iklan sat.

31 October 2013

TODAY.. She is 6 years Old...

 6 tahun yang lalu.. disaat yang sama ibu menulis blog ini.. ibu sedang bertarung nyawa untuk melahirkan kamu, Arifah.. kerana 5++ pm pada 31.10.2007 ibu disuntik epidural bagi mengurang tekanan darah tinggi ibu yg tiba2 muncul semasa labor room.. sblm tu di wad dari subuh hingga pukul 3++ ptg, Bp ibu ok.. tup tup bila bukaan ibu mencecah 3 cm dan ibu kena tolak ke labor room Hospital Besar Ipoh ketika itu (atau Hospital Raja Permaisuri Bainun kini) Bp ibu terus naik mendadak.. dan kesakitan ibu melahirkan kakak sangat perit.. bak kata org tua.. kelahiran pertama memang sakit.. Alhamdulillah kakak berjaya lahir secara normal, nak..dan sehingga kini kakak membesar dengan cepat depan mata ibu dan abah...

Anakku, Arifah Zahirah.. 
Alhamdulillah hari ini kakak telah berusia 6 tahun..
dan menjadi kakak yang penyayang kepada 2 orang adik2mu yang nakal..
ibu sungguh bertuah kakak.. 
kerana kakak anak yang comel di mata ibu walaupun tam tam berbanding yang lain.. 
kakak seorang yg baik hati dan bijak 
walaupun abah cakap kakak ada mewarisi sifat ibu yang degil..
ibu dan abah doakan kakak menjadi anak yang solehah,
 berjaya dunia dan akhirat,
semoga kakak mengikut semua perintah Allah,
sayangi adik2 kakak dan hormati keluarga yang lain..

ibu, abah, aqil dan auni 
nak kakak tahu yang kami sayangkan kakak sangat2...
mmmmmuuuuaaahhhhh
I LOVE U, ARIFAH ZAHIRAH 






CCM Cameron Highlands ~Part 3 Healthy Strawberry Farm & Bharat Tea


Penamat citer cuti2 Malaysia Cameron.. 
Sebelum check out, aku sempat posing kat balkoni RPP..
tinggi je view dari balkoni.. nampak suyup kebawah parking lot 


Kecik je jd mr hubby dari balkony.. bawah tu kereta kami

dah kemas semula apartment sebelum keluar
 
mr & mrs Azman @ RPP Cameron
 Then, bagi merealisasikan impian anak2 nak petik strawberry.. kami singgah di Strawberry Farm sebelah pintu masuk RPP iaitu Healthy Strawberry farm.. Walaupun tak segah Big Red, tapi ok bagi kami..
Caj dikenakan adalah RM25/box..sumbat lah selagi muat kotak diberi.. kat sini pun ade syarat 2 org per entry tapi boleh kawteem.. so seronok la depa bertiga dapat petik strawberry sendiri dengan ditemani mr hubby.. manakala kami yg lain pusing2 dlm tempat tu.. macam2 ada.. jual bunga2an, sayur2an dan ade kafe.. harga kat kafe sini pun murah juga compare to big red.


YB kecik lawat kawasan


mat bunga...

Si mata bolat ngan mama dia

si suara besor mcm soprano .. zakirah
2 ibu and 1 mama

auni n her cousin, Harraz

mereka yg teruja nak petik strawberry.. klau aku petik kat pasar Kea Farm lagi bagus...


Bye bye RPP.. nnti leh Booking lagi
 Dah Selamat memetik dan memborong strawberry farm dr Healthy Strawberry Farm.. Kami bergerak balik..Singgah kat Kea Farm lagi .. beli jagung n sayur untuk buah tangan.. Then, singgah kat bharat Tea.. sbb Boh Tea Plantation kat Ladang sungai palas tutup hari Isnin.. mana syok klau ge cameron tak ge tengok ladang teh.. kat sini kami just minum tea and makan ringan spt sardine puff, kek and sandwish.. then, macam biasa aktiviti posing kat ladang teh pulak..Anak2 aku mmg excited walaupun dah 3x tahun ni ke CH..n ladang teh.. tp sebab ada sepupunya.. lagi la depa over..
























 maka, berakhirlah percutian singkat kami sekeluarga ke CH..
insyaallah tahun depan buat kutu n dapat pergi lagi jauh n lama skit..
Langkawi ke, Genting ke, Port Dickson ke.. asal sumer tong-tong.. Aku tak kisah jalan mana2..

