iklan sat.

29 April 2011

Aqil's 2nd birthday


alhamdulillah 1 April 2011, Aqil Zikry Azman, heroku genap berusia 2 tahun..
semoga hari yang mendatang membawa sejuta kebahagiaan kegembiraan buat Aqil..
doa ibu, aqil menjadi anak yang soleh kepada ibu dan abah, yang taat kepada Allah, yang hormat kepada org tua, yang sayang kakaknya, Arifah, yg bersyukur dengan apa yang ade dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

sempena birthday aqil, aku dan family rancang buat kenduri 5 in1 pada 2 April .. kenduri itu utk:
1. birthday Aqil + Alia (my niece, lahir sehari selepas Aqil iaitu 2 April)
2. doa selamat sbb fiqah (my sis) dpt keje gomen ngn MOE sebagai PPM
3. doa selamat sbb ayu (my SIL) dpt jadi cikgu thru' KPLI
4. Yan (my sis) akan bersalin.. kerana masa majlis dia dah preggy almost 8mths++
5. baca yasin untuk doakan kesihatan abah.. namun, ALLAH lebih menyayangi abah.. abah pergi selepas 12 hari kenduri.. ia adalah kenduri terakhir abah dan alhamdulillah abah dpt jumpa semua kawan kg dia dlm kenduri tu..

So majlis started after isya' dengan bacaan tahlil untuk ahli keluarga yang dah meninggal dunia dan doa selamat.. alhamdulillah byk org kgku dtg.. makanan sumer sold out.. pic tak smpt snap sbb ramai org.. tak cukup kakitangan untuk incharge..

then, kul 11mlm baru ade acara potong kek.. just antara keluarga je..
simple je acaranya just potong kek dan bagi hadiah..
at the same time ade kenduri durian dr kg ayah de (bukit gantang)..
so kek kurang laku compared to durian.. whatever, kids sumer happy..

ni la kek yang ditempah dr wife ofismate thru' web dmuffinsfan.



gambar tak jelas sbb pkai hp je.. lgpun kat luar.. pencahayaan kurang..

5 org je kids yg ade.. tp tak sabar nak potong kek..

tgh khusyuk nyanyi lagu birthday




hadiah untuk alia, tp arifah yg dapat..

apapun, HAPPY BELATED BIRTHDAY MY LIL HERO.. AQIL ZIKRY..
IBU SAYANG ADIK... MMMMMUUUUAAAHHHHS..

27 April 2011

Perginya ayahanda tercinta.. ke Rahmatullah

hari ini hari ke 13 ayahandaku menyahut seruan Illahi.. setelah 3 tahun++ menanggung derita sakit yang berpunca dari slip disc di lehernya.. akhirnya ayahandaku a.k.a. abah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 14 April 2011 jam 1.15tghari di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Abah pergi diusia 63 tahun sama seperti Nabi Muhammad S.A.W dan 10 tahun muda dari arwah opah iaitu ibu abah..

Ya Allah, betapa sedihnya hati ini dikala sakaratul maut menjemput abahku, aku dan adik2 tiada disisinya.. Nasib baik emak senantiasa berada disisi abah sehingga akhir hayatnya... malah emak tanpa sengaja telah sempat mengajar kalimah shahadah ditelinga abah.. dan dengan tenangnya abah pergi meninggalkan kami sekeluarga...

ketika pemergian abah, aku dalam perjalanan ke hospital.. yg pada ketika itu berada betul2 di roundabout hospital, dimana aku mendapat panggilan dari adikku yan bahawa abah telah tiada. berita itu membuatkan tanganku menggelentar untuk membawa kereta namun kugagah jua bila memikirkan emak yang memerlukan ku ketika itu...

sesampai di hospital kulihat wajah abah yang tenang tiada lagi kerut2 menahan kesakitan. tangan dan kaki abah yang telah menbengkok sebelum ini telah kembali ke sedia kala malah otot2 abah sgt lembut.. berbanding semalamnya semasa jurupulih mengajar aku meregangkan tangan dan kaki abah, terasa sungguh keras dan ketat... Alhamdulillah aku bersyukur, aku dapat berbakti menjaga abah dihospital dengan bergilir dengan mak dan harith sebelum ajal menjemputnya.

