iklan sat.

12 June 2009

arifah demam teruk

Lama dah aku tak post entry ttg puteriku, Arifah Zahirah
kesian kat dia.. skrg asyik post ttg aqil je..
masa aku berpantang hari ke 33 @3/5/09 arifah telah diserang demam teruk selama seminggu
bgn pagi terus panas.. smpi 38-39'c

takut dah kami org.. smpikan hubby aku pusing satu ipoh cari klinik (masa tu weekend)..nasib baik aku call gynea aku.. so dia suruh aku jelum arifah and bg ubat setiap 4jam..next day pg2 hubby aku dah bw ge klinik dia.. and alhamdulillah demam dah ok skit..36-37'c. cuma batuk and selsema yg teruk...

selama 2 hari aku n hubby gilir2 tido.. coz dia mengigau.. nasib baik aqil baik aje spjg kakak demam.. mungkin dia tau kakak dia perlukan perhatian dan jagaan.. so dia beralah.. spjg seminggu tu arifah taknak makan langsung.. cuma nak minum air masak je.. susu pun skit je, and itu pun jenuh paksa baru nak minum.


kesian kat sayang ibu nie.. air mata berlinang je..mata pun dah bengkak asyik nangis je..

arifah taknak pkai baju masa demam.. cuma berpampers je..

kepala arifah ibu tempekkan ngn asam jawa..


sayu je ibu tgk anak ibu...

walaupun demam masih tgk kamera.. ibu lak tak berhati perut snap gambo anak tgh sakit..

Pic after seminggu arifah demam..

arifah dah ok ibu...siap buat muka comey

aku suka pose nie.. bila aku ckp je.."arifah, buat muka comey.." terus dia pose camne..

she'll my lil angel.. demam menyebabkan badan dia susut balik

arifah nak makan semula lepas seminggu hanya minum air and susu je..

yg paling aku ngn hubby tak leh lupa, masa arifah terbaring lesu.. dia panggil abah dia untuk betulkan rambutnya yg masuk mata semata-mata... (isyarat tangan tunjuk rambut kat mata).. manja betul anak abah


11 June 2009

1st shopping after confinement

tempat pertama aku ge selepas berpantang adalah... Tesco..
aku excited sgt masa tu sbb dah 40hari terperap kat umah..
klau ade pun ge klinik or rumah mak..
so, ptg masa hubby balik keje.. kami anak beranak dah tunggu
ngn baju boria oren..hehehe
hubby je pkai biru

aqil ngn arifah tgh tunggu abah...

masa nie kami shopping ntahapantah.. saje mengabihkan duit abah..

aqil tido ngn lenanya sementara arifah tgh minta sesuatu.. ibunya lak posing after pantang..

aqil ngn opahnya

nie pic aqil ngn opah sebelah abah..
opah dok umah kami 3h2d
kesian gak tgk dia tak betah dok suasana pekan..
klau ikut perancangan, hubby nak maknya jaga aku dlm pantang..
nasib baik tak jadi..
klau tak mesti MIL aku nie tak keruan memikirkan ayam itik di kg..

abang..aku kangan bangat sama kamu

title diatas seperti aku minah indon..
ayat itu selalu diucapkan oleh intan dlm citer intan (astro prima)
namun walauapapun.. maksudnya tetap sama..
aku riiiiiiiiiiiiiiiiiiindu sgt kat suamiku...
dah 3 hari abang ge bintulu, sarawak..
so ade 18 hari tuk dia balik..
lamanya rasa........
dah la susah nak dihubungi.. coz abg masuk ladang..
line phone takde langsung..
cuma bila balik mess tuk tido.. baru la ade..
tu pun tak clear..


tak sabar menghitung hari....
sebab.........
aku kangan bangat sama kamu........... Abang...
Arifah pun rindu kat abahnya...
dia selalu panggil abah..abah bila org masuk umah
mesti dia ingat abah balik...

09 June 2009

tag : my baby from siti sifir

cam berkenan je tag yg ade dlm blog siti https://sitisifir10.blogspot.com/ ni. tu yg cilok n buat..
Tanpa melengahkan masa, layan ini tag ok :

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
2 org.. 1 boy and 1 girl

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
insya ALLAH , next two year. kesian kat arifah cam kurang kasih perhatian je lepas kelahiran aqil.. so biarla mereka bermanja dulu...


3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
arifah zahirah - arifah maksudnya nama yg mengetahui/yang bijak manakala zahirah bermaksug yg menzahirkan/yg gemilang. zahirah juga aku amik sempena nak DYMM permaisuri agong.. tuanku zahirah.. sebab aku suka tgk wajahnya.. lembut dan tenang

Aqil Zikry - aqil bermaksud yang bijak manakala zikry bermaksud ingatanku...

sebenarnya kami suami isteri nak anak2 kami bernama yg mula dengan AZ

3. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
aku ngn hubby cari sama2.

4. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Kami mahu nama anak kami dimulai dengan AZ yang datangnya dari nama kami suami isteri iaitu Azman dan Zanzila. selebihnya kami rujuk dalam buku untuk mengetahui maksud nama.

5. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
rahsia........ walaupun sekarang dah ade nama untuk anak seterusnya..

6. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
dalam 5 org.. bersesuaian ngn cuti bersalin gomen.. jumlah boy or girl, tak kisah...
7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
arifah dengan aqil - jarak setahun 5 bulan

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer
tak kisah.. terima dengan redha

9. soklan no 9 lesapkah?

10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
hubby aku kata arifah sebijik cam aku
  • cepat marah.
  • kalau nak sesuatu, nak juga smpi dpt.
  • pilih makanan.
  • left handed (aku menulis ngn mkn je tgn kanan, yg lain tangan kiri)
  • suka merampus..
  • suka berjalan/shopping (tak nangis bila ge shopping)
  • muka arifah iras cam abah, bulu mata panjang and rambut lebat cam abah.. cuma rambut kerinting amik gen atuk dia (abah aku.... maklum la anak2 tak waris pun gen nie, alih2 dpt kat cucu)

aqil lak.. masih awal tuk judge (baru 2bulan++) persamaan.. cuma secara fizikal, muka iras belah family aku (anak pakmi and anak idah), rambut skit pun ikut rambut aku, cuma rambut straight and bulu mata panjang ikut abah dia..

11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
aqil baru 3 hari lahir



my permata hati

arifah VS aqil

nie pic hari ke 6 aqil lahir.. masa nie aqil baru nak bgn tido.. kakaknya, arifah sena lena diulit mimpi

sesi menguap dulu... hiyakkkkkkkk


and ape lg bu.. aqil dah jaga....waaaaaaaaaaa

kakak masih taksedar walaupun aqil menangis sebelah..hehehe

pic ni masa arifah demam.. masa tu aqil berumur 35hari


aqil bercukur

aqil bercukur lepas je pusat dia jatuh iaitu hari ke 7
abah dia sendiri cukurkan dgn bantuan ibu dia
nasib baik aqil jenis diam je.. senang keje abah ngn ibu
wajah sebelum bercukur


wajah selepas bercukur




lain benor rupa aqil lepas bercukur.. and smpi skrg rambut aqil tak tumbuh selebat rambut arifah.. sekali tgk cam watak pekan dlm batu belah batu bertangkup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...