iklan sat.

18 December 2013

Alhamdulillah.. rezeki setelah sekian lama.. Akauntan & MIA

 Alhamdulillah..
 setelah sekian lama mencuba nasib mencari kerjaya yg bersesuaian dengan kelayakan aku sebagai degree holder in Accountancy..
pada awal Disember 2013, aku telah menerima tawaran dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai akauntan W41.. memang menggeletar bilamana kali pertama membaca surat yang diterima..

 
Untuk sampai ke peringkat ini aku telah melalui beberapa peringkat tapisan yang mengambil masa yang lama iaitu:
ujian bertulis - sekitar bulan mei - ogos 2012 (sebab masa tu umur auni kurang setahun & fully BF dan belum start mkn solid food.. abis je exam terus rushing balik umah coz auni dah menangis teruk taknak minum EBM)
then, 8 Nov 2012 dapat sms dr SPA.. utk menghadiri program penilaian kompetensi akauntan W41 (AGAC) di Sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 24-25/11/2012

 24 - 25 Nov 2012 - AGAC di Sekolah Raja Permaisuri Bainun bersama liyana, my ofismate.

21 Jan 2013 - Result AGAC diterima.. alhamdulillah lulus...

4 April 2013 - Interview Akauntan W41 di SPA Perak

17 Mei 2013 - result interview keluar.. Alhamdulillah berjaya.. walaupun simpanan dalam tempoh setahun dari 13 Mei 2013


 22 November 2013 - on the way ge Morib untuk  Family Day Wan Nadzir, dapat call dari SPA Putrajaya mohon slip gaji terkini.. bila aku tanya untuk apa, diaorg jawab utk proses surat lantikan Akauntan W41.. masa tu memang aku terkejut gila.. terus aku call mak n wasap geng taayah inform ttg kegembiraan aku.. then bila check status di SPA, status aku dah berubah dari calon simpanan ke lantikan tetap.. 1 week after, aku dpt surat official dari SPA.. cuma sekarang aku masih tunggu surat lapor diri dan penempatan dari Akauntan Negara Malaysia (ANM).. info by call directly to ANM, aku akan lapor diri pada 15 Januari 2014.. Hopefully semuanya berjalan lancar..

Actually, perasaan aku bercampur aduk buat masa ni...gembira teramat sangat kerana yang ape diidamkan berjaya diperolehi, then sedih meninggalkan Jabatan Audit Negara yang banyak memberi tunjukajar dan kenangan pahit dan manis sepanjang 6 tahun berkhidmat sebagai Penolong Juruaudit W27 dan takut kerana akan menempuh alam baru yang mana selama 8++ tahun kembara kerjaya aku sebagai Auditor swasta dan gomen, major field aku adalah Auditing.. so lepas ni aku kena tune otak dan diri aku utk bidang accounting..
Chaiyok Zanzila!!!


 selain itu, pada 11 Disember 2013 permohonan aku sebagai ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA) telah berjaya.. Cuma untuk entitled sijil keahlian aku kena menyelesaikan kursus induksi melalui e-learning..
yang ni je belum settle.. target aku utk settle sebelum lapor diri bulan Januari 2014 nnti..



 Ya Allah.. aku bersyukur di atas rezeki Mu YaAllah..
Ya Allah permudahkan urusanku.. 
Engkau luaskan lagi pintu rezekiMu untuk keluargaku..
Engkau Berkatilah rezeki yg kami perolehi kerana rezekiMu menjadi darah daging kami ..
Ameen...


Gelagat auni & abg nyah

Peristiwa semalam, di taska shaqis.. tpt tinggal auni tinggal sementara aku bekerja... dimana anak teruna ke- 2 kak elmi  iaitu abg nyah telah melayan auni secara gentleman.. hehehe... siap teacher asz n teacher achu bgtau abg nyah hanya nak main dengan auni je petang tu.. susunkan kerusi utk auni.. so sweet... adakah future son in law ?? Tunggu.....