walauapapun yang berlaku pada abah, aku dan keluarga redha.. aku ingat kata2 abah sebelum pergi ke hospital isnin 11 april, abah kata "abah taknak ke hospital, abah dah tak larat dah, satu satu nikmat Allah tarik dari abah.. abah takboleh jalan, tak boleh cakap, tak boleh makan." dan masa abah ckp tu abah sgt lemah sbb dah seminggu abah tak boleh masuk makanan dan minuman.. mata abah asyik terpejam aje... abah pun mengadu dia sakit kena urut di bhgn tengkuk dia.. dan aku masih ingat lg macamana rupa abah menahan kesakitan itu... Namun kami bw jugak abah kehospital sbb abah jatuh masa harith pimpin nak bawa mandi.. sesampainya di hospital abah terus diletakkan di zon kritikal bhgn kecemasan.. sbb bp abah rendah sbt.. 3 hari dihospital byk kali doktor cuba masukkan tiub makanan dimulut abah.. namun tak berjaya sbb tengkuk abah dah menyenget dan membongkok.. tiub tersebut pergi kemana hala.. kesian abah masa tu, menjerit kesakitan walaupun tak keluar suara... akhirnya pada pagi khamis sblm abah meninggal, emak telah sign borang untuk operate perut untuk masukkan tiub makanan melalui perut.. namun belum sempat semuanya, abah pergi meninggalkan kami....

ABAH...
MAAFKAN ATAS SEGALA DOSA2 YONG.. HALALKAN MAKAN MINUM YONG SEPANJANG ABAH MEMBESAR DAN MEDIDIK YONG.. TERIMA KASIH ABAH KERANA MENJADI ABAH YANG TERHEBAT DALAM HIDUP YONG... YONG SAYANG ABAH SANGAT2.. YONG DOAKAN AGAR ABAH DITEMPATKAN DI TEMPAT ORG2 BERIMAN..
AMEEN...

sedikit kenangan bersama abah...

Gambar ketika hari lahir abah ke 61

kenangan dengan abah semasa hari pertunangan ku.. abah masa ni sihat lagi..

raya 2007.. leher abah dah mula menunjukkan tanda sakit. tapi masa ni belum di operate. operation pertama abah selepas aku habis pantang Arifah..

raya 2008 - abah telah berjaya operate kali ke 2 ... masa ni abah kena pakai neck supporter..

raya 2009 - keadaan abah dah mula teruk.. otot leher abah dah mengeras dan susah untuk digerakkan.. masa ni emak cuba nak bagi leher abah stright..

Raya terakhir bersama abah... raya 2010...abah dah makin mengecil diantara kami.. masa ni abah dah takboleh berjalan...

abah... kami sayang abah...

20 February 2011

berkursus lagi.. di AAN

hari ini aku bersiaran kali pertama untuk tahun 2011 dari akademi audit negara
aku menghadiri kursus analisis penyata kewangan dan asas kewangan selama 4 hari bermula esok hingga 24/2/2011
so anak2 ibu, jaga diri elok2... jangan nakal2.. denagar cakap abah... tido ngn abah ye..
nnti ibu akan balik pada hari khamis... love u so much, arifah dan aqil..
to my lovely hubby, jaga anak2 kite ye .. and jaga diri elok2.. jgn ambil depa lewat2 tau.. i love u sayang..
with love from nilai.... mmmuuaaahhhh......

