iklan sat.

09 October 2012

bukit larut.. buat keje sambil jalan..

 25 September lalu, my team naik bukit larut untuk buat physical sighting  terhadap pusat peranginan bukit larut.. so, team audit seramai 4 org iaitu me, Puan Che Besah, Puan Norizan dan Cik Germeet Kaur manakala team PDTLMS 2 org iaitu Puan Fazilah dan driver, En PA.. Ni first time aku naik Bukit Larut, so masa naik tu sgt excited + cuak sbb hubby aku kata jln bukit larut zigzag..

kamiorg naik pada pukul 9.00pg dan breakfast di salah satu Banglo di bukit larut, iaitu Banglo Angkasa.. Nasib baik breastfast diatas, bila mengenangkan jalannya mengandungi sebanyak >< 105 selekoh tajam.. jalannya pulak sempit yg hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan.. if berselisih gak, mmg driver kena pandai adjust.. so far masa kami naik, ada sekali 2 bertembung dengan jip telekom.. perjalanan untuk naik memakan masa dlm 1/2 jam..

banyak tmpt yg kami pergi disana, maklumkan wat audit.. sambil2 tu ada gak kami org berposing kenangan..
tambahan pulak driver PDTLMS, En Pa adalah seorg freelance photographer dimana dia tolong snapkan gambar yg menarik seperti dibawah..

Add caption
ni aku snap sendiri.. masa berjalan di bukit larut..

di banglo angkasa with puan Che Besah dan kak Zan

pic dengan puan fazilah pula.

4 of us + puan fazilah

nice post snap by En Pa.. masa ni kat belakang banglo angkasa.. view kat sini cantik sgt cuma ada kawasan yang telah dipunggah oleh babi hutan..





ni kat menara telekom.. kat sini berpeluang nampak kuala kangsar.. 
cuma masa kami pergi cuaca berkabus dan sgt sejuk..
so tak nampak kuala kangsar..

ni kat gereja lama, The Nest yg terletak di gunung hijau..
nak kesini kena hiking gunung hijau ..
and kat sini pacatnya merata.. tu sebab aku kena snap gambar dari atas meja taman.

masa trekking turun dari gunung hijau.. seluar kena sinsing paras peha sbb senang perasan pacat naik kaki..

 Ni kat chendana hut.. satu2 banglo yg diswastakan..


 signboard pun jadi.. asal nampak perkataan bukit larut sebagai bukti audit..hehehe

hari ini dalam sejarah, dimana kami telah turun naik bukit larut sebanyak 2x dalam sehari.. 
naik kul 9pg and turun pukul 3 untuk solat dan lunch
pastu naik pukul 4.30ptg dan turun pukul 6.30ptg..
sampai ipoh pukul 7.30 mlm..
so satu pengalaman yg takkan dilupakan..
insyaallah akan ada lagi lawatan ke sana..

pasni aku post ttg view yg menarik dan ape yg ada di bukit larut..

2 comments:

  1. kreatif la gmbr k.la n germeet tu..:)

    ReplyDelete
  2. en Pa yg ajar snap camtu.. dia kawan and freelance macam abg rosli admin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...