iklan sat.

09 June 2011

E- Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)



setiap pegawai sektor awam hendaklah menghadiri/mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun selaras dengan Pelaksanaan Dasar Latihan Jabatan. Pegawai-pegawai juga amat digalakkan mempelbagaikan kaedah latihan bagi mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kehadiran hari berkursus. Oleh itu, salah satu kaedah untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 7 hari berkursus adalah dengan mengikuti program latihan yang ditawarkan di bawah EPSA bagi memenuhi keperluan latihan.

Sistem E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) telah dibangunkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) bagi penjawat awam melalui pembelajaran atas talian (online). Pada masa ini, terdapat 75 program latihan yang boleh dipohon di bawah EPSA. Antaranya, termasuklah kursus-kursus dalam kategori; Kepimpinan dan Pengurusan, Kewangan dan Akaun, Pengurusan Projek, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Penyelidikan, Dasar Awam,Pengurusan Sumber Manusia dan Bahasa. Pihak INTAN juga akan mengeluarkan Sijil Tamat Kursus kepada pegawai yang telah selesai mengikuti mana-mana program latihan di bawah EPSA. Modul yang disediakan adalah interaktif dengan gabungan grafik serta audio persembahan yang amat menarik. Butiran lanjut mengenai EPSA bolehlah didapati dengan melayari : www.epsa.intan.my

so... moh kite yg tak cukup lagi kursus, register EPSA.. alhamdulillah aku dah register 2 kursus iaitu pengurusan kewangan awam (asas) (16 jam) dan pengurusan konflik (16jam).. tp belum mula lagi.. insyaallah esok aku akan mula sebelum aku start kajian aku... aku suka moto EPSA iaitu.. PEMBELAJARAN... BILA-BILA MASA ... DI MANA JUA... senang bagi kakitangan yg beranak kecil cam aku...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...