iklan sat.

30 May 2013

Auni @ theraphy sesion

Auni's Everyday routine during warded at kpj.. Chess theraphy and flame suction.

Auni.. Gelagat di kpj..

Semua nurses dah tau aktiviti auni di ward.. Celik mata je, nak turun katil n terus ronda2 ward.. Nasib baik ward pead di kpj ipoh sgt attractive.. Dengan deco n mural dinding yg sgt menarik, ade playhouse n aquarium.. Then, klau bosan auni ikut ibu ge mkn kat kafe.. So far auni happy kat kpj.. Ibu pun senang.. Sekali tgk auni mcm bukan pesakit je.

25 May 2013

Auni warded lagi @kpj ipoh specialist hospital

Cuti panjang 3hari ni diperuntukkan utk menemani anakanda bongsu, auni di kpj ipoh... Kali ni tak seserius kes sblm ni tp aku nak auni dipantau dan diperiksa dgn lebih baik compare to berulang ke klinik every 6 hour.. Kali ni auni still demam tp mild je, batuk kahak berpanjangan almost >than 1week n pernafasan sound sneezing.. So far kat sini dia aktif n cuma menangis time suction kahak.. Nurses n doc david treat auni dengan baik sekali.. Hopefully auni will fully recover immediately.. Ameen.. Coz ibu dia still kena outstation ke gerik next week..

23 May 2013

Alhamdulillah..Result akauntan

Ni citer jumaat lepas, tp baru nak diblogkan..

Alkisah, sepanjang siang di ofis aku jd serba tak kena.. Kecut perut kerana menanti result akauntan di
Web SPA yg tak kunjung tiba hingga lebih kurang pukul 4 ptg, aku dpt call dr my fren edura.. Yg sama2 ge AGAC n interview.. Mengatakan ade result keluar dlm email.. Masa tu aku tgh pumping.. Terus jd tak tentu arah nak tgk result.. Smpikan aku kena singkatkan tempoh pam.. Bila aku tgk email, tiada sebarang email dr SPA.. Aku jd cuak.. N sedih coz mcm ade instinct dpt.. Then, berapa kali refresh email still takde ape2.. Tetiba tergerak hati nak klik spam.. Buka2, Alhamdulillah aku berjaya walaupun simpanan.. Terus aku menitiskan air mata.. Gembira+sedih.. Semoga ade hikmah atas segala rencanaMu YA Allah.. Alhamdulillah berdasarkan statistik aku berjaya masuk antara
46 org yg berjaya.. Semoga dlm tempoh setahun ade sinar dlm hidupku.. Ameen

18 May 2013

My 32th birthday gift

1st of all, alot of thank you n big hug to my lovely husband for a such wonderful gift.. The Ring.. For my 32nd birthday.. On last sunday.. 12 mei 3013.. No words can describe how much i love you.. N our kids too..

Fendy's engagement ceremony

Hari ini seorg lg sepupu aku bakal membina keluarga. Kali ni sepupu belah mak iaitu fendi.. Anak mak de aku.. Fendi bertunang ngn org seri iskandar n kami pergi mewakili keluarga aku.. So, selamat bertunang fendi..

17 May 2013

Kecut perut..

Until now, result akauntan yg ditunggu tidak muncul2 tiba dlm website SPA.. Aku dah kecut perut.. Takut utk terima kenyataan either dpt or tak.. Ayat yang sama je kunjug tiba.. 'an error occurred while proccessing the request. Try refresh your browser..' ntah berapa kali refresh and reopen SPA website... Arggghhhh...  Huhuhu

13 May 2013

My kids@ munirah's wedding..

Gelagat anak-anakku yg nakal semasa pernikahan munirah.. Geram + terhibur.. Esp auni yg dah sama naik dengan arifah n aqil..

10 May 2013

Majlis pernikahan munirah..

Hari ni my cousin, munirah telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Qushairy.. Majlis dibuat slps asar.. Tp kami lewat smpi coz aku balik keje kena ambil anak2 dulu dr taska. Smpai je rumah ayahngah aku, munirah tgh sesi photoshot.. So aku sempat snap gambar posing pasangan pengantin baru.. Tahniah munirah n suami dr kak ila n family...

07 May 2013

Rezeki auni hari ini..

Alhamdulillah.. Dah 2 hari pam utk sesi pagi aku dpt sehingga 10oz.. Petang la dpt dlm 5oz.. So aku dpt bw balik ebm dlm 14-15oz.

Last month aku mengalami pengurangan jumlah ebm yg dpt.. Dimana aku dpt dlm 9-12oz utk 3-4x pam.. Sgt tension masa tu.. Tambahan pula auni minum 15oz sehari. So -ve balance la.. Mungkin masa tu aku stressed outstation merata2, ml ai, kertas kerja dan kursus..

Hopefully ebm aku maintain semula utk aku capai target menyusukan auni sehingga 2 tahun..

05 May 2013

Cerita PRU 13 kami...

Hari ini 5 Mei 2013, tarikh bersejarah bg negara kite kerana kita semua yg berhak mengundi akan beramai-ramai keluar mengundi bagi pilihanraya umum ke 13.. Pilihanraya ini bagi menentukan masa depan negara kita dimana pada masa ini kita sebagai pengundi berhak menentukan siapa yg akan diberi amanah utk mentadbir negara kita... Buatlah pilihan yg bijak dan tepat. Ok.. Citer tentang PRU, ini kali ke2 aku dan hubby mengundi.. Sebelum ini aku mengundi di kawasan ipoh timur kerana alamat IC menggunakan alamat rumah abah aku, masa tu aku rasa tak bersemangat nak mengundi coz kawasan non muslim either BN or PR. Alhamdulillah pada kali aku mengundi parlimen tambun dan dun manjoi.. Kerana aku telah tukar IC kealamat rumah kami di meru raya.. Dan calon yg bertanding semuanya islam. Memandang mengundi kali ini jatuh hari ahad, aku n hubby balik bkt merah dulu coz hubby masih menggunakan alamat sana.. Tghari td baru balij ipoh..Dlm pukul 3.45ptg aku telah sempurna tanggungjawab aku di sk chepor.. Tahun ini, spr telah menggunakan calitan dakwat kekal utk memastikan seorg pengundi hanya mengundi sekali, tp bg aku tak kekal mana seperti yg dikatakan hingga 7 hari.. Elok balik umah, basuh pinggan n mandikan anak, dakwat jd pudar n tak kekal.. Semoga ade inisiatif lain yg bole spr guna.. So skrg aku n hb tak sabar nak tunggu keputusan PRU13.. No more kartun2 ye anak2.

03 May 2013

Anak saudara yg ke -7..

31 mac 2013, my youngest sister, fiqah telah melahirkan her 3rd junior.. Baby boy yg diberi nama muhammad ikhtifar bek bin syauki bek.. So anak2nya selang kumbang dimana yg first adalah saaqif (2thn ++), yg kedua nor el muhaimiyah (setahun++)... Dan ke3 ikhtifar... Dengan kehadiran ikhtifar maka cucu arwah abah n mak telah menjadi 10org.. Alhamdulillah.. Bertambahlah umat nabi muhammad.. Ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...