iklan sat.

27 January 2013

Holiday lg..

Hari ini kami bergerak ke kl.. esok kami akan ke gold coast morib utk holiday bersama keluarga dan rakan2 uitm perak. Semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan segala urusan

21 January 2013

result AGAC...


Alhamdulillah.. rezekiMu yang tak terhingga.. 
Ade hikmah disebalik dugaan-Mu untuk ke AGAC
Walaupun baru lulus peringkat assessment,
 aku tetap bersyukur kepada Mu Ya Allah..
Amin2x
semoga Allah memberi rezeki yang baik utk kami sekeluarga..



18 January 2013

Auni dah berjalan.. demam.. cirit birit

auni anak abah yg utama
alhamdulillah, sabtu lalu @ 12.1.13 , diusia auni 11 bulan 12 hari auni telah mula berjalan atau dapat kaki..
namun, seperti budak baru belajar, auni still lesen L..
bila rasa tak balance dia akan berhenti utk imbangi badan dia..
mas memula berjalan, memang dia tawaf aje rumah.. 
dari ruang tamu ke ruang makan, dari pintu bilik ke katil.. dll..
auni dan aqil sama2 berjalan di usia 11 bulan.

so bila excited dia berjalan, maka kami pun bawa anak2 beriadah di padang polo..
port kali ni kat playground berdekatan lori laksa kedah..
selalunya kami akan bawa anak bermain di playground berhadapan dengan restoran D'Polo..
masa bermain, aqil dan arifah kami biarkan mereka bermain dengan sepuas2nya..
manakala auni kami pimpin berjalan sekitar playground
kenapa pimpin? sebab auni tak pernah pakai kasut masa berjalan..
so dia menyeret kaki masa berjalan..
then kami bagi auni main kat slide.. masa main tu macam ade terbau macam hancing je kawasan tu..
tp ignore je bau tu.. auni lak ade je jatuh2 kat masa jalan kat area tu
then, sebelum balik tapau laksa kedah dan keropok lekor..
auni pun turut mkn kerepok lekor sehingga sampai rumah..

then, masa en hubby berdoa lepas solat isyak (dlm kul 10) auni datang melepek kat riba abahnya..
tup tup muntah atas riba abahnya..
ingatkan sebab batuk sebab dah 2 minggu auni batuk selsema..
tp abahnya kat tiba2 je muntah..
so bermula dari mlm ahad tu hingga hari ini, bermula edisi auni demam-muntah-cirit birit
isnin tengah hari, taska call auni demam and muntah.. so terus bw ge klinik..
doc ckp muntah sebab batuk..
nasib baik demam auni 2 hari je.. tp muntah dan cirit still berlarutan..
so td pergi lagi klinik,kali ni doc ckp sbb virus..
hopefullly my dear auni cepat la sihat..
sebab auni seorg yang ceria, aktif, kuat menjerit..
so bila sakit, auni jd lemah je.. baring aje..
get well soon my dear lil princess.. 

org tua kata demam auni demam nak membeli.. mean bila nak belajar sesuatu, budak2 akan demam..
betul ke???
 

ni auni dengan cikgu ain, cikgu taska dia..gambar ni baru upload dlm fb taska.. rasanya gambar baru coz dah cengkung je bambam ibu..

11 January 2013

CCM Melaka - Menara Taming Sari

 sambungan citer CCM - Melaka.. day 2 ..
selepas penat bermandi- manda di water park hotel, lebih kurang pukul 1 tghari
kami keluar jalan2 bandar hilir..cuma budak2 masih ting tong coz kepenatan mandi manda..
tempat pertama dituju adalah menara taming sari..
ahlhamdulillah, hari isnin dah kurang org melancong.. so tak perlu berbaris panjang utk naik menara ..
sekejap je dah dapat naik..
tak lama rupanya berada dlm menara taming sari.. 
lebih kurang 8 min je.. 
so far, new experience buat kami sekeluarga.. 
budak2 still tak berapa nak excited coz mereka sgt sleepy..

sedikit info ttg menara taming sari: link sini
Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.
Harga Tiket: Dewasa RM 20.00 Kanak-kanak: RM10.00

(dengan mykad : kurang 50%) Waktu operasi : 10:00 pagi – 10:00 malam

ni kat entrance Menara Taming Sari

View dari atas menara..




auni je terlebih excited.. siap nak merangkak dalam menara
ni muka blur arifah dan aqil..
bila dah blur, behave je mereka ni.. klau idak.. jenuh nak kepung








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...