengan mengangkat adik dia zakirah yg baru berusia 4 bulan ++

my youngest bro, Ali bersama alia dan zakirah

Aqil dan alia tgh bagi rusa makan.. dirumah ayah de..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...