iklan sat.

18 December 2013

Alhamdulillah.. rezeki setelah sekian lama.. Akauntan & MIA

 Alhamdulillah..
 setelah sekian lama mencuba nasib mencari kerjaya yg bersesuaian dengan kelayakan aku sebagai degree holder in Accountancy..
pada awal Disember 2013, aku telah menerima tawaran dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai akauntan W41.. memang menggeletar bilamana kali pertama membaca surat yang diterima..

 
Untuk sampai ke peringkat ini aku telah melalui beberapa peringkat tapisan yang mengambil masa yang lama iaitu:
ujian bertulis - sekitar bulan mei - ogos 2012 (sebab masa tu umur auni kurang setahun & fully BF dan belum start mkn solid food.. abis je exam terus rushing balik umah coz auni dah menangis teruk taknak minum EBM)
then, 8 Nov 2012 dapat sms dr SPA.. utk menghadiri program penilaian kompetensi akauntan W41 (AGAC) di Sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 24-25/11/2012

 24 - 25 Nov 2012 - AGAC di Sekolah Raja Permaisuri Bainun bersama liyana, my ofismate.

21 Jan 2013 - Result AGAC diterima.. alhamdulillah lulus...

4 April 2013 - Interview Akauntan W41 di SPA Perak

17 Mei 2013 - result interview keluar.. Alhamdulillah berjaya.. walaupun simpanan dalam tempoh setahun dari 13 Mei 2013


 22 November 2013 - on the way ge Morib untuk  Family Day Wan Nadzir, dapat call dari SPA Putrajaya mohon slip gaji terkini.. bila aku tanya untuk apa, diaorg jawab utk proses surat lantikan Akauntan W41.. masa tu memang aku terkejut gila.. terus aku call mak n wasap geng taayah inform ttg kegembiraan aku.. then bila check status di SPA, status aku dah berubah dari calon simpanan ke lantikan tetap.. 1 week after, aku dpt surat official dari SPA.. cuma sekarang aku masih tunggu surat lapor diri dan penempatan dari Akauntan Negara Malaysia (ANM).. info by call directly to ANM, aku akan lapor diri pada 15 Januari 2014.. Hopefully semuanya berjalan lancar..

Actually, perasaan aku bercampur aduk buat masa ni...gembira teramat sangat kerana yang ape diidamkan berjaya diperolehi, then sedih meninggalkan Jabatan Audit Negara yang banyak memberi tunjukajar dan kenangan pahit dan manis sepanjang 6 tahun berkhidmat sebagai Penolong Juruaudit W27 dan takut kerana akan menempuh alam baru yang mana selama 8++ tahun kembara kerjaya aku sebagai Auditor swasta dan gomen, major field aku adalah Auditing.. so lepas ni aku kena tune otak dan diri aku utk bidang accounting..
Chaiyok Zanzila!!!


 selain itu, pada 11 Disember 2013 permohonan aku sebagai ahli Malaysian Institute of Accountant (MIA) telah berjaya.. Cuma untuk entitled sijil keahlian aku kena menyelesaikan kursus induksi melalui e-learning..
yang ni je belum settle.. target aku utk settle sebelum lapor diri bulan Januari 2014 nnti..



 Ya Allah.. aku bersyukur di atas rezeki Mu YaAllah..
Ya Allah permudahkan urusanku.. 
Engkau luaskan lagi pintu rezekiMu untuk keluargaku..
Engkau Berkatilah rezeki yg kami perolehi kerana rezekiMu menjadi darah daging kami ..
Ameen...


Gelagat auni & abg nyah

Peristiwa semalam, di taska shaqis.. tpt tinggal auni tinggal sementara aku bekerja... dimana anak teruna ke- 2 kak elmi  iaitu abg nyah telah melayan auni secara gentleman.. hehehe... siap teacher asz n teacher achu bgtau abg nyah hanya nak main dengan auni je petang tu.. susunkan kerusi utk auni.. so sweet... adakah future son in law ?? Tunggu.....

11 December 2013

Bengkel memperkasa sahsiah diri dan JAN Perak

Salam rabu.. aku bersiaran dari hotel casuarina @meru, bandar meru raya.. bagi menghadiri bengkel memperkasa sahsiah diri dan organisasi JAN Perak. Hari ni hari kedua bengkel.. dan ceramah hari oleh ustaz Long b. Kechik... alhamdulillah byk info.. dari segi ilmu agama dan motivasi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...