iklan sat.

12 June 2012

ceritera kelahiran anakanda ke 3 kami...

setelah puteri kami berusia 4 bulan.. baru aku hendak bercerita tentangnya.. maafkan ibu nak, aura menulis tak kunjung tiba sebelum ni.. 

Alhamdulillah, Anakanda ke-3 kami adalah seorang puteri yang diberi nama AUNI ZAFIRAH (bermaksud ketenanganku dan beroleh kemenangan).. nama ni adalah pilihan suamiku.. dan dinamakan tepat hari ke 7 kelahiran Auni.. selepas beberapa nama direject. Auni lahir pada 1 Februari 2012 (Rabu) @ 8 Rabiul Awal 1433H..pada pukul 9.01 pagi dan sama dengan tarikh EDDnya.


Auni selepas 3 jam kelahiran..

Alkisahnya begini..

31 Januari 2012 (Selasa)
Aku ade checkup 40 minggu di Pusat perubatan Arridzuan (PPAR).. since ini checkup terakhirku, aku ajak hubbyku ikut skali menemaniku.. lagipun masa tu gerak hatiku mengatakan aku akan ditahan ward.. so aku dah siap sedia bawa semua barang2ku ke kereta dan kelengkapan anak2 di rumah pun dah disediakan..sesampai di PPAR, aku terpaksa menunggu kerana Gyneaku (Doc Raoofah) ada kes.. so dalam kul 11pg baru dpt checkup.. masa jumpa doc, terus beliau check bukaanku..Aku dan hubby terkejutnya bila doc bgtau yg bukaan dah 5cm.. dia tanya aku samaada aku merasa sakit2 tak or keluar tanda ape2..aku ckp tak de... just sengal2 biasa je.. immediately, aku ditahan ward..masa tu pukul 11.30am..Doc expect aku akan deliver petang or malam.. so aku pun sms my KSA, keluarga dan rakan2 inform ttg keadaan aku.. 

Namun, smpai ke malam aku just mild contraction.. siap boleh lepak  tgk tv, jalan2,surf internet dan minta permission nurse nak ge Greentown Mall( belakang PPAR).. hubby pun pada mulanya dok teman aku, pastu cancel, lepas lunch kul 2, masuk semula ke ofis.. ptg baru datang dengan anak2 yg baru balik taska..At first, mereka hairan kenapa aku dok kat ward.. bila diterangkan yg baby dah nak kuar.. and depa kena stay dengan abah mereka.. baru mereka paham.. semasa di PPAR, aku stay bilik 401 (single bed with own bathroom),so bila anak2 dtg, PPAR offer aku bilik besar supaya kami sekeluarga boleh berkampung disana, namun aku reject bila melihatkan kenakalan anak2ku menggodek equipment hospital. lama gak anak2 lepak di PPAR smpi kul 11 malam, 

 1 Februari 2012 (Rabu) 

balik je mereka dlm kul 12 mlm, aku terus buat CTG scan utk kali ke-3 (siang 2x - masa warded and ptg) but still mild contraction and aku pun relax je tanpa sebarang tanda sakit.. so midwife yg incharge aku bgtau, jika smpai subuh aku takde ape2 perubahan, aku akan di induce pada pukul 7 pagi

slps buat CTG, aku tido dengan lenanya till  nurse dtg Dlm kul 5.30pg bgtau yg aku akan ke labour room (LR) kul 6.30pg.. so aku pun telefon emak minta temankan aku dulu ke LR , sbb hubby kena uruskan arifah ke tadika dan aqil ke taska.. Kul 7 pg, doc datang check bukaan.. masa tu still 5 cm.. then, aku breakfast di LR sebelum diinduce... contraction mula terasa tp still boleh bersembang dengan mak yg tunggu aku smpai kul 7.50pg.. then kul 8pg pg hubby smpai, mak tak dibenarkan bersamaku lg. masa ni midwife mula kuatkan ubat induce bila tak rasa sangat contraction.. Ya Allah, rasanya masa ni aku rasa nak tercabut pinggang.. aircond yg kuat dikepalaku pun aku rasa seperti tak berfungsi.. bila tak tahan sangat, aku disuntik dengan ubat tahan sakit di pinggul.. tp tak release lagi.. then, aku diberi bius tahan sakit setiap kali strong contraction, baru aku cam tenang skit..

dlm aku sakit2, midwife tu check bukaan aku, terus 9cm.. immediately, dia call my gynea (di LR sebelah menyambut baby lain).. dengan pantas dia dtg, minta aku tarik nafas dalam2, once sakit terus push.. dengan 2 x lafaz ALLAH HU AKBAR DAN ALHAMDULILLAH oleh Dr Raoofah , aku dan suamiku.. Auni Zafirah selamat lahir ke dunia tepat jam 9.01 pagi..sungguh aku suka sangat cara Dr Raoofah yg sangat islamik..

yang paling aku tak percaya, aku tidak koyak langsung (Intact) semasa melahirkan auni.. lega sangat.. masa auni keluar, doc ckp auni tak besar mcm abg dia.. lepas lahirkan auni, aku memang rasa release sangat.. contraction sejam yg dialami (8-9pg) buat aku rasa cam tak nak bersalin lg.. bagi aku setiap anak, lain pengalaman yg dialami.. cuma kelahiran auni paling cepat dan sekejap sakitnya.. kul 10.00pg aku dah ditolak kembali ke ward..bersama auni utk disusukan.. and aku request utk rooming-in bg proses penyusuan secara ekslusif.. kul 12.00 rakan2 ofis aku and hubby serta mak aku dtg melawat.. and aku still cergas melayan mereka.. Thanks Allah...

sedikit info tentang Auni Zafirah Binti Azman
O&G Doctor : Dr Raoofah
Pead Doc : Dr Hadrami
Mode Of Delivery : SVD
Place of Delivery: Pusat Perubatan Ar - Ridzuan
Weight: 3.4kg
Time: 9.01am
Blood Group: A+
Height: 50cm





3 comments:

  1. Amboi lama betul tunggu cerita auni.. terror ko ya.. besar gak anak tu

    apapun alhamdulillah semuanya dah selamat

    ReplyDelete
  2. klau ikut gambo byk lagi.. tp nak tunggu man bg kat aku mau berabuk blog.. ni pun ehsan ofismate.. anyway, tq.. klau ikut doctor and aku, kiranya ni kecil jika dibandingkan aqil yg lahir 4.1kg.. secara normal..

    ReplyDelete
  3. nak tanya, bila akak request untuk rooming-in ye? sblm bersalin ke atau immediately selepas bersalin?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...