iklan sat.

29 April 2011

Aqil's 2nd birthday


alhamdulillah 1 April 2011, Aqil Zikry Azman, heroku genap berusia 2 tahun..
semoga hari yang mendatang membawa sejuta kebahagiaan kegembiraan buat Aqil..
doa ibu, aqil menjadi anak yang soleh kepada ibu dan abah, yang taat kepada Allah, yang hormat kepada org tua, yang sayang kakaknya, Arifah, yg bersyukur dengan apa yang ade dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..

sempena birthday aqil, aku dan family rancang buat kenduri 5 in1 pada 2 April .. kenduri itu utk:
1. birthday Aqil + Alia (my niece, lahir sehari selepas Aqil iaitu 2 April)
2. doa selamat sbb fiqah (my sis) dpt keje gomen ngn MOE sebagai PPM
3. doa selamat sbb ayu (my SIL) dpt jadi cikgu thru' KPLI
4. Yan (my sis) akan bersalin.. kerana masa majlis dia dah preggy almost 8mths++
5. baca yasin untuk doakan kesihatan abah.. namun, ALLAH lebih menyayangi abah.. abah pergi selepas 12 hari kenduri.. ia adalah kenduri terakhir abah dan alhamdulillah abah dpt jumpa semua kawan kg dia dlm kenduri tu..

So majlis started after isya' dengan bacaan tahlil untuk ahli keluarga yang dah meninggal dunia dan doa selamat.. alhamdulillah byk org kgku dtg.. makanan sumer sold out.. pic tak smpt snap sbb ramai org.. tak cukup kakitangan untuk incharge..

then, kul 11mlm baru ade acara potong kek.. just antara keluarga je..
simple je acaranya just potong kek dan bagi hadiah..
at the same time ade kenduri durian dr kg ayah de (bukit gantang)..
so kek kurang laku compared to durian.. whatever, kids sumer happy..

ni la kek yang ditempah dr wife ofismate thru' web dmuffinsfan.



gambar tak jelas sbb pkai hp je.. lgpun kat luar.. pencahayaan kurang..

5 org je kids yg ade.. tp tak sabar nak potong kek..

tgh khusyuk nyanyi lagu birthday




hadiah untuk alia, tp arifah yg dapat..

apapun, HAPPY BELATED BIRTHDAY MY LIL HERO.. AQIL ZIKRY..
IBU SAYANG ADIK... MMMMMUUUUAAAHHHHS..

27 April 2011

Perginya ayahanda tercinta.. ke Rahmatullah

hari ini hari ke 13 ayahandaku menyahut seruan Illahi.. setelah 3 tahun++ menanggung derita sakit yang berpunca dari slip disc di lehernya.. akhirnya ayahandaku a.k.a. abah kembali ke rahmatullah pada hari khamis 14 April 2011 jam 1.15tghari di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Abah pergi diusia 63 tahun sama seperti Nabi Muhammad S.A.W dan 10 tahun muda dari arwah opah iaitu ibu abah..

Ya Allah, betapa sedihnya hati ini dikala sakaratul maut menjemput abahku, aku dan adik2 tiada disisinya.. Nasib baik emak senantiasa berada disisi abah sehingga akhir hayatnya... malah emak tanpa sengaja telah sempat mengajar kalimah shahadah ditelinga abah.. dan dengan tenangnya abah pergi meninggalkan kami sekeluarga...

ketika pemergian abah, aku dalam perjalanan ke hospital.. yg pada ketika itu berada betul2 di roundabout hospital, dimana aku mendapat panggilan dari adikku yan bahawa abah telah tiada. berita itu membuatkan tanganku menggelentar untuk membawa kereta namun kugagah jua bila memikirkan emak yang memerlukan ku ketika itu...

sesampai di hospital kulihat wajah abah yang tenang tiada lagi kerut2 menahan kesakitan. tangan dan kaki abah yang telah menbengkok sebelum ini telah kembali ke sedia kala malah otot2 abah sgt lembut.. berbanding semalamnya semasa jurupulih mengajar aku meregangkan tangan dan kaki abah, terasa sungguh keras dan ketat... Alhamdulillah aku bersyukur, aku dapat berbakti menjaga abah dihospital dengan bergilir dengan mak dan harith sebelum ajal menjemputnya.

walauapapun yang berlaku pada abah, aku dan keluarga redha.. aku ingat kata2 abah sebelum pergi ke hospital isnin 11 april, abah kata "abah taknak ke hospital, abah dah tak larat dah, satu satu nikmat Allah tarik dari abah.. abah takboleh jalan, tak boleh cakap, tak boleh makan." dan masa abah ckp tu abah sgt lemah sbb dah seminggu abah tak boleh masuk makanan dan minuman.. mata abah asyik terpejam aje... abah pun mengadu dia sakit kena urut di bhgn tengkuk dia.. dan aku masih ingat lg macamana rupa abah menahan kesakitan itu... Namun kami bw jugak abah kehospital sbb abah jatuh masa harith pimpin nak bawa mandi.. sesampainya di hospital abah terus diletakkan di zon kritikal bhgn kecemasan.. sbb bp abah rendah sbt.. 3 hari dihospital byk kali doktor cuba masukkan tiub makanan dimulut abah.. namun tak berjaya sbb tengkuk abah dah menyenget dan membongkok.. tiub tersebut pergi kemana hala.. kesian abah masa tu, menjerit kesakitan walaupun tak keluar suara... akhirnya pada pagi khamis sblm abah meninggal, emak telah sign borang untuk operate perut untuk masukkan tiub makanan melalui perut.. namun belum sempat semuanya, abah pergi meninggalkan kami....

ABAH...
MAAFKAN ATAS SEGALA DOSA2 YONG.. HALALKAN MAKAN MINUM YONG SEPANJANG ABAH MEMBESAR DAN MEDIDIK YONG.. TERIMA KASIH ABAH KERANA MENJADI ABAH YANG TERHEBAT DALAM HIDUP YONG... YONG SAYANG ABAH SANGAT2.. YONG DOAKAN AGAR ABAH DITEMPATKAN DI TEMPAT ORG2 BERIMAN..
AMEEN...

sedikit kenangan bersama abah...

Gambar ketika hari lahir abah ke 61

kenangan dengan abah semasa hari pertunangan ku.. abah masa ni sihat lagi..

raya 2007.. leher abah dah mula menunjukkan tanda sakit. tapi masa ni belum di operate. operation pertama abah selepas aku habis pantang Arifah..

raya 2008 - abah telah berjaya operate kali ke 2 ... masa ni abah kena pakai neck supporter..

raya 2009 - keadaan abah dah mula teruk.. otot leher abah dah mengeras dan susah untuk digerakkan.. masa ni emak cuba nak bagi leher abah stright..

Raya terakhir bersama abah... raya 2010...abah dah makin mengecil diantara kami.. masa ni abah dah takboleh berjalan...

abah... kami sayang abah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...