iklan sat.

08 January 2013

CCM Melaka- MELAKA RIVER CRUISE

 malam pertama di melaka kami terjah Melaka River Cruise..
kami bergerak dari Bayoo Lagoon Park Resort kul 6.00 ptg..
 pastu cari dobi kat area hotel coz kain2 masa berkampung kat KL dah byk + seluar aqil terkenc***g pun ade.... tp dah tutup ..
so terus menuju ke banda hilir.. namun terpaksa tempoh jam yg boleh tahan teruk.. maklum la malam ahad..
dlm kul 7.00 mlm kami smpai kat  entrance river cruise berdekatan dengan botanical garden.
tp perut meronta2 utk diisi.. hati tak nak dinner kat area river cruise.. konon2 nak cari restoran asam pedas..
pastu keluar balik area tu terus menuju ke pekan melaka.. tup tup jam bertambah teruk smpi bergerak cam siput.. + hujan turun dengan lebatnya..
mr hubby dah panas hati.. at last.. berbalik ke jetty river cruise and dinner kat situ..

alhamdulillah, masa dinner hujan dah sidang.. kekadang je rintik2
terus kami bergegas naik river cruise..
nasib baik time naik tak ramai..
so tak penuh pun boat..
arifah, auni dan aqil mmg excited naik boat..
aqil sampai tak  terkata..
just mampu tgk aje..


mr hubby and auni

tiket dewasa RM10 dan kanak2 RM5 seorang

bersabar menunggu cruise


kami atas boat.. hubby tak bergambar
boat ni membawa kami menyusuri sungai melaka..
pemandangan waktu malam sgt menarik dengan lampu dihiasi di bangunan dan jambatan di sepanjang sungai
pastu terdapat mural2 yg sgt cantik di belakang kedai baba nyonya..
pemandangan indah juga dapat dilihat pada rumah2 traditional melaka yg dihiasi dengan lampu spot light..
cuma bau air sungai kurang enak.. hingga menusuk rongga hidung
bot ni membawa kami dr jetty botanical garden dan u turn di jetty area banda hilir.. 
kat sana kelihatan org ramai berbaris menunggu turn utk naik boat..





selepas turun dari cruise.. kami menyaksikan persembahan kebudayaan dari perbadanan pembangunan sungai dan pantai melaka yang diadakan di pentas berdekatan parking kereta kami..
masa tu kami siap tgk dari dalam kereta sbb hujan dah mula turun semula..

best gak  budak2 ni buat persembahan.. kami sempat lihat 3 persembahan

kami berada di melaka river cruise sehingga jam 9 mlm..
lepas tu kami menziarah sahabat di UiTM Perak, Amran Talib yang telah menetap di Cheng, Melaka..
 ralatnya, tak snap apa2 gambar kat rumah baru diaorg..
lama gak melepak rumah mereka.. siap dinner sekali lagi sbb isteri am, hajar dah siap masak
anak2 pun ngam dengan anak am dan hajar..
sampai kul 1.00++ pg baru balik ke hotel..

ok.. nnti sambung citer  day 2 and 3...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...