11 December 2013

Bengkel memperkasa sahsiah diri dan JAN Perak

Salam rabu.. aku bersiaran dari hotel casuarina @meru, bandar meru raya.. bagi menghadiri bengkel memperkasa sahsiah diri dan organisasi JAN Perak. Hari ni hari kedua bengkel.. dan ceramah hari oleh ustaz Long b. Kechik... alhamdulillah byk info.. dari segi ilmu agama dan motivasi..

23 November 2013

Pengalaman di RPGC

 Sekarang, my team iaitu Wan Nashrah & En Baharul ditugaskan untuk melaksanakan tugas auditan anak syarikat kerajaan Negeri iaitu Royal Perak Golf Club Berhad Ipoh..
So far so good.. tp kat sini aku nak share pengalaman kat sana.. 
walaupun tak dapat main golf, coz kena jadi member n perlu ada handicap..
tapi berpeluang naik buggy golf dan memasuki segenap bahagian dalam dan luar kelab..
Memang cantik, fasiliti sangat terjaga coz patron RPGC adalah  DYMM Sultan Perak.. 
DYMM Raja Muda Perak dan DYMM Raja Dilihir Perak
So, just nak share some my personal pic semasa lakukan audit di sana..
Insyaallah, laporan RPGC akan dibentangkan dalam LKAN siri 1/2013..
just wait and see..
I love this pic.. sangat cantik Tuanku Zara



berpeluang naik buggy walaupun bukan saya yg drive..
my team

22 November 2013

Weekend bersama anak2 di Taman Rekreasi Gulung Lang


 weekend lepas.. 
kami bawa anak2 ge bagi ikan makan (fish feeding) di Taman Rekreasi Gunung Lang.
mmg anak2 aku suka sangat dapat ge Gunung Lang
Just bawa roti yang dah dipotong2 kecil..
then, bila sampai sana & lihat je ikan.. 
my kids excited  bagi ikan makan roti..
siap kura2 pun dapat makan sama..
dah abih bagi makan, jejalan sat kat humanmade water fall..
dan main kat playground..
























21 November 2013

Gold Coast Morib Resort - Day 2

Memandangkan esok aku sekeluarga akan ke Morib Gold Coast Resort utk menghadiri hari keluarga ofis my hubby... aku buat sambungan Sambungan cerita Morib Bulan Feb lalu bagi hari kedua... 
supaya lepas ni tak tersimpan je citer ni dlm draft.
cerita sebelum ni di sini

memandangkan Auni demam lagi pagi hari kedua.. so aku join breakfast n jejalan di pantai sekejap sebelum naik balik ke bilik.. mak & opah pun awal2 naik bilik semula.. So, en hubby la melayan aqil dan arifah di pantai dan waterpark..
depa mmg happy especially ade kawan mereka, Kaka...
sampai la dekat waktu check out baru la depa naik bilik..
kat bawah ni byk gambar depa je..

arifah n kaka... mcm2 depa ni...

waterpark












Me n Naza, kawan dari zaman uitm perak.. selalu klau rancang gathering uitm perak.. at last muka kami je yg ade
Naza happy family.. her hubby bff my hubby.. kami sumer se UiTM Perak








 

Ni time breakfast.. tempat breakfast disediakan style open space kat tepi pantai..
Tp choice makanan terhad.. tak variety sangat.. tp boleh la utk lapik perut..
Auni masa ni mamdom je.. demam la.. taknak duduk langsung..
 

 
 
ready for checkout... next time kita rancang trip lain la pulak..
takpe klau tak dapat reunion seUiTM, kita reunion 2 family kita je..


Arif say good bye to Auni.. depa sebaya sama seperti arifah n kaka

on the way balik Ipoh...Demam Auni tak ok n dia sukar bernafas.. 
Kami singgah Hospital Tanjung Malim utk check..and she had her 1st Nabuliser there..
 
 
ni sumer dah citer di sini dan sini


So berakhir la cerita Morib Feb 2013.. in my opinion, percutian GCMR kali ni kurang best.. atas beberapa sebab.. Insyaallah akan menyusul cerita Morib versi Family Day Wan Nadzir & Co.. mana tau dapat layanan yg best.. 

Insyaallah, program family kami bermula esok hingga ahad ini..
pray for our  safe journey and good health there...\
Stay tune...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...