last week, balik kg my SIL detect ada kutu di kepala Aqil sbb dia tgk Aqil asyik garu kepala je... ape lagi dia buat operasi untuk kami anak-beranak... so far aku and hubby clean & clear, tapi aqil & arifah je ade.. cuma masa SIL check tu, tinggal telur yg dah menetas je...
aku rasa mereka dapat kutu tu dari taska.. sbb last serangan kutu terhadap arifah seorg, 2 tahun lepas dari taska gak.. tapi kali ni aku macam tak caya yang kepala aqil ade kutu sebab rambut dia jenis halus, nipis dan keperangan.. ia bukan spot yg terbaik untuk membiak... pastu baru kena kat arifah... nasib baik rambut arifah dah pendek, cuma still lebat dan hitam.. so susah gak org macam aku yg tak kenal telur kutu dan kutu untuk cari kutu...
aku rasa mereka dapat kutu tu dari taska.. sbb last serangan kutu terhadap arifah seorg, 2 tahun lepas dari taska gak.. tapi kali ni aku macam tak caya yang kepala aqil ade kutu sebab rambut dia jenis halus, nipis dan keperangan.. ia bukan spot yg terbaik untuk membiak... pastu baru kena kat arifah... nasib baik rambut arifah dah pendek, cuma still lebat dan hitam.. so susah gak org macam aku yg tak kenal telur kutu dan kutu untuk cari kutu...
so selasa lepas, aku ge farmasi cari ubat kutu.. nasib baik pharmacist yg entertain aku sgt baik.. so dia suggestkan aku ubat jenama LiceMD.. coz arifah ade skin allergic.. so tak sesuai pkai yg ade bahan pesticide yg akan menyebabkan rashes teruk... antara kebaikan LiceMD adalah :
selain itu, ubat ini juga sesuai untuk ibu mengandung...
malam selasa tu jugak, my hubby buka salon kat rambut kami bertiga... kenapa aku join sekali? sbb aku paling rapat ngn mereka.. terutama aqil .. yg asyik mengepit ngn aku... salon bermula bila hubby letakkan ubat tu kat kulit kepala yg kering dan dibiarkan selama 10 minit.. selepas tu aktiviti pencarian bermula dimana my hubby akan sikat rambut kami menggunakan sikat yg disediakan khas oleh Lice MD dan diletakkan sekali dengan ubat.. alhamdulillah kepala aku maintain clean and clear.. tp tidak pada aqil dan arifah.. ibu kutu dan telur yg belum menetas berjaya dikesan di kedua2 kepala.. so dalam 10 hari ni aku dan hubby kena pantau mereka, sekiranya masih ade lagi kutu, kena la mencegah guna ubat ni..
sedikit info ttg kutu kepala,
Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.
Telur, 'nit' dalam bahasa Inggeris (ada menggunakan nama 'nit' untuk kutu kepala juga), berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.
Kutu kepala boleh menyamar dengan baik dalam rambut dan adalah sukar untuk mengesannya.
Sering disangkakan yang gatal-gatal adalah tanda pertama kutu kepala, tetapi, kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan tanpa menyebabkan gatal-gatal. Lain tanda-tanda yang nyata termasuk:
- telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher;
- sak kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut;
- kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut;
- kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.
Anda harus cuba menyikat rambut anak anda dengan menadah sekeping kertas putih untuk melihat samada ada kutu hidup yang jatuh. Ini tidak seratus peratus berkesan, sebab selalunya kutu itu akan lari dari tempat yang diusik. Cara yang paling baik untuk memastikan anak anda tidak diserang ialah untuk menjalankan "pemusnahan telur" atas rambut basah menggunakan sikat telur kutu bergigi halus .
Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain.
Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko!
Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi. Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.
Pemusnahan kutu
Cara ini sama seperti menyikat rambut basah. Kutu hidup dihapus buang dari rambut basah dengan sikat telur kutu bergigi halus. Dengan mengulangi prosedur tiga kali dalam tempoh 14 hari, kitaran hidup kutu diputuskan dan kepala anak anda akan menjadi bebas daripada kutu.
Sumber: baby center, wikipedia
Kat mana nk beli yer?jenuh cari..huhu
ReplyDeleteKat mne nk beli yea skrg??
ReplyDelete