30 December 2010

Orientasi Tadika Impian IQ Genius

pada 29-30 Dis, kindy arifah @Tadika Impian IQ Genius mengadakan sesi orientasi untuk student2nya.. ia bertujuan untuk melatih budak2 menyesuaikan diri antara satu sama lain dan antara cikgu.. selain itu ia untuk menyesuaikan mereka dengan persekitaran tempat belajar such as kelas, toilet and tpt makan.. sebelum memulakan pembelajaran pada 3.1.11

orientasi bermula jam 8pg - 12 tghari.. alhamdullillah kedatangan adalah memberansangkan iaitu +15 org turut serta.. ade yg tak datang sbb still dlm mood cuti.. bebudak tu dari range umur 4-6 tahun..

arifah mmg excited untuk pergi sekolah.. cuma liat nak bangun pagi..
maklum la, selalu ke nursery tak mandi and kekadang still tido, tp kali ni kena mandi awal.. mengamuk la dia.. tp bila dah smpi kindy tu , terus je meluru masuk dalam.. tak tunggu ibu dia yg dok mengekor... dia pun boleh masuk ngn cikgu2 dia... especially cikgu madziah and cikgu saadah.. sbb dah beberapa kali berjumpa..

sesi pagi bermula dengan tengok cd lagu sementara tunggu badut datang pd pukul 8.30pg..


ini antara playground yg ade di sana..

the clown is coming.. arifah paling takut klau maskot2... apelagi terus dok atas riba cikgu sebelum aku amik alih ribakan dia..

hemsem tak clown nie... byk belon yg dia buat.. besh sgt..

arifah diatas riba aku...

clown tgh buat belon topi untuk budak2 tu...


mereka sgt excited dpt belon yg bermacam bentuk.. siap request lg kat mr. clown nak belon ape..

arifah with on of the balloon...




so.. sesi bersama clown ended at 10.30 am.. pastu bebudak tu makan..
and the continue dengan sesi ke class.. aku tak snap gambar sbb bateri out..

till then, aku tgk arifah happy ngn tadika tu
td pun masa aku ambik kat tadika, dia tunjuk aku kolaj epal dan cat span yg dia buat..
hopefully dia boleh menyesuaikan diri disana dengan baik...

27 December 2010

Playtime @ HUKM

Pic ni dah lama, dlm bulan Julai lalu.. masa ni arwah ayahchik admitted @ ICU HUKM
so kamiorg ge nak ziarah ayahcik.. masa smpi sana, belum waktu melawat ..
kamiorg lepak la kat lobby hospital...
nasib baik kat lobby HUKM (nearby pead clinic) ade provide simple playground..
so tak la aqil dan arifah bosan.. syok je depa main keluar masuk rumah mainan tu...






Playtime @ Tesco Section 18


aktiviti sampingan sblm/slps bershopping.. adalah bawa anak2 bermain di playground yg disediakan di TESCO.. lain tesco lain mainannya.. so kali ni kami beriadah secara indoor di tesco Seksyen 18, Ipoh..

abah pun naik sama


aqil yg takut2..

take turn lak.. ibu pun naik main gak

ibu yg terlebih sengih.. hehehe


24 December 2010

List to do..


Actually nothin' important.. just wanna want to jot down 'list to do' b4 end of this year...
especially about arifah's kindy and aqil's nursery..

tommorrow 25/12 - Majlis Doa Selamat & Yassin Recite @ Tadika Impian IQ Genius (Arifah Kindy) & my officemate wedding ceremony
26/12 - my father's family reunion @ my father's house
27/12 - Due date SKT @ PAN's Desk (done)
28/12 - Aqil and Arifahs' Medical Checkup, after checkup i'll send them to new nursery @ Taska Qaseh Ibu for trial session (at least 1 @2 day)..
29/12 - i'm on leave due to Arifah's orientation week starting from 29-31 Dec 2010
30/12 - Arifah's 2nd day orientation
31/12 - Last day orientation and last day my kids will stay @ Taska Manjaku Sayang..
therefore, i plan to have farewell party there during lunch time..

BYE BYE 2010
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

WELCOME 2011

1/1 - My lovely husband's birthday & Risma's Wedding Ceremony
3/1 - Day 1 Arifah as a student @ Tadika Impian IQ Genius.. i'm on leave
4/1 onward - AI Pejabat Tanah Daerah Sg Siput... (Boringnya..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...