CCM Cameron Highland ~Part 2.. Big Red Strawberry Farm & main Masak2


Petang selepas budak2 caj bateri (Nap time), dlm pukul 4ptg, kami keluar jalan2..tujuan utama utk cari sayur2 untuk masak makan malam n petik strawberry
1st tempat yg dituju adalah strawberry farm.. and kami pilih Big Red Strawberry Farm  yang terletak di Brinchang.. dekat je dengan RPP CH.. dalam 5-10 Minit.. ni 1st time aku ge sana, sebelum ni selalu ke Taman Sedia, tp bila baca blog kak Nora n Yan, teringin lak nak merasa ke Big Red..
for me Big Red, sgt cantik n luas.. mcm tanaman ade.. bukan hanya strawberry.. sayur2 n bunga2 ade..
kafe Big Red pun bole tahan.. macam2 ade..

geram je tgk salad @Big Red Strawberry Farm






ade lak replika strawberry.. memang jd attraction la..bukan hanya budak2.. mak pak budak pun posing sini
tgh menikmati menu strawberry celup coklat, aiskrim strawberry goreng, stwaberry milk shake, strawberry lassi, fun fries

sedop je mkn..
 
model strawberry coklat.. tp mahal gak RM16/250g...
posing lagi kat sini
    Masa kat Big Red, ingatkan nak self plucking strawberry dimana dicaj RM25 utk 1/2kg.. tp syarat nak masuk  hanya 2/entry tu yg cancel coz bebudak yg excited nak petik.. klau kirakan kami yg nak petik 4 org iaitu arifah, aqil, aliya serta my hubby akan teman..dah tu bila ckp bw sorg2 sumer taknak.. at last cancel dulu, cari tpt lain.. then kami ke Taman Sedia, tp bila dah petang dlm pukul 5++, most of the strawberry farm dah tak bagi self plucking.. terpaksa la pujuk bebudak tu tunda esok.. nasib baik ok.. So, terus la kami ke Kea Farm, sbb nak cari sayur2 masak and souvenir skit coz ikut perancangan ayu n yan nak balik awal pagi esoknya.. Kami pun beli strawberry packing kat Kea farm sbb tak puas mkn kat Big Red.. then, singgah mini market cari coklat masak utk mkn skali dengan strawberry..







4 generation ... opah, mak , me n auni
 






ni pun penggemar strawberry coklat



ni konon super hero...heheehe






Lepas dah jalan2 di Big Red and Kea Farm, balik ke RPP bermula agenda memasak kami.
Aku masak tomyam utk Stimboat, hubby lak buat lamb grill..
tomyam ni dimasak guna pes yg kakak ofis jual, patutnya pkai sesudu 2 utk sekali masak..
bantai mak aku masukkan semua dlm periuk.. nasib baik keras coz aku frozenkan, aku keluarkan separuh.. tu pun masam sungguh tomyam kami.. nasib baik dapat idea panaskan dlm rice cooker, so every time nak celup bahan stimboat, tambahkan air ..
huhhh mmg sedap.. puas sungguh makan kambing bakar yyg dimarinate sendiri oleh my hubby..
kena pulak makan panas2 bersama stimboat.. kenyang gila
Selain stimboat n lamb grill, ade jagung rebus, nugget n lauk2 tghari yang perangat semula..

tukang masak n tukang rasa

tomyam in the making...

dinner tonight

stimboat tomyam

menu dinner.. yg paling best kambing bakar
Lepas Dinner my BIL, Halim dpt arahan kena balik bertugas segera..
dia ni polis.. so pagi2 dlm pukul 6 pg dia dah bergerak turun dari CH ke Ipoh.. So kami dah short satu kereta..nasib baik la dia turun bawa segala mak nenek barang kami yg besar spt toto, rice cooker, cooler box, storage box, bag turun.. 
maka barang utk makan pagi jd ringkas coz byk yg dah bw turun ipoh..
ringkas2 pun banyak gak.. ada nasi lemak, nasi goreng, sambal sardin, ubi rebus, telur dadar dan bahan2 stimboat yg tak habis,digoreng pula.

menu breakfast
Sebelum checkout dlm pukul 11 pagi, kami sempat buat sekali lagi strawberry coklat..
actually, tengah malam tu kami 1st buat strawberry coklat.. maklum la memalam nak posing dengan baju tido..maka tak da makna nak posing bagai.. makan saje..
 Huhhh.. Nikmat makan bila buat sendiri .. puas.. boleh makan banyak2..
coklat pun celup ingat tak ingatnya..











my princess..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...