19 April 2011, terlakar satu lagi sejarah bagi Jabatan Audit Negara Malaysia dimana bangunan pertama Audit negeri iaitu WIsma Audit Negeri Perak Darul Ridzuan telah selamat dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan..majlis bersejarah tersebut telah berlangsung pada pukul 10 pg dengan DYMM Sultan Perak dan DYMM Permaisuri Perak telah mencemar duli ke Wisma Audit Negeri Perak yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh.. Selain itu, DYMM Raja Dilir Perak bersama DYMM Puan Muda dan DYMM Raja Kecik Besar Perak dan isteri turut sama mencemar duli bagi memeriahkan majlis..


ketibaan Sultan telah diiring oleh kumpulan selendang perak
DYMM sultan perak bertitah perasmian wisma audit negeri perak
DYMM Sultan Perak diiringi Tan Seri KAN melihat pameran (aku antara org 2 yang menyediakan bahan pameran..hehehe)
staf lelaki JAN mengambil kesempatan bergambar disisi kereta Tuanku.. Rolls Royce.. bila la nak dapat naik..
menjunjung kasih tuanku...
DYMM Sultan Perak berangkat pulang...
begitu juga keberangkatan pulang DYMM Raja Dihilir Perak dan MB Perak
aku disekitar majlis perasmian.. aku telah ditugaskan sebagai penyambut tetamu untuk ketua2 jabatan bagi BBN, PBT dan Pej Daerah & Tanah...lagi berita dan gambar di Peraktodays, peraktodays-etika juruadit, peraktodays-gambAr, bernama.com,sinarharian,ipohnews dan banyak lagi..







No comments:
Post a Comment