alhamdulillah hari ni genap 39 minggu sikecik berada didlm perut ku.. makin berdebar rasanya menanti saat dia keluar melihat dunia.. namun, disaat perasaan ku bercampur aduk (tak sabar, takut, excited) untuk melahirkannya.. aku telah diuji oleh yg Maha Esa..
Minggu 38- Allah telah tarik nikmat sihatku utk seketika.. seminggu aku diuji dengan kesakitan yg amat sangat.. sehingga bila gynea aku bertanya, aku sakit nak bersalin ke? aku jwb sakit yg ku tanggung masa tu lebih sakit dari perut mengeras..
episod sakitku bermula bila aku dan anak2 dijangkiti sakit gatal2 cam kudis api (bak kata mak aku).. so isnin malam last week (16.1.2011) kami beramai2 keklinik.. disebabkan masa tu kaki dan tangan anak2 dah serius bernanah, diaorg dpt antibiotik and ubat gatal.. aku just dpt ubat gatal je..
keesokkannya, masa aku kat ofis, aku dah mula bergaru2 and betis kering kaki kiriku dah mula menunjukkan tanda kemerahan dan membengkak.. sampaikan bila aku dah tak tahan sgt, aku menangis call makku (sbb hubbyku sibuk ge meeting) dlm bilik sindiket.. alih2 aku terpandang first aid, terus aku telan panadol 2 biji.. ingatkan sakit kaki tu lega terus, rupanya malam makin teruk.. so sekali lagi kami ke klinik yg sama tuk dptkan rawatan.. cuma mlm tu, doktor ganti and sgt lembab.. aku dtg dr kul 9 mlm, 10.30 mlm baru jumpa doc.. menggeletar kakiku tahan sakit, alih2 dia tgk aje tanpa sentuh.. akhirnya, dapat je ubat tahan sakit & antibiotik, aku terus mkn and tido spjg perjalanan balik umah..
malam tu, aku langsung tak boleh tido.. berdenyut2 sakit kakiku.. dari luka biasa, dia membengkak menjadi cam bisul bernanah dan kaki kiriku turut membengkak dengan besar.. nasib baik pagi rabu (18.1.2011) aku ade checkup ngn gynea tuk week 38, pagi2 aku dah ke klinik and doc terkejut tgk kaki aku yg teruk tu.. masa dia belek kaki aku, dia kata dah bernanah and bengkak.. so dia bg ubat surut bengkak, vitamin C, ubat cuci luka & mc 3 hari .. dia suruh aku rendam kaki dlm air garam and tinggikan kaki bagi darah berjln lancar..
so bermula la episod aku berjln terjengket2.. even selangkah.. tp sakit yg amat sangat.. hari rabu tu mknn pun hubby letak siap2 kat tingkat atas.. supaya aku tak perlu turun naik tangga.. sepanjang aku mc, semua kerja rumah + jaga anak2 hubby yg settlekan.. THANK YOU SYG.. nasib baik ade cuti panjang (mc+cuti CNY), seminggu aku dpt berehat..
Alhamdulillah, Selasa (24.1.2011) lepas kaki aku dah recover almost 80%, tinggal sakit sikit kat luka tu lagi..bengkak pun dah surut... pastu, ptg selasa tu aku ade checkup 39 minggu, saje aku ngn hubby awalkan sehari date checkup sbb nak kasi chance kat anak2 utk tgk baby depa dlm perut.. excited gile bila depa tgk baby masa doc scan.. siap ckp bila baby ibu nak keluar? Alhamdulillah, utk minggu ke 39, berat baby 3.4kg.. manakala aku lak 70.5kg (additional 500g from week 36).. air ketuban normal, bp 119/93..
Hopefully.. Allah akan mempermudahkan proses kelahiran baby.. Ameen.. dan semoga ujian sakit yg aku lalui sbg kifarah dosa2ku..
note: aku ade snap gambar kakiku bengkak, tp tak gamak nak upload.. biar la jd memori aku, hubby and org2 yg terdekat yg mengetahui je... hehehe
No comments:
Post a Comment