sambungan citer CCM - Melaka.. day 2 ..
selepas penat bermandi- manda di water park hotel, lebih kurang pukul 1 tghari
kami keluar jalan2 bandar hilir..cuma budak2 masih ting tong coz kepenatan mandi manda..
tempat pertama dituju adalah menara taming sari..
ahlhamdulillah, hari isnin dah kurang org melancong.. so tak perlu berbaris panjang utk naik menara ..
sekejap je dah dapat naik..
tak lama rupanya berada dlm menara taming sari..
lebih kurang 8 min je..
so far, new experience buat kami sekeluarga..
budak2 still tak berapa nak excited coz mereka sgt sleepy..
sedikit info ttg menara taming sari: link sini
Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat
menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat
Melaka, Kompleks TUDM, Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial
Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7
minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110
meter. Pastinya dengan keindahan Selat Melaka yang luas serta
pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka
tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming
Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.
Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00
(dengan mykad : kurang 50%) Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam
Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00
(dengan mykad : kurang 50%) Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam
ni kat entrance Menara Taming Sari |
View dari atas menara..
auni je terlebih excited.. siap nak merangkak dalam menara |
ni muka blur arifah dan aqil.. |
bila dah blur, behave je mereka ni.. klau idak.. jenuh nak kepung |
No comments:
Post a Comment