Ya Allah, betapa sedihnya hati ini dikala sakaratul maut menjemput abahku, aku dan adik2 tiada disisinya.. Nasib baik emak senantiasa berada disisi abah sehingga akhir hayatnya... malah emak tanpa sengaja telah sempat mengajar kalimah shahadah ditelinga abah.. dan dengan tenangnya abah pergi meninggalkan kami sekeluarga...
ketika pemergian abah, aku dalam perjalanan ke hospital.. yg pada ketika itu berada betul2 di roundabout hospital, dimana aku mendapat panggilan dari adikku yan bahawa abah telah tiada. berita itu membuatkan tanganku menggelentar untuk membawa kereta namun kugagah jua bila memikirkan emak yang memerlukan ku ketika itu...
sesampai di hospital kulihat wajah abah yang tenang tiada lagi kerut2 menahan kesakitan. tangan dan kaki abah yang telah menbengkok sebelum ini telah kembali ke sedia kala malah otot2 abah sgt lembut.. berbanding semalamnya semasa jurupulih mengajar aku meregangkan tangan dan kaki abah, terasa sungguh keras dan ketat... Alhamdulillah aku bersyukur, aku dapat berbakti menjaga abah dihospital dengan bergilir dengan mak dan harith sebelum ajal menjemputnya.
walauapapun yang berlaku pada abah, aku dan keluarga redha.. aku ingat kata2 abah sebelum pergi ke hospital isnin 11 april, abah kata "abah taknak ke hospital, abah dah tak larat dah, satu satu nikmat Allah tarik dari abah.. abah takboleh jalan, tak boleh cakap, tak boleh makan." dan masa abah ckp tu abah sgt lemah sbb dah seminggu abah tak boleh masuk makanan dan minuman.. mata abah asyik terpejam aje... abah pun mengadu dia sakit kena urut di bhgn tengkuk dia.. dan aku masih ingat lg macamana rupa abah menahan kesakitan itu... Namun kami bw jugak abah kehospital sbb abah jatuh masa harith pimpin nak bawa mandi.. sesampainya di hospital abah terus diletakkan di zon kritikal bhgn kecemasan.. sbb bp abah rendah sbt.. 3 hari dihospital byk kali doktor cuba masukkan tiub makanan dimulut abah.. namun tak berjaya sbb tengkuk abah dah menyenget dan membongkok.. tiub tersebut pergi kemana hala.. kesian abah masa tu, menjerit kesakitan walaupun tak keluar suara... akhirnya pada pagi khamis sblm abah meninggal, emak telah sign borang untuk operate perut untuk masukkan tiub makanan melalui perut.. namun belum sempat semuanya, abah pergi meninggalkan kami....
ABAH...
MAAFKAN ATAS SEGALA DOSA2 YONG.. HALALKAN MAKAN MINUM YONG SEPANJANG ABAH MEMBESAR DAN MEDIDIK YONG.. TERIMA KASIH ABAH KERANA MENJADI ABAH YANG TERHEBAT DALAM HIDUP YONG... YONG SAYANG ABAH SANGAT2.. YONG DOAKAN AGAR ABAH DITEMPATKAN DI TEMPAT ORG2 BERIMAN..
AMEEN...
MAAFKAN ATAS SEGALA DOSA2 YONG.. HALALKAN MAKAN MINUM YONG SEPANJANG ABAH MEMBESAR DAN MEDIDIK YONG.. TERIMA KASIH ABAH KERANA MENJADI ABAH YANG TERHEBAT DALAM HIDUP YONG... YONG SAYANG ABAH SANGAT2.. YONG DOAKAN AGAR ABAH DITEMPATKAN DI TEMPAT ORG2 BERIMAN..
AMEEN...
sedikit kenangan bersama abah...
Gambar ketika hari lahir abah ke 61
kenangan dengan abah semasa hari pertunangan ku.. abah masa ni sihat lagi..
kenangan dengan abah semasa hari pertunangan ku.. abah masa ni sihat lagi..
raya 2007.. leher abah dah mula menunjukkan tanda sakit. tapi masa ni belum di operate. operation pertama abah selepas aku habis pantang Arifah..
Al-Fatihah
ReplyDeletesabar ya. :'(
Al-Fatihah...Tabah hadapi segalanya..semoga arwah ditempatkan bersama org2 yang dirahmati....byk sedekah Al-Fatihah....
ReplyDeleteAllah lebih sayangkan dia...kita juga akan kembali kepada Dia suatu hari nnt...
Al-Fatihah
ReplyDeleteTakziah... moga ko tabah dan juga moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin ...