iklan sat.

24 July 2012

Rezeki Auni.. EBM ku penuh freezer..

Alhamdulillah sehingga 24.7.2012, rezeki susu Auni sebanyak ini..
sampai dah tak muat peti ais 480L.. 
 tempat ikan pun kecik je 
total ><100 bag.. mengandungi 3-4oz setiap bag..
sekarang masih guna stok Mei 2012..
semoga Allah memberi kesempatan utk aku berjaya menyusukan Auni sepenuhnya sehinggga 2 tahun ..
kerana arifah dan aqil, aku gagal sehingga 2 tahun kerana kekurangan ilmu 
arifah seawal 3 bulan sudah bercampur susu, 
manakala semasa aqil, aku cuba menyusukan dia sepenuhnya, namun masalah keguguran berturutan sebanyak 2x menyebabkan aku terpaksa berikan dia fresh milk dan isomil sebagai ganti susu ibu.. 
Lagipun, aqil kena kukorban untuk teruskan mengandungkan Auni..

alhamdulillah..

23 July 2012

Panduan Menyusukan Ketika Berpuasa - Pa Ma

Panduan Menyusukan Ketika Berpuasa - Famili - Pa Ma

copy paste dr pa&ma utk infoku..

Panduan Menyusukan Ketika Berpuasa

laktasi

Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.


Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


Doa untuk suami..

Doa Pengikat Kasih Sayang

Antara Doa Pengikat Kasih Sayang yang baik diamalkan ialah:

“Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan.”


 ZIKIR LEMBUT HATI SUAMI
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir


Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini :
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"


sumber : Majalah Pa & Ma

Doa yg boleh diamalkan.. untuk anak

doa


doa



sumber: Pa & Ma dan Pa&Ma 2

20 July 2012

ilmukeluarga@LPPKN - komunikasi ibubapa dalam keluarga


10 julai lalu, saya telah menghadiri kursus ILMUKELUARGA@ LPPKN bertempat di INTIM, Ipoh..
alhamdulillah banyak info yang diperolehi..so saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat melalui sesi : SI TANGGANG; KOMUNIKASI IBU BAPA DALAM KELUARGA.. Slot ini telah disampaikan oleh Professor Madya Dr Ismail Sualman, Pensyarah Fakulti Komunikasi UiTM Shah Alam

saya akan buat point form je.. senang nak ingat bila kadang2 terlupa:

1. pertumbuhan anak2 mengikut watak ibu bapa.. if ibu bapa pemarah dan dan kurang sabar, maka anak akan mewarisi sifat tersebut.
2.berpada memberi kepada anak.. jangan terlalu memanjakan mereka.. kelak sukar untuk menidakkan kehendak mereka
3.membiasakan anak2 dengan disiplin.. terutamanya time management.. seperti latih anak2 tidur ikut waktu..
membiasakan anak2 dengan etiket seperti cara layan tetamu, cara berjalan depan org tua dan jaga kebersihan.

lepas usia 6 tahun:
1. kenalkan anak2 dengan Allah.. ajak sembahyang dan mengaji bersama
2. jelaskan tentang hukum terutamanya aurat dan wuduk.. jika anak perempuan, ibu sendiri perlu terangkan tentang haid kepada anak. jangan menharapkan cikgu untuk bercerita.
3. ajar anak2 tentang hak orang tua, seperti ketuk pintu sebelum masuk bilik ibu bapa dan asingkan  bilik anak lelaki dan perempuan.
4. waktu anak2 mengulangkaji pelajaran atau membaca buku, jangan menonton tv.. sebaliknya membaca bersama mereka walaupun hanya suratkhabar.. jika nak anak berjaya, kita pun kena BERKORBAN.. (x tgk tv).. hehehe tgh berlatih walaupun bosan je..

Masa anak remaja:
1. perlakukan anak2 sebagai orang dewasa
2. jadikan anak2 sebagai teman tapi  mesti wujudkan sempadan atau batasan.. supaya mereka still hormat ibu bapa
3.jaga aurat anak2, jangan biasakan anak2 dengan pakaian kurang sopan walaupun dirumah
4.jaga solat anak2.. PENTING
5. latih anak2 buat kerja rumah seawal mungkin walaupun hanya sidai baju sendiri
6.jangan memberi duit lebih kepada anak2.. cukup sekadar belanja
7. carikan teman yang baik atau kenal rakan2 anak2.. serta perlu ada nombor telefon

cara2 berkomunikasi dengan anak2:
1.jika bercakap/memberi arahan dengan anak .. bercakap secara face to face, perlahan2 dan jelas
2.jika bercakap dengan anak kecil, jangan cakap secara pelat
3. jangan jadikan anak sebagai tempat letak geram.. seperti marahkan suami, dengan anak2 pun dimarahkan sekali..
4. amalkan anak2 mencium tangan ibu bapa sebelum keluar ke sekolah, sambil salam doakan anak belajar rajin ( doa mustajab pada sebelah pagi)
5. ingat anak yang degil dan nakal adalah anak yang bijak - explorer.. (Aqil la tu).. tangani dengan bijak dan INGAT ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YG PERLU DIJAGA
6. Jangan suka lepas mulut atau cakap bukan2 tentang anak2 seperti bodoh, lebih baik mati ke.. sebab kerana mulut badan binasa.. terutama yg cakap adalah seorang ibu, apabila ibu cakap boleh menjadi doa.
7. jangan membandingkan anak2.. seperti yg bijak ke atau yang kurang bijak..
8.jika ada anak yang istimewa, redha dan sabar kerana akan dijanjikan balasan syurga
9.jadi lah pendengar yang baik kepada anak.. terutamnya yang baru belajar bercakap dan ingin bercerita..
10.waktu paling baik utk menasihat anak dan keluarga adalah waktu sebelum tidur atau selepas solat jemaah
11.tunjukkan minat semasa berbual dan sentiasa beri tumpuan 
12. seboleh mungkin, sesuaikan dengan emosi anak2

untuk mengurangkan penyakit lupa:
1.biasakan anak2 makan kurma dan kismis
2.elakkan makan organ dalaman (paru, limpa)
3.jangan selalu bagi makan  fastfood atau makanan dalam tin
4.banyakkan makan buah-buahan
5. sebelum baca buku bacalah doa penerang hati dan 3 Qul

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan (Taha : 25,26,27)
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)7)

 

petua utk anak soleh
1.bagi anak yang degil - air sembahyang ditadahkan dan dimandikan kepada anak
2.semasa membasuh beras, baca doa, ayat 3 qul dan niat supaya anak2 menjadi anak yang soleh
3.sebelah pagi, pastikan anak2 makan atau minum makanan yang disediakan oleh ibu.. makanan atau minuman itu hendaklah dibaca selawat atau 3 qul
4.waktu tidur, baca 3 qul, selawat dan alfatihah dan tiup ubun2 kepala anak. mak saya pula bgtau supaya baca "ya Latif" sebanyak mungkin semasa tiup ubun kepala anak..

So, apa yang ada disini adalah intipati yang aku kutip semasa kursus tersebut.. apa yang baik aku kongsikan bersama, dan yang salah adalah datang dari kelemahan diri sendiri..

SALAM RAMADHAN ... SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN UNTUK KITA SEMUA..

18 July 2012

Moh ke SURI HOMESTAY @ BANDAR MERU RAYA

Kepada yg merancang untuk bercuti, kenduri kawen, konvokesyen, menghadiri mesyuarat dll yg memerlukan penginapan di Ipoh, JIRAN SAYA Suhaida Rasul dan Mohamad Fitri  ada menyediakan homestay di Bandar Meru Raya,Ipoh dengan harga patut. Lokasi yg strategik,5 minit dari PLUS Highway Jelapang dan berdekatan dengan Mydin Mall Bandar Meru Raya



Homestay ini adalah teres 2 tingkat
 fully furnished dgn kelengkapan memasak,microwave,bilik utama yg berhawa dingin,4 bilik dgn katil queen,extra tilam,katil baby dan toys,bahan2 bacaan,taman kecil (utk beriadah).
 Harga istimewa diberikan utk yg ingin bermalam lebih dari 1 hari

Kepada yg berminat,boleh lah menghubungi no yang tertera di gambar.. atau
.

Arifah @ Karnival Sukan Tahunan Tadika Impian IQ Genius 2011


 dah dekat setahun cerita sukan 2011 terperam.. dan sukan tahun 2012 telah pun berlangsung.. baru aku nak update.. so sebelum aku lompat tahun.. baik la kiranya aku  post gak walaupun dah basi.. tuk kenangan kami bila dah tua2..

so 23.7.2012 adalah tarikh bersejarah, dimana pertama kali Tadika IQ Genius dengan kerjasama Taska Qaseh Ibu menganjurkan karnival sukan tahunan 2011. Sukan ini juga yg pertama kali arifah sertai.. masa tu umurnya baru 4 tahun.. so semangat nak bersukan pun kurang.. masa berlatih, dia nak aje.. tp tiba hari sukan.. satu pun tak nak masuk.. nasib baik perbarisan dia nak join..

 arifah dan bff dia.. hazirah dan damia.. cuma bila dah masuk kelas 5 tahun, damia dah berpindah sekolah..

 1st event adalah perbarisan rumah sukan.. arifah rumah kuning..

sedih dan penat.. walaupun tak bersukan..

 memandangkan arifah taknak masuk apa2 acara, maka kami la yg bersukan agar tidak pulang dgn tangan kosong.. so abah masuk tarik tali lelaki..dpt no satu.. kemudian, kami suami isteri masuk makan durian, pun dapat no satu.. so dapatla hamper..

telatah aqil.. aqil pun join, kutip coklat..

ada persembahan teakwando dan tarian pompom selepas perbarisan

 wajah2 happy dapat hadiah walaupun tak bersukan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...