iklan sat.

31 October 2012

happy birthday my dearest lil princess.. ARIFAH ZAHIRAH

Hari ni genap arifah berusia 5 tahun..
sekejap je masa berlalu..
dari baby yg berat hanya 3.2kg.. kini telah menjangkau 18 kg..
dari rambut curly sepenuh kini ikal mayang..

ARIFAH ZAHIRAH AZMAN..
Puteri sulong kami..
yang hitam manis... manja.. kuat merajuk... suka bergaya..degil.. suka berjalan, nak sesuatu tak menyempat2 dan garang dengan adik2nya terutama aqil..
suamiku selalu berkata arifah adalah cermin diriku.. 
saling tak tumpah..macammana perangai aku, begitu la telah menurun pada arifah
 pakcik dan makcik2 ku kata rupaku masa kecil sebijik cam arifah..
apapun kata mereka.. arifah tetap buah hati pengarang jantung kami..

so sayang arifah, 
disini ibu, abah, aqil dan auni ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke-5
semoga arifah menjadi anak yang solehah, bijak dalam segenap bidang.. mendengar kata org tua.. hormat dengan orang lain.. saling sayang menyayang sesama keluarga..
kami sayang arifah sangat2...........

mmmmmmmmuuuuuuuaaaaaaaaahhhhhhhhhhsssssssssss...........

28 October 2012

Aidiladha dibukit merah...

Salam Aidil Adha..... pembuka bicara..
Tahun ni kami sekeluarga menyambut raya aidiladha di kg hubby di bukit merah...
So far, kat sini kemeriahannya spt raya aidilfitri..
Ade kunjung mengunjung dan budak2 still dpt duit raya..
Pastu kebykan rumah menyediakan juadah yg best2 spt laksa,mee kuah,
Umah mil aku buat bakso... arifah n aqilcukup suka meatball..
Auni lak mkn nasi impit.. abahnya pulak sibuk bebenor buat kerja korban.... xboleh di ganggu... esok pagi pukul 6.30 am ada lg katanya.......
















posted from Bloggeroid

21 October 2012

GMP...reunion

We get together again.. sadly, kak lily can't join us..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Singgah sebentar.....


Try....

First timer user

posted from Bloggeroid

16 October 2012

bukit larut - pemandangan dan apa yang ada disana

ni diantara gambar pemandangan dan apa yang ada di atas Bukit Larut.. yg sempat aku snap untuk kenangan
pada pandangan aku, bukit larut adalah suatu kawasan tanah tinggi yang masih mengekalkan keindahan alam semula jadi serta flora dan fauna..
aku rasa damai sangat bila berada di atas ditambah pula dengan cuaca yang sejuk..
cuma bagi aku,  kemudahan disediakan seperti surau, tempat menunggu dan tandas dan bangunan yang ada disana perlu dipelihara dan dijaga sebaik mungkin  bagi menarik lebih ramai pengunjung.

kumbang yang menyerupai daun.. aku snap ketika kumbang ini tgh bergerak di dinding banglo angkasa..

view dari jip menghala ke selat melaka

flora dan fauna

rumah rehat gunung hijau (speedy rest house)..

chendana hut.. 

trademark bukit larut
jip yang membawa kami ke atas..

titi gantung.. tak singgah pun just snap pic dari jip

banglo permai view



masa ni berkabus dan hujan renyai2.

banglo angkasa
kami tak berkesempatan ke banglo sri kayangan milik sultan idris.. masa ni jalan tutup sebab ada pokok tumbang
again rumah rehat gunung hijau.. dimana disini dijadikan pusat kepelbagaian biologi bukit larut



hiking to gunung hijau.. untuk lihat gereja 'the nest'

gereja lama.. the nest
banglo tempinis.. dah 4 tahun tidak digunakan.

cafe bukit larut.. pun operasi telah ditutup

banglo beringin
suatu ketika pernah menjadi pusat informasi aka pejabat bukit larut

tandas awam
rumah rehat

 rumah teh

09 October 2012

bukit larut.. buat keje sambil jalan..

 25 September lalu, my team naik bukit larut untuk buat physical sighting  terhadap pusat peranginan bukit larut.. so, team audit seramai 4 org iaitu me, Puan Che Besah, Puan Norizan dan Cik Germeet Kaur manakala team PDTLMS 2 org iaitu Puan Fazilah dan driver, En PA.. Ni first time aku naik Bukit Larut, so masa naik tu sgt excited + cuak sbb hubby aku kata jln bukit larut zigzag..

kamiorg naik pada pukul 9.00pg dan breakfast di salah satu Banglo di bukit larut, iaitu Banglo Angkasa.. Nasib baik breastfast diatas, bila mengenangkan jalannya mengandungi sebanyak >< 105 selekoh tajam.. jalannya pulak sempit yg hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan.. if berselisih gak, mmg driver kena pandai adjust.. so far masa kami naik, ada sekali 2 bertembung dengan jip telekom.. perjalanan untuk naik memakan masa dlm 1/2 jam..

banyak tmpt yg kami pergi disana, maklumkan wat audit.. sambil2 tu ada gak kami org berposing kenangan..
tambahan pulak driver PDTLMS, En Pa adalah seorg freelance photographer dimana dia tolong snapkan gambar yg menarik seperti dibawah..

Add caption
ni aku snap sendiri.. masa berjalan di bukit larut..

di banglo angkasa with puan Che Besah dan kak Zan

pic dengan puan fazilah pula.

4 of us + puan fazilah

nice post snap by En Pa.. masa ni kat belakang banglo angkasa.. view kat sini cantik sgt cuma ada kawasan yang telah dipunggah oleh babi hutan..





ni kat menara telekom.. kat sini berpeluang nampak kuala kangsar.. 
cuma masa kami pergi cuaca berkabus dan sgt sejuk..
so tak nampak kuala kangsar..

ni kat gereja lama, The Nest yg terletak di gunung hijau..
nak kesini kena hiking gunung hijau ..
and kat sini pacatnya merata.. tu sebab aku kena snap gambar dari atas meja taman.

masa trekking turun dari gunung hijau.. seluar kena sinsing paras peha sbb senang perasan pacat naik kaki..

 Ni kat chendana hut.. satu2 banglo yg diswastakan..


 signboard pun jadi.. asal nampak perkataan bukit larut sebagai bukti audit..hehehe

hari ini dalam sejarah, dimana kami telah turun naik bukit larut sebanyak 2x dalam sehari.. 
naik kul 9pg and turun pukul 3 untuk solat dan lunch
pastu naik pukul 4.30ptg dan turun pukul 6.30ptg..
sampai ipoh pukul 7.30 mlm..
so satu pengalaman yg takkan dilupakan..
insyaallah akan ada lagi lawatan ke sana..

pasni aku post ttg view yg menarik dan ape yg ada di bukit larut..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...