iklan sat.

16 October 2012

bukit larut - pemandangan dan apa yang ada disana

ni diantara gambar pemandangan dan apa yang ada di atas Bukit Larut.. yg sempat aku snap untuk kenangan
pada pandangan aku, bukit larut adalah suatu kawasan tanah tinggi yang masih mengekalkan keindahan alam semula jadi serta flora dan fauna..
aku rasa damai sangat bila berada di atas ditambah pula dengan cuaca yang sejuk..
cuma bagi aku,  kemudahan disediakan seperti surau, tempat menunggu dan tandas dan bangunan yang ada disana perlu dipelihara dan dijaga sebaik mungkin  bagi menarik lebih ramai pengunjung.

kumbang yang menyerupai daun.. aku snap ketika kumbang ini tgh bergerak di dinding banglo angkasa..

view dari jip menghala ke selat melaka

flora dan fauna

rumah rehat gunung hijau (speedy rest house)..

chendana hut.. 

trademark bukit larut
jip yang membawa kami ke atas..

titi gantung.. tak singgah pun just snap pic dari jip

banglo permai view



masa ni berkabus dan hujan renyai2.

banglo angkasa
kami tak berkesempatan ke banglo sri kayangan milik sultan idris.. masa ni jalan tutup sebab ada pokok tumbang
again rumah rehat gunung hijau.. dimana disini dijadikan pusat kepelbagaian biologi bukit larut



hiking to gunung hijau.. untuk lihat gereja 'the nest'

gereja lama.. the nest
banglo tempinis.. dah 4 tahun tidak digunakan.

cafe bukit larut.. pun operasi telah ditutup

banglo beringin
suatu ketika pernah menjadi pusat informasi aka pejabat bukit larut

tandas awam
rumah rehat

 rumah teh

09 October 2012

bukit larut.. buat keje sambil jalan..

 25 September lalu, my team naik bukit larut untuk buat physical sighting  terhadap pusat peranginan bukit larut.. so, team audit seramai 4 org iaitu me, Puan Che Besah, Puan Norizan dan Cik Germeet Kaur manakala team PDTLMS 2 org iaitu Puan Fazilah dan driver, En PA.. Ni first time aku naik Bukit Larut, so masa naik tu sgt excited + cuak sbb hubby aku kata jln bukit larut zigzag..

kamiorg naik pada pukul 9.00pg dan breakfast di salah satu Banglo di bukit larut, iaitu Banglo Angkasa.. Nasib baik breastfast diatas, bila mengenangkan jalannya mengandungi sebanyak >< 105 selekoh tajam.. jalannya pulak sempit yg hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan.. if berselisih gak, mmg driver kena pandai adjust.. so far masa kami naik, ada sekali 2 bertembung dengan jip telekom.. perjalanan untuk naik memakan masa dlm 1/2 jam..

banyak tmpt yg kami pergi disana, maklumkan wat audit.. sambil2 tu ada gak kami org berposing kenangan..
tambahan pulak driver PDTLMS, En Pa adalah seorg freelance photographer dimana dia tolong snapkan gambar yg menarik seperti dibawah..

Add caption
ni aku snap sendiri.. masa berjalan di bukit larut..

di banglo angkasa with puan Che Besah dan kak Zan

pic dengan puan fazilah pula.

4 of us + puan fazilah

nice post snap by En Pa.. masa ni kat belakang banglo angkasa.. view kat sini cantik sgt cuma ada kawasan yang telah dipunggah oleh babi hutan..





ni kat menara telekom.. kat sini berpeluang nampak kuala kangsar.. 
cuma masa kami pergi cuaca berkabus dan sgt sejuk..
so tak nampak kuala kangsar..

ni kat gereja lama, The Nest yg terletak di gunung hijau..
nak kesini kena hiking gunung hijau ..
and kat sini pacatnya merata.. tu sebab aku kena snap gambar dari atas meja taman.

masa trekking turun dari gunung hijau.. seluar kena sinsing paras peha sbb senang perasan pacat naik kaki..

 Ni kat chendana hut.. satu2 banglo yg diswastakan..


 signboard pun jadi.. asal nampak perkataan bukit larut sebagai bukti audit..hehehe

hari ini dalam sejarah, dimana kami telah turun naik bukit larut sebanyak 2x dalam sehari.. 
naik kul 9pg and turun pukul 3 untuk solat dan lunch
pastu naik pukul 4.30ptg dan turun pukul 6.30ptg..
sampai ipoh pukul 7.30 mlm..
so satu pengalaman yg takkan dilupakan..
insyaallah akan ada lagi lawatan ke sana..

pasni aku post ttg view yg menarik dan ape yg ada di bukit larut..

08 October 2012

jungle trekking @ hutan rimba kledang saiong

 jumaat lepas, ofis aku telah mengadakan aktiviti jungle trekking bagi menggantikan perhimpunan pagi yang telah sekian lama tidak dibuat... so hutan yang kami redah adalah Hutan Simpan Kledang Saiong yang terletak 7 km dari ofis aku di bandar meru raya.. actually hutan ni masih belum dibuka untuk public, and kiranya kamiorg warga JAN Perak bertuah kerana menjadi kumpulan pertama yang masuk kesana (kata org pejabat Perhutanan).. disebabkan ada team audit sedang menjalankan pengauditan hutan lipur..

alhamdulillah seramai 40 + staf JAN Perak beramai-ramai menjayakan aktiviti ini.. actually ini aktiviti kedua aku berjungle trekking selepas memanjat gunung hijau di bukit larut pada hari selasa sebelumnya.. so mmg layan la aktiviti ni, lagipun dah lama aku tak beriadah lasak camni.. sekali-sekala mmg best la..

aktiviti bermula pukul 7.30 pagi dimana perhimpunan pagi dilakukan di dalam bangunan JAN sebab hujan renyai2 diluar..sempatlah menyanyi negaraku, lagu korporat dan mnedengar ucapan dari pengarah JAN

with one of GMP, lily ( baju biru) and my tablemate, liyana

our PAN, Datin Seri Dato' Shamsiah tgh beri ucapan

then, En Safuan sebagai organiser trekking ini tgh bagi taklimat..

geng admin tgh berpayung2an meredah hujan ..

since hutan rimba ni di bawah Jabatan Perhutanan, so adalah pokok2  yg letakkan maklumat ttgnya seperti gambar diatas.

masa ni tgh memanjat kawasan akar2 kayu..


checkpoint pertama.. kat sini disediakan fasililti utk team building.. banyak fasiliti yg disediakan, cuma tak diselenggara dengan baik.



kat sini juga, pegawai perhutanan telah memberi taklimat ttg fasiliti yg terdapat disini.. 



kat hutan rimba ni, pacat ni terlalu banyak.. mungkin sebab hujan atau mmg originally banyak .. ramai gak member ofis menjadi mangsa pacat.. including me..

pacat kat sini bukan aje kat bawah tp melekat2 kat batang kayu seperti menunggu mangsa..




so, ni la semua pegawai audit negara negeri perak yg join jungle trekking ke hutan rimba kledang saiong..
ni kat entrance ke hutan rimba.. actually, pagawai hutan telah bawa kami pusing2 jalan jauh baru sampai ke sini.. so lepas berposing beramai2, kami breakfast dan bergerak pulang..aktiviti berakhir, lebih kurang pukul 10.30++ am..




ni adalah pintu gerbang ke sini.. pintu gerbang ni sgt tinggi..


so far, best dapat beriadah begini.. cuma tak tahan dengan pacat la..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...