iklan sat.

30 May 2011

Baldi pun jadi..

budak2 mmg suka main air.. tak dapat mandi kolam.. dalam baldi pun jadi..
actually depa mandi lepas kami habis basuh kereta.. alang2 dah basah.. terusla aku bagi peluang kat aqil dan arifah bermandi sakan...

kecik je baldi tu.. tapi tak jadi hal kat mereka untuk mandi...

aqil kena siram dengan kakak dia...

smpi menggigil kesejukan...

mandi kolam baru..


kolam ni tidak la baru beli, tapi baru sbb mengantikan kolam lama yang k.elmi belikan.. yg dah bocor.. mandi-manda ni kiranya fav arifah and aqil.. pantang sebut.. laju je suruh pasang kolam.. lgpun ini riadah paling senang dengan anak2.. kali ni kami tidak beli jenis belon sbb senang bocor.. so far dah dekat setahun kolam baru nie dibeli, still ok lagi...

seronok bila lihat depa bergembira... sampai basah la porch umah...




macam2 aksi dan gaya yang mereka lakukan...



bila dah penat mandi-manda, aqil sibuk membersih longkang dan lantai porch..

26 May 2011

Rombakan besar-besaran..

1 April 2011.. selain birthday Aqil.. adalah tarikh yg diingati oleh staf Jabatan Audit Negara (JAN) perak.. dimana lebih 80% staf terlibat dalam rombakan besar-besaran kakitangan termasuk aku.. sejak aku melapor diri di JAN perak dari 3 Sept 2007, aku ditempatkan di Seksyen Badan berkanun Persekutuan(BBP) yang aktivitinya menjalankan pengauditan interim &penyata kewangan bagi 4 BBP negeri iaitu UITM Perak, LTH, PERKESO & KWSP.. Seronok gak buat BBP tp bila dah nak masuk 4 tahun, mula la ade rasa jemu... sbb interim kurang mencabar..

Namun, mulai 1 April 2011 aku ditempat di Seksyen Jabatan 3 yang menjalankan pengauditan prestasi, pemeriksaan mengejut dan Pengurusan kewangan berasaskan indeks Akauntabiliti bagi akaun kerajaan negeri untuk Jabatan Pertanian Negeri & Daerah, Jabatan Pengaliran & Saliran Negeri dan Daerah, JKR dan Jabatan Kehakiman Negeri & Daerah...

walaupun ade yang mempertikaikan kenapa ramai degree holder esp bidang Accounting ditempatkan untuk membuat auditan prestasi.. kira macam dah tak sesuai dengan qualification..namun aku redha.. kerana aku ade 30 tahun servis berkhidmat dengan JAN.. banyak lagi masa untuk aku masuk ke seksyen lain such as PBT, BBN or Bendahari Negeri...

So, aku berharap dengan berada di Jabatan 3, aku akan dapat menimba pengalaman menjalankan auditan prestasi(kajian).. dan Insyaallah kajian pertama aku yg akan bermula Jun ini adalah pengurusan Kemudahan awam oleh Majlis Perbandaran Taiping..

GAMBATTE KUDASAI ILA...

23 May 2011

Perasmian Wisma Audit Negeri Perak oleh DYMM Paduka SeriSultan Perak

19 April 2011, terlakar satu lagi sejarah bagi Jabatan Audit Negara Malaysia dimana bangunan pertama Audit negeri iaitu WIsma Audit Negeri Perak Darul Ridzuan telah selamat dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan..

majlis bersejarah tersebut telah berlangsung pada pukul 10 pg dengan DYMM Sultan Perak dan DYMM Permaisuri Perak telah mencemar duli ke Wisma Audit Negeri Perak yang terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh.. Selain itu, DYMM Raja Dilir Perak bersama DYMM Puan Muda dan DYMM Raja Kecik Besar Perak dan isteri turut sama mencemar duli bagi memeriahkan majlis..

Tan Seri Ketua Audit Negara, Tan Seri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang bersama MB Perak, Dato' Seri Diraja Dr Zambri Abd Kadir sedang menanti ketibaan DYMM Sultan Perak

ketibaan DYMM Raja Dihilir Perak..

Alhamdulillah, DYMM Sultan Perak bersama DYMM Permaisuri Perak tiba seperti yang dirancang...



ketibaan Sultan telah diiring oleh kumpulan selendang perak

Majlis dimeriahkan dengan nyanyian koir oleh pasukan koir jabatan audit negara dengan mendendangkan lagu korporat jabatan audit, lagu perak darul ridzuan dan lagu dirgahayu tuanku..
DYMM sultan perak bertitah perasmian wisma audit negeri perak

DYMM Sultan Perak menandatangani plak perasmian

Tepukan gembira DYMM sultan perak bersama MB Perak dan KAN Malaysia..

DYMM Sultan Perak berangkat ke Pameran dan majlis santapan..

gambar kenangan DYMM SUltan Perak bersama kumpulan Professional JAN Perak

DYMM Sultan Perak diiringi Tan Seri KAN melihat pameran (aku antara org 2 yang menyediakan bahan pameran..hehehe)

DYMM SUltan Perak di Majlis Santapan Diraja..

Majlis Santapan diserikan dengan persembahan band oleh kumpulan selendang perak

staf lelaki JAN mengambil kesempatan bergambar disisi kereta Tuanku.. Rolls Royce.. bila la nak dapat naik..

polis riders yang mengiringi tuanku...

menjunjung kasih tuanku...

DYMM Sultan Perak berangkat pulang...

begitu juga keberangkatan pulang DYMM Raja Dihilir Perak dan MB Perak


Mantan Ketua Audit Negara, Tan Seri Adenan dan Puan Seri turut hadir bagi memeriahkan majlis..

aku disekitar majlis perasmian.. aku telah ditugaskan sebagai penyambut tetamu untuk ketua2 jabatan bagi BBN, PBT dan Pej Daerah & Tanah...
doorgift bg semua tetamu yg hadir...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...