iklan sat.

31 July 2013

When auditor turns to engineer..


 takde gaya pun sbg engineer..
actually this pic diambil semasa site visit ke projek landasan berkembar Gemas-N9..
masa tu aku dan kak zan attend kursus construction audit yg dianjurkan oleh Akademi Audit Negara dan KLIA Holdings.. Sgt best kursus ni coz talk yg diberikan oleh pakar2 dalam bidang construction.. semoga ilmu2 yg ditimba semasa kursus ni boleh dimanafaatkan utk tugas2 yg dijalankan.. seminggu kursus dah rasa macam nak apply lesen kontraktor kelas F pun tak pe... hehehe


24 July 2013

CCM - GOLD COAST MORIB 2D1N~ DAY 1

 Ni citer bulan Januari 2013..
 Aku n family aku serta family naza (ex-uitm perak) telah merancang untuk cuti-cuti Malaysia di Gold Coast Morib Resort (GCMR).. So kami telah booking 3 bilik thro' streetdeal bagi pakej berharga RM150 termasuk breakfast and dinner for 2, 2 admission tiket ke gold coast waterpark, bilik duluxe + indoor jakuzi untuk 2D1N...
citer sblm ini kami telah bergerak dari ipoh sabtu 26.1.2013 dan lepak di rumah Mak Yang aku..
esoknya, kami bergerak konvoi dari RNR Dengkil 4 kereta ke Gold Coast melalui jalan KLIA, Sepang dan Morib.. for me ikut jalan sana jauh skit berbanding ikut klang, banting dan morib..
Alhamdulillah kami sampai di GCMR lebih kurang pukul 2.30ptg...
masa check- in punya la ramai org.. maklum la semua redeem baucar yg dibeli dari streetdeal.. + kebetulan hari kami pergi cuti ganti Taipusam.. En hubby berbaris dekat sejam gak la sebelum check- in..

ni mak aku, maklin and her hubby, pakcik nazeri.. tgh tunggu check -in

arifah dah siap main2 aci kejar ngn aqil n kaka di reception counter

opah aku yg penat menunggu dengan naza

ni my youngest uncle (my mum's sibling), kuny.. tua setahun je dari aku.. idak la panggil pakcik pun..

ni wife kuni, fiza (pun tak panggil makcik) n my sis, fiqah

auni dah tunjuk perasaan.. masa ni dia baru dapat kaki.. mula la panjang langkahnya..

fiqah n her doter.. mia...

ni anak sulong fiqah.. saqiif..
setelah selamat check-in.. masing2 masuk bilik.. usha2 bilik..nnti aku upload gambar bilik..
alhamdulillah bilik selesa.. 2 katil super single.. then, kami berkenduri lunch di bilik mak coz mak tapau mknn yg dimasak di rumah fiqah.. sedap sangat walaupun tak proper.. maklum la 4 family makan dalam satu bilik..
memula plan nak berkelah di bagan lalang.. tp tengok pantainya tak sesuai terutamanya utk opah yg tak boleh duduk tanpa kerusi.. terus ubah plan lunch kat hotel.. cuma lewat sgt coz masalah check in..

ptg tu, mula la agenda utama ke sana iaitu mandi2 di waterpark... kami turun lambat skit dekat pukul 6ptg.. sekejap je dpt mandi kolam coz pukul 7 mlm waterpark di tutup..
since pakej kami just dpt 2 tiket, so utk anak 2 kena bayar coz dah lebih 90cm (if bawah 90cm still free)
ticket masuk utk seorg kanak2 RM20++.. penjaga tiket suruh jaga betul2 tag yg dipasang kat tangan if nak mandi lagi esoknya.. coz if hilang kena beli lain.. so kami pun pasang tag yg tak berapa ketat supaya senang dikeluarkan utk digunakan esoknya.. Arifah n aqil enjoy sgt mandi manda.. siap mempraktikkan ilmu yg dipelajari semasa swimming class.. auni je still tak boleh terima mandi kolam.. celup je dalam kolam terus menangis tak ingat.. so, aku dpt berendam sekejap je.. pastu lepak ngn auni kat kerusi tgk yg lain mandi..

my BIL, shauqi dengan anaknya saqiif

mempraktikkan ilmu berenang.. klau sir yg ajar swimming  tgk sure kagum

masa ni auni masih boleh menerima masuk kolam..

dah start bait2 menangis

sesi meraung.. aku sempat berpeace.. danish, cousin aku pun cool je






BIL n pakcik jaga budak2 mandi

akan bersambung sesi citer dinner n lepak time with naza n family... serta day 2 at GCMR...



18 July 2013

Sukaneka Tahunan Tadika Impian IQ Genius tahun 2013

 6.7.2013.. berlangsung sukaneka Tadika Impian IQ Genius.. tempat arifah dan aqil belajar..
tahun ni tahun ke-3 sukaneka tadika IQ Genius dengan kolabarasi bersama Taska Qaseh Ibu dan Taska Adik Bijak Comel.. 
So seawal 7.30pagi semua kanak-kanak berkumpul di padang awam Halaman Meru Permai..
my hubby hantar mereka dulu sebelum ambil aku dan auni.. maklum la nak tunggu si puteri bongsu bangun tido.. sesampai je di padang.. terus mereka diberi breakfast.. takut2 kang ade yg pengsan coz takde energy..
tahun ini, arifah jadi pembawa sepanduk untuk rumah kuning.. tu yang berkebaya oren (cikgu kata takpe kaler oren, lari skit je color) and tahun ni dia bersukan dengan bersungguh-sungguh.. coz 2 tahun sebelum ni, beliau langsung tak nak bersukan.. jenuh la kami mak pak bersukan utk bw hadiah balik umah..

tengah breakfast..
acara sukan dimulai dlm pukul 8.00 lebih.. tapi aku n hubby tak sempat tengok bacaan ikrar dan perbarisan sebab kami breakfast kat umah.. masa sampai padang budak2 dah start senamrobik.. arifah masuk sebagai pompom girl.. aqil dok kat khemah..
seronok tgk senamrobbik depa.. siap cikgu2 pun ikut sama..


perbarisan keluar padang.. gambar atas rumah sukan arifah, kuning..  gambar tengah rumah sukan aqil iaitu hijau dan gambar bawah rumah sukan my niece, aliya.. beliau sekelas ngn aqil
selepas perasmian oleh pegawai PPD Kinta dan perbarisan keluar padang, acara sukan pun bermula..
arifah masuk isi air dalam botol, bawa pundi kacang atas kepala, bina istana, lari tarik bola dengan gelung dan lari berganti-ganti.. 
manakal aqil masuk masuk manik dalam tali, kutip bola, bawa bola ping pong dalam sudu dan kutip gula2 dalam kolam..

arifah isi air dalam botol


aqil tgh berusaha masukkan manik dalam benang
aliya berlari ke garisan penamat dlm acara kutip bola
arifah lari berganti2
hati2 je arifah bawa pundi kacang atas kepala
arifah tarik bola dengan gelung


siap tersasar dari garisan liputan

aqil selalu jadi peserta pertama coz kurang fokus.. ni dia nak bawa bola ping pong dlm sudu
arifah bina mahligai
tak aci.. aqil sorg je peserta rumah hijau.. yg lain tak nak masuk.. kalah terus

ni acara keluarga.. "siapa cun" dimana kena hias anak dengan 3 bahan yg diberi iaitu suratkhabar, selotape dan toilet tissue.. family aku, family adik aku yan dan familty kak lily ofismate aku join game ni.. kak elmi, ofismate aku gak nak join tp anak2 mengalah tanpa bertanding.. katanya panas matahari.. 

ni aliya yg dihias oleh my sis, yan n hubby dia
ni arifah.. tak tau konsep ape.. dia tgk bawah coz masa ni tghari rembang..
ni supportive parents and opah.. dr kiri kak elmi, pastu kak lily, aku and mak kak elmi.
break time.. aqil masa ni dah tak nak main.. tp berjaya dipujuk
auni pun sama naik.. keja nak tawaf padang ge ke playground yg ade dkt ngn tpt sukan..

aqil dah moody tak nak sukan





ni acara kaum bapa.. kupas mangga tanpa putus kulit.. siapa kulit terpanjang adalah pemenang.. hubby n norman, hb kak lily kalah.. tp zack hb k.elmi dpt tpt ketiga..

acara wajib my hubby.. tarik tali .. yg bestnya pun 3 tahun berturut juara and jd angker.. tahun ni kumpulan hubby bernama naga merah n menang ..adik ipar pun join iaitu baju merah depan baju kuning..yg tak best hadiah sama dengan yg kalah iaitu mug.. hehehe bising depa yg menang..
 ni gambar penyampaian hadiah.. yg dibuat selang beberapa acara sukan..
alhamdulillah tahun ni menang kalah dapat medal..
idak la depa berebut bila balik umah..


 tahun ni tahun terakhir arifah bersukan sebagai pelajar tadika IQ Genius coz tahun depan beliau nak masuk tahun satu.. So satu kemajuan yg memberansangkan coz boleh bagi komitmen 200% utk sukan kali ni..
tahniah my dear little princess arifah.. 
Aqil lak ini tahun pertama beliau.. walaupun cikgu selalu bgtau dia tak fokus masa latihan.. tp masa sukan dia mampu lakukan semua game walaupun terpaksa.. compare masa arifah, 2 tahun berturut2 menangis taknak sukan langsung... tahniah juga untuk aqil yg berjaya menjayakan sukan tadika..
IBU BANGGA DENGAN SEMANGAT KORANG.. MMUUUAAAAHHH...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...