iklan sat.

09 December 2010

Cuti-cuti Malaysia -Langkawi Island

lagi cerita lama..
17 April 2010 kami sekeluarga pergi bercuti di Pulau langkawi selama 3 hari 2 malam..
percutian ini dirancang secara adhock.. nasib baik, my best fren tinggal di sana..
so banyak la yg dia tolong such as dptkan hotel yg ok @ reasonable Px dan carikan kete sewa..
selain family aku, my SIL and MIL join this vacation..
kamiorg stay at Langcon Hotel (tak pasti ejaan betul @tak), di Pantai Cenang ..betul di hadapan Underwater World..
sepanjang disana ade mcm2 pengalaman yg tak dpt dilupakan..

DAY 1- travelling day from Ipoh-Bukit Merah- Langkawi

since percutian ni secara adhock, kami just gamble naik feri @ kuala perlis.. pic diatas semasa my kids tunggu abah mereka parking keta berhampiran jeti kuala perlis...

start trip dengan keadaan yg kurang menyenangkan dimana feri yg kami naiki mangalami masalah air cond.. ape lg mcm cacing kepanasan la.. bebudak 2 org tu mula meragam coz perjlnn dari kuala perlis ke pulau langkawi takes 45min..

@ last, smpi je jeti pulau langkawi.. kami terus je menuju KFC tuk menyejukkan badan.. aqil tidak berbaju semasa di dalam feri dan KFC...

then, ade problem ngn car rental (CR) dimana kereta yg dijanjikan iaitu avanza tidak kelihatan coz penyewa sebelum aku belum pulangkan kereta tersebut.. Maka kami diminta menggunakan van vanette untuk ke hotel.. CR tu ckp kami akan dpt avanza paling lewat sblm dinner...

so sblm dinner, my hubby follow up balik kat CR tu.. beliau menyuruh kami sendiri pergi ambil kereta tersebut di Airport..So kami dihantar ke Restoran Bamboo manakala hubby ge airport, tp kereta yg dicari tak jumpa, mula la beliau angin satu badan. teruk gak CR tu kena bambu.. at last CR tu bgtau yg kereta yg kami nak sewa accident dan telah ditinggal camtu aje di airport.. So in exchange kamiorg dapat sewa toyota Rush baru @same rate with avanza..

Lepas dinner kamiorg sempat melepak di Dataran LAng.. seperti biasa arifah akan takut pd patung burung lang..

Day 2- cable car @gunung Mat Chincang, Makam Mahsuri, Pantai Kok, Beras terbakar, Dinner di Yan's House @Custum Quarters

After breakfast, we start our trip to Gunung Mat Cinchang.. untuk naik cable car.. pengalaman lalu masa trip ngn AFTAAS, better naik cable car pagi coz cuaca ok dan tak berangin sangat compare tu petang .. pic di atas semasa on the ke cable car.. cantik gak kawasan sekitar entrance cable car coz ade tasik, kedai yg bermacam2 jenis, rabbit farm, deer farm dan horse farm..

View dalam cable car.. seram skit naik cable car ni coz bergoyang-goyang and jarak antara cable car jauh..
Pic @ 1st stop sblm naik semula naik tangga kat tempat yg teratas di gunung mat cinchang

View from 705m above sea level..
Me and Hubby terchinta..


pic sebelum turun tangga tuk naik cable car semula...

Sebelum balik dari cable car kami sempat singgah di rabbit farm .. aqil suka benar bagi rabbit makan.. siap dia berebut ngn rabbit nak carrot..

then, kamiorg masuk lak deer farm.. aqil yg suka sgt.. arifah mmg takut.. so dok berkepit ngn abah dia je..


then, kamiorg pergi ke makam mahsuri.. pic tak banyak sbb dok berkejar sana sini.. cuma ade gambar lepak di rumah mahsuri..

then, pusing2 dan makan laksa di Pantai Kok,
ptg tu kami ge beras terbakar..no pic snap..
mlmnya kami dinner di rumah my best fren, yan di kuarters kastam.. sedap sgt mknn yg dimasak.. cuma rugi tak snap gambar bersama sbg kenangan..

Day 3- checkout from hotel, ge underwater world, singgah di pantai cenang and shopping @Pekan kuah

Disini la kamiorg stay for 3D2N.. Langcon Hotel.. comfortable (2 queen bed) @ rate RM90/night (my fren rate)..pagi2 kami dah checkout utk smbg last trip b4 balik ipoh..

Pic ngn toyota rush yg kami sewa..

Since our hotel infront the underwater world, kami masuk sana pada hari terakhir..
kami masuk dlm kul 10++.. so sempat la tgk animal show such as pinguin dan sea lion..
mmg happening.. bebudak 2 org excited sgt bila guard bg sea lion mkn..

Pic ngn patung pinguin..

berangan berada di kutub..
.
Pic with variety type of fish.. esp the big size


selepas pergi underwater world, kamiorg singgah lak pantai cenang..
ingat just nak drop by, alih2 sempat minum air kelapa (buah)..
aqil lak mmg tak leh jumpa air.. habis basah baju yg dia pkai nak balik.. kena tukar baju lain

no pic snap during shopping session.. tak beli ape pun, just beli chocolate je..

Pic at jetty sblm bergerak balik dari jetty pulau langkawi..

Bye Langkawi.. nanti besar kakak datang lain.....

Majlis Berbuka Puasa Jab. Audit Negara Cawangan Perak

Pic pada 25 Ogos lalu sempena Majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim..
bertempat di Jab Audit Negara Cawangan Perak..
staff dibenarkan membawa family masing.. so berangkut la kami anak beranak ke ofisku..
maklumla ofis ngn umahku .. sepelaung je (bak kata kak wah)
tak manis la klau tak datang tuk memeriahkan acara..

on the way ge ofis.. arifah bila dah berlipstik, mulutnya kena muncung camtu

my sweet little boy

aqil mula takut2 tgk ramai org

arifah ngn ibu tgh menanti waktu berbuka

akhirnya.. kuar juga pic ni dari folder my document.. hehehe

08 December 2010

Aqil bagi rusa makan

masa raya lalu, kamiorg ade singgah rumah bapa saudaraku, ayah de sebelum balik ipoh..
kat depan umah dia ada kebun rusa dimana rusanya ><30 ekor (melalui pandangan mata) So, sebelum balik kami sempat bawak aqil bagi rusa makan.. punya la excited aqil bagi rusa makan daun pisang.. Arifah lak takut dan terjerit-jerit bila abah dia sua untuk bagi rusa makan..

Bravo aqil.. elok je bg rusa makan


antara rusa yg ade..
video aqil bg rusa makan.. tp sebelum dengar la arifah jerit takut..takut

02 December 2010

Berkelah durian di Kebun En Rashid..

waa.. citer lama lg.. 31 Julai lalu iaitu sebelum en rashid, my ex-ofismate bersara..
memula cam malas nak upload sebab dah nak expired citer nie.. tp my fren, kak elmi telah upload di blog beliau.. so aku pun teruja tuk publish in my blog

kisahnya camni, kami satu ofis telah arrange perkelahan di kebun durian en rashid di Sahom, Gopeng..sempena musim durian.. sebanyak 20 kereta telah berkonvoi dan bertemu di gopeng.. sebelum masuk ke kebun beliau di Sahom..

tanda arah ke kebun.. kreatif sungguh en. rashid

aqil dan arifah yg tido sepanjang penjalanan ke Gopeng.. sian depa pepagi dah kena bawa ge jejalan..

antara staff pompuan audit yg join perkelahan.. time ni masa tunggu sumer team konvoi smpi

my hubby sempat posing.. and tunjuk skill kupas buah durian..

smpat gak buat majlis doa selamat..

start dah sesi jom mkn durian..

arifah tak suka durian, tp aqil mmg addicted to durian.. siap dia parking tepi durian..




antara potluck yg dibawa oleh staff.. selain itu, ade gak yg dimasak on the spot such as BBQ, gulai tempoyak, salad dan nuget


arifah posing dekat ngn durian


my hubby lak addicted to dukung.. cuma masa kat sana, dukung masih muda lagi..

See.. betapa aqil addicted to durian.. siap pilih lagi nak yg mana..


aqil and anak ijat..

since di dlm kebun en.Rashid ade air terjun, so kamiorg pun tak melepaskan peluang bermandi manda di sana.. yg paling suka mandi, bebudak dua org tu..


sakan sangat diaorang ni..
last but not lease, TQ to en rashid.. panjang umur murah rezeki jgn lupa ajak kamiorg berpiknik